Homestay Muslimah Dungun Terengganu

Homestay Muslimah di Dungun, Terengganu - Jika anda berhasrat ingin bercuti atau mendapatkan tempat penginapan berbentuk homestay atau inap desa, bolehlah cuba mendapatkannya menerusi Homestay Muslimah. Homestay ini terletak di Dungun dan dikendalikan oleh warga tempatan.

Homestay merupakan salah satu cara penginapan enap desa yang menyediakan kemudahan dan kelengkapan lengkap seperti tempat tinggal kita di rumah. Semua kemudahan asas sebuah rumah disediakan dalam tempat penginapan homestay ini, termasuklah dapur, pinggan mangkuk, peti ais, bilik air yang bersih, ruang tamu dan kemudahan seperti TV, sofa, meja makan dan sebagainya.

Homestay Muslimah yang terletak di Dungun ini mempunyai segala kemudahan yang baik, dan menjadi antara pilihan terbaik untuk penginapan sementara berbentuk Homestay. Homestay ini memberikan harga berpatutan untuk mereka yang berniat bercuti atau berada di Dungun, Terengganu.

Homestay Muslimah di Dungun Terengganu


Homestay Muslimah di Dungun TerengganuHomestay selesa di Dungun Terengganu
Homestay sangat sesuai untuk percutian keluarga, atau mungkin sebagai satu tempat persinggahan sementara yang selesa. Selalunya homestay dijadikan tempat penginapan pada musim perayaan, musim kenduri kendara, musim awal persekolahan, musim peperiksaan dan sebagainya.

Homestay Muslimah di Dungun Terengganu ini adalah homestay yang sangat sesuai untuk mereka yang mahu merasai suasana enap desa di Dungun, Terengganu. Lokasinya juga dekat dengan UiTM dan Politeknik Dungun. Malah, untuk kaki pancing yang mungkin mahukan singgahan sementara, boleh dapatkan penginapan Homestay Muslimah, sebelum pergi memancing sekitar perairan Dungun yang kaya dengan hasil laut.
Homestay hampir dengan UiTM dan Politeknik Dungun
UiTM Dungun - Homestay Muslimah

Homestay Muslimah - Mukmin Accomodation Enterprise

Homestay Muslimah Dungun diuruskan oleh Mukmin Accomodation Enterprise yang merupakan syarikat berdaftar. Jadi, kepuasan pelanggan dan kualiti adalah menjadi keutamaan dan sandaran.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Homestay Muslimah, anda boleh dan digalakkan untuk jenguk-jenguk sendiri blog yang disediakan oleh Mukmin Accomodation Enterprise ini - Blog Homestay Muslimah - Homestay Dungun

Lebih 7 Unit Homestay Cantik Dan Selesa

Yang menariknya, homestay ini ada sebanyak 7 unit berdekatan pantai dan terletak di Kampung Sura Tengah, Dungun, Terengganu. Jadi, ada kemudahan jika mahu menginap di homestay ini dalam jumlah dan bilangan yang besar. Jika mahu buat aktiviti seperti Hari Keluarga atau Hari Pejabat pun rasanya sangat sesuai. Satu bas boleh tempah duduk dan tinggal di Homestay Muslimah ini.

Amacam? Bukan 7 unit ini sahaja, ada banyak lagi unit rumah homestay ini dalam rangkaian Homestay Muslimah. Ada banyak pilihan yang sememangnya menarik. Untuk banyak lagi gambar, lokasi dan pelbagai info lain, anda boleh jenguk blog Homestay Muslimah (klik).

Homestay Muslimah Dungun Terengganu
Homestay Muslimah Dungun Terengganu
Homestay Muslimah Dungun Terengganu
Homestay Muslimah Dungun Terengganu
Untuk tempahan dan info:
Homestay Muslimah Dungun Terengganu
Telefon: 019 918 0401 (Encik Yusran) atau 013 902 3060 (Puan Salbiah)




{ 11 comments.. read them below or add one }

Umi Nazrah Umi Nazrah June 18, 2014
salam singgah. nasib baik kat Teganu ada adik ipar jadi dah takda nak susah2 dah :D
semoga bermanfaat utk yg memerlukan :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN June 18, 2014
Hmmm saya pun ada keluarga adik ipar di Kuala Terengganu, tapi Homestay ni kat Dungun, jauh gak tu ... kalau kaki pancing macam saya, homestay ni memang terbaiklah. Selesa.
Fadzi Razak Fadzi Razak June 18, 2014
Saya pernah duduk di homestay sini tahun 2012. Abg Yus dan Kak Sal memang baik. Disebabkan saya sorang2 je pergi Dungun waktu tu sebab ada event di uitm, Abg Yus dan Kak Sal siap teman saya naik bas waktu balik ke KL. Ya Allah, terima kasih sangat pada dieorang. Semoga Allah murahkan rezeki dieorang lagi.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN June 18, 2014
:) mereka memang terbaik ...
mama amir mama amir June 18, 2014
terima kasih berkongsi...sekurangnya bila ke Dungun, ada juga pilihan lain...^_^
akubiomed akubiomed June 19, 2014
Lokasi home stay ini dekat dengan pantai. Memang seronok dapat berlari-lari. :-)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN June 20, 2014
boleh nikmati angin petang ... bayu pagi yang tentu menyegarkan .. seronok buat anak2 ni.
sabree hussin sabree hussin March 04, 2015
banyak pilihan rupanya homestay kat Dungun ni. Dekat2 dengan pantai, boleh nikmati pemandangan dan panorama yang menarik
AnonymousAnonymous May 03, 2015
As salam, ada kekosongan lagi tak untuk 24 dan 25 hb mei 2015 ni ?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 05, 2015
Harap dapat telefon nombor yang diberikan. Terima kasih.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.