Uhh .. seronok betul anak-anak saya apabila dapat peluang belajar dan main inline skate. Sebenarnya memang dah lama anak-anak saya mengidam nak main inline skate ini, apatah lagi di tempat saya ni iaitu Parit Buntar ada kawasan bermain inline skate yang disediakan di Mydin. Dari melihat orang bermain, tiga-tiga anak saya dah pasang niat nak belajar dan main inline skate.

Doa mereka, Allah S.W.T makbulkan. Alhamdulillah, semasa saya berkunjung ke Festival Belia Putrajaya 2015 baru-baru ini, peluang tersebut akhirnya diperoleh.

Seronok bila dapat tahu ada sewaan inline skate disediakan di tapak festival ini. Dan paling best, ada instruktor yang tolong ajar buat mereka yang baru nak bermain inline skate. Anak-anak saya yang pertama kali bermain memang terujalah nak mencuba dan merasai keseronokkan bermain.

Dapat Peluang Belajar dan Main Inline Skate di Festival Belia Putrajaya 2015

Inline Skate di Festival Belia Putrajaya 2015
Saya dan isteri sewalah tiga kasut inline skate ini - RM10 sejam. Ada juga untuk orang dewasa tetapi saya dan isteri rasa malas nak mencuba .. takut-takut nanti jadi perhatian ramai .. haha.

Hoho .. awal-awal anak saya berdiri dengan inline skate memang tak stabil. Nampak kaki masing-masing gigil je. Tapi dengan bantuan instructor yang ada, sikit demi sedikit anak-anak saya, iaitu Amri, Zikri dan Maira berjaya juga berdiri dan mengesot perlahan dengan inline skate.

Tips Main Inline Skate Untuk Newbie

Ada cara nak main buat newbie.
  • Berdiri dengan bengkokkan kaki.
  • Stabilkan dan imbang badan dengan kaki berdiri bentuk V.
  • Luncur dengan angkat sebelah kaki dan tolak ke belakang.

Dengan panduan diberikan oleh instructor, akhirnya dapat jugalah anak-anak saya meluncur dengan inline skate, walaupun tidak selancar orang lain.
Inline Skate di Festival Belia Putrajaya 2015
Cukup masa. Anak-anak saya dah mula pasang akal ...

"Abah, nak beli kasut roda ni .. kat Taiping kan ada jual .. "

Nak belajar kata mereka. :)

Hmm .. berbaloi juga saya dan isteri bawa anak-anak ke Festival Belia Putrajaya 2015 ni ... dapatlah anak-anak saya pengalaman baru dan skill baru.

Dan kalau anda semua nak tahu, anak-anak saya dah pun punyai sepasang kasut inline skate ini - dibeli semasa kami singgah di Taiping. Harga kami beli - RM100 sepasang. :) Murah? Sekarang .. kemana-mana nak pegi, akan bawa kasut inline skate ini. Uhhh ..

10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah bestnye klu dpt main inline skate ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sendiri pun dah rasa teruja nak dapatkan sebiji :)

      Delete
  2. aku yang besar ni pun minat nak main,tapi tak beli beli lagi skate nya.ahaha

    ReplyDelete
  3. rindu lak nak main benda ni sejak badan dah naik ni. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wife saya kata main benda ni leh jadi kurus .. :)

      Delete
  4. wah..mewsti best ni.. anak2 mesti seronok kan..

    ReplyDelete
  5. boleh tahu,dekat taiping,dekat area mana ya ada jual kasut roda ni, dan kalau boleh bagitahu nama kedai sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak ingat nama kedai ni.. tapi ianya terletak betul2 di simpang masuk untuk ke pasar di pekan Taiping.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement