06 September 2014

Saya Bekas Penyelidik USM Bidang Kejuruteraan Lalu Lintas dan Trafik

Awalnya saya nak cerita mengenai pengalaman awal blogging sebagai sinambungan kisah saya bagaimana saya mula menjadi seorang house husband, tetapi bila dah mula mengarang, terpaksa ubah tajuk dan pembuka kata, saya nak cerita dulu bab sebelum jadi seorang blogger sepenuh masa, iaitu semasa saya menjadi penyelidik USM bidang Kejuruteraan Lalu Lintas dan Trafik.

Awal saya berblog dalam tahun 2008, ketika itu tidak aktif sangat. Tujuan pun lain ketika itu, nanti saya cerita.

Saya mula ada blog ketika masih lagi bekerja. Iaitu semasa saya masih lagi berjawatan sebagai Pegawai Penyelidik di Kampus Kejuruteraan USM. Apa yang saya selidik? Saya selidik dan buat kajian mengenai jalanraya di Malaysia ... ada banyak kajian saya buat.

Saya Bekas Penyelidik USM Bidang Kejuruteraan Lalu Lintas dan Trafik

Penyelidik Highway and Transportation USM Engineering
Antara hasil usaha dan sumbangan kecil saya dalam bidang penulisan berformat:
  1. Wan Hashim Wan Ibrahim, Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Meor Othman Hamzah, Leong Lee Vien and Hasrulnazim Hassan (2001), “Measurement Of Saturation Flow At Signalised Intersections”, Technical Note 1, paper (1/5), Malaysian Highway Capacity Study Stage 1 (Urban and Suburban), Highway Planning Unit, Ministry of Works Malaysia
  2. Wan Hashim W.I., Ahmad Farhan S., Meor Othman H., Leong L.V., Hasrulnazim H. ( 2001), “Segregation Of Motorcycles Within Flow And Outside Flow At Signalised Intersections Under Malaysian Road Conditions”, Technical Note 1, paper (2/5), Malaysian Highway Capacity Study Stage 1 (Urban & Suburban), Highway Planning Unit, Ministry of Works Malaysia
  3. Wan Hashim W.I., Ade Asmi, Hasrulnazim H. ( 2001),”Measurement Of Gap Acceptance At Stop-Controlled Junction Using Maximum Likelihood Method”, Technical Note 1, paper (3/5), Malaysian Highway Capacity Study Stage 1 (Urban & Suburban), Highway Planning Unit, Ministry of Works Malaysia
  4. Wan Hashim W.I., Ahmad Farhan S., Ahmad Raqib A.G., Hasrulnazim H. (2001), “Urban And Suburban Arterials : Literature Review and; Study Methodology”, Technical Note 1, paper (4/5), Malaysian Highway Capacity Study Stage 1 (Urban and Suburban), Highway Planning Unit, Ministry of Works Malaysia
  5. Wan Hashim W.I., Ade Asmi, Hasrulnazim H. (2001),”Measurement Of Gap Acceptance At Stop-Controlled Junction Using Probit Analysis Method”, Technical Note 1, paper (5/5), Malaysian Highway Capacity Study Stage 1 (Urban & Suburban), Highway Planning Unit, Ministry of Works Malaysia 
  6. Ada banyak lagi .. boleh rujuk kat arkib UNIMAS di sini - Arkib UNIMAS Prof Dr Wan Hashim
Prof. Wan Hashim adalah mantan boss saya, dan orang yang bertanggungjawab dalam menjadikan saya seorang yang pentingkan ilmu dan perkenalkan saya mengenai kejuruteraan lalulintas dan jalanraya. Beliau juga seorang blogger, boleh baca blognya di sini - wanhashimblog.blogspot.com

Begitu juga dengan Prof. Ahmad Farhan, juga boss saya, orang yang mula-mula ambil saya bekerja. Beliau juga adalah mantan orang kuat MIROS. Jika anda pernah ikuti perkembangan tentang isu-isu berkaitan trafik, kemalangan di Malaysia, Prof. Farhan ini semasa di MIROS memang keraplah keluar dalam akhbar dan TV.
Penyelidik Highway and Transportation USM Engineering
Paling memberikan kesan dalam corak dan cara saya menulis dan belajar mengenai ilmu penulisan terbaik adalah mantan boss saya, sebelum bergelar house husband iaitu Prof. Meor Othman Hamzah. Satu negeri, orang Perak duduk di Bota. Hebat orangnya. Dialah orang yang menjadikan saya seorang lelaki yang tabah, banyak bersabar dan belajar lali dengan kata-kata orang yang merendahkan.

"What kind of rubbish that you give to me? Rewrite it, if you do not know how to write, do learn, do ask ... jangan ingat hebat sangat dah ..." - Prof. Meor Othman

Saya belajar bagaiman nak tulis penulisan terbaik memikat orang baca, walaupun english berterabur entah ke mana. Dia ajar saya tentang bagaimana nak menulis satu perkara menjadikan ia milik sendiri walaupun bersumber dari orang lain. Banyak dia ajar, dan sedikit sebanyak ia mencorakkan cara saya nak persembahkan sesuatu penulisan kepada orang.

  1. Meor Othman Hamzah and Hasrulnazim Hassan (2010), Traffic Survey for Malaysian Trip Generation Study Phase IV, Seminar on Malaysian Trip Generation 2010, organized by the Highway Planning Unit, Ministry of Works, 26 April 2010 
  2. Meor Othman Hamzah and Hasrulnazim Hassan (2010), Site Selection for Malaysian Trip Generation Study Phase IV, Seminar on Malaysian Trip Generation 2010, organized by the Highway Planning Unit, Ministry of Works, 26 April 2010
  3. Boleh rujuk lagi di sini - Arkib Kejuruteraan Awam USM

Saya bekas penyelidik USM dalam bidang kejuruteraan, tetapi saya belajar cara menulis terbaik semasa saya berjawatan di situ, saya merupakan bekas graduan USM dalam bidang Sains Komputer, tetapi saya bekerja sebagai penyelidik mengenai jalan dan trafik. Pelik tak?
Penyelidik Highway and Transportation USM Engineering
Semasa kerja di situ, saya dapat kenal ramai juga orang terutama pelajar-pelajar yang ambil Master dan PHD. Mereka inilah yang menjadi rakan sekerja saya dan juga menjadi anak-anak buah saya ketika itu. Sekarang ramai dah beranak pinak dah, malah ada yang jawat jawatan hebat dalam sektor awam dan swasta.
Penyelidik Highway and Transportation USM Engineering
Saya juga belajar benda lain, iaitu mesti amalkan sikap sering menghargai usaha orang lain yang membantu dalam hidup seharian kita, samada langsung atau tidak. Saya juga belajar mengenai perkara-perkara penting dalam keselamatan jalanraya. Saya juga belajar mengenai cara nak berurusan dengan pihak-pihak luar .. dan banyak lagi benda-benda yang sebelum ini tak pernah tahu pun.

Ini jalan yang telah Allah S.W.T tetapkan kepada diri saya.

Nanti ikuti kisah saya yang lain tentang bagaimana mulanya diri jadi house husband dan apa yang perlu dibuat persediaan menjadi seorang house husband yang boleh dicontohi.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

21 Komen

mereka yang berjiwa pendidik walaupun sedikit sentiasa mendapat respect dari den.

wahh..

bekas penyelidik rupanya. hoho..

Memang kena dgn jiwa..seorang blogger memang perlu mahir membuat penyelidikan dan penulisan. Tuan hasrul ada keduanya....

Ehem, ehem, kim salam kat awek cun...

Patut sifu HH hebat bab-bab selidik ni :-)

Saya rindu usm transkrian...

salute bro...kisah yang hebat juga...ilmu itu penting...kadang2 ia datang secara tidak formal

patutlah HH hebat, dah berjawatan hebat sebelum ni..

Tahniah atas pencapaian hebat... Moga sentiasa sukses

Kisah lama, benda pun dah berkarat dalam diri dah. Kena belajar semula.

Untung la banyak bunga disana... Gua pernah jadi pembantu penyelidik juga.

Apa yang gua sumbangkan? Macam takde je.

cool orgnya. Dulu matrik mana bro? KMK ke? Mesti bro kenal Nazahan Isa bdk sc gak... jehe jehe..

Hoho .. mestilah ... nak aku selidik mu tak?

Tak hebat pun tapi belajar dari mereka yang memang hebat. Merekalah yang terbaik.

Jawatan dulu hebat ke? Kontrak dan sementara je pun ... tiap2 tahun kena perbaharui kontrak

Jehe .. kenal je .. hehehe.. saya matrik mana? SERATAS jawabnya.

kita sama batch matrik usm bro, saya SYED PUTRA, sekelas dgn syam madu. Saje je nak kenalkan kat org popular cam bro nih.

ada tuh bro, mungkin lu penah jadi daya penarik makcik2 sana..

:) ok. Heh ... Syam Madu kenallah.


EmoticonEmoticon