Cari homestay bajet di Dungun, Terengganu. Jika anda ada perancangan untuk ke Dungun, Terengganu dan mahu merasai kehidupan santai di tepi laut, cubalah cari homestay bajet yang banyak terdapat di Dungun. Ada banyak rumah homestay yang boleh anda jumpa di Dungun terutama berdekatan dengan Pantai Sura, yang pernah menjadi lokasi Sirkit GP Joran Berita Harian.

Saya dan keluarga telah berpeluang untuk tinggal selama semalam di sebuah homestay bajet di Dungun. Saya pernah ceritakan mengenai homestay ini tahun 2014. Homestay bajet yang saya maksudkan ialah Homestay Muslimah Dungun. Homestay ini diuruskan oleh rakan baik saya yang juga bekas senior masa belajar di USM Minden, Penang.

Cari Homestay Bajet di Dungun

Cari Homestay Bajet di Dungun
Homestay Muslimah memang selesa, walaupun bukan sebuah rumah banglo seperti penginapan saya di Bukit Fraser mahupun di Cameron Highlands. Tapi alhamdulillah, segala kemudahan yang ada di Homestay Muslimah cukup memuaskan hati, apatah lagi lokasinya yang dekat dengan Pantai Sura.
Cari Homestay Bajet di Dungun
Homestay Muslimah Dungun Dekat Dengan Pantai Sura
Semasa saya berada di sana, dapatlah saya pagi-pagi sedut udara segar di tepi pantai. Paling syok ialah apabila dapat melihat matahari terbit sambil mendengar desiran bayu dan ombak yang memecah pantai .. perghhh syahduuu ... lagi-lagi bila dok layan sorang-sorang ... hahaha.. (wife ngan anak-anak tak tahu .. ).

Homestay Bajet Dekat Dengan Pantai dan Tempat Makan Best

Jadi, kalau mencari homestay bajet, dan terletak di lokasi dekat dengan pantai, maka cubalah menginap di Homestay Muslimah ini. Malah, homestay ini dekat dengan beberapa restoren makanan laut yang best-best. Anda hanya perlu pilih sahaja. Waktu petang di sini, boleh layan aktiviti di Pantai Sura sambil lihat awek-awek cun Terengganu yang bersantaian dengan kawan-kawan .. ... hoho..

Dan jika anda sudah buat tempahan dan bercadang untuk menginap di Homestay Muslimah, dapatkan juga segala info mengenai tempat-tempat menarik daripada tauke homestay ni iaitu Encik Yusran. In Sha Allah, anda akan berasa sangat senang hati dengan layanan diberikan. Dan jangan terkejut, jika Encik Yusran sudi menunjuk jalan untuk pergi ke tempat-tempat yang best di Dungun terutama untuk merasa hidangan Nasi Kerabu dan Nasi Dagang yang terkenal di situ - siap masuk TV3 lagi .. hoho...
Untuk info lanjut, anda boleh hubungi Encik Yusran di talian 019-918 040. Jangan lupa sebut nama saya - Hasrul Hassan ehhh .. manalah tahu kot-kot dapat secawan dua kopi percuma .. hehehe...

Haa apa lagi, cuti sekolah dah dekat ni, bolehlah plan untuk ke Dungun Terengganu .. moh kita tengok penyu bertelur ... weeee......


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

3 Komen

Syok nie kalau dapat menginap kat sana..

Reply

Hmm memang best, pagi boleh layan bayu sejuk di pantai, petang2 leh lepak2 .. sambil makan kepok .. hehehe

Reply

tempat ambe ni..meh lawat tganu...huhu

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.