Langkau ke kandungan utama

Blog Cikai Dalam Alexa Rank Mei 2015

Statistisk rank blog cikai saya dalam Alexa rank untuk awal Mei 2015. Naik turun kedudukan blog dalam ranking Alexa memang lumrah. Bukan mudah nak kekal berada di atas, apatah lagi bila terdapat persaingan daripada rakan-rakan blogger yang lebih hebat kendalikan blog mereka untuk dapatkan trafik terbaik setiap hari. Blog saya pernah merasa berada di bawah ranking Alexa (Malaysia) bawah 300. Dan ianya satu pengalaman pencapaian yang membanggakan diri saya sebagai blogger sepenuh masa.

Setelah beberapa ketika, sejak awal tahun 2015; kedudukan blog ini dalam ranking Alexa teruk jatuh merudum. Terasa sangat sukar untuk kekalkan momentum trafik sehingga akhirnya ranking Alexa jauh terpelanting sehingga jatuh ke tangga lebih 1000.

Blog Cikai Dalam Alexa Rank Mei 2015

Blog Cikai Dalam Alexa Rank Mei 2015

Alhamdulillah, blog ini kembali bersaing dari segi trafik untuk mendapat tempat di bawah 500 ranking Alexa bagi laman web dan blog paling popular di Malaysia. Untuk kategori global, pencapaian juga semakin baik apabila berjaya berada di bawah 100,000 laman web yang paling popular menurut Alexa.

Blog cikai seperti ini boleh bersaing, tentu blog anda yang jauh lebih hebat pun boleh dapat tempat lebih baik. Tak boleh putus asa, apatah lagi berhenti untuk memberikan yang terbaik untuk pengunjung dan pembaca blog anda.
Blog Cikai Dalam Alexa Rank Mei 2015

Ada masa akan wujud haters yang akan cuba lunturkan semangat anda dalam dunia blog sebaik sahaja kejayaan mula dikecapi, tetapi percayalah akan ada ramai rakan-rakan blogger yang hatinya sentiasa bersih untuk melihatkan blog dan diri anda mencapai kejayaan lebih baik daripada mereka.

Kedudukan Tak Kekal

Apalah sangat kejayaan blog cikai ini. Kedudukan Alexa rank bulan Mei 2015 ini bukannya kekal, esok lusa akan berada di kedudukan yang lain, dan pastinya tempat itu akan digantikan oleh blog lain yang lebih hebat. Dan harapnya kedudukan tersebut akan diganti oleh anda dengan blog anda yang selama ini orang lain perlekehkan, in Sha Allah.

Buktikan blog cikai boleh berjaya ... 

Jadikan statistik kejayaan ini untuk menentu-ukur sejauh mana usaha yang telah anda buat untuk menzahirkan daya saing blog anda. Bukan meniatkan diri untuk tunjuk riak pada yang lain, tetapi untuk membuktikan pada diri anda bahawa blog cikai yang tidak ramai follower boleh berada di kalangan laman web dan blog yang jauh lebih hebat serta lebih popular.

Sebelum ini, blog saya is nothing. Tetapi usaha siang malam dan iltizam telah membawa blog ini berada dalam rank Alexa pada kedudukan yang membuatkan diri rasa puas menulis dan update blog setiap hari.

Terima kasih atas sokongan ramai rakan blogger dan pembaca setia blog ini. Terima kasih kerana blog ini tidak dianggap sebagai blog cikai di mata anda. Terima kasih kerana memberikan saya semangat untuk membuktikan blog ini bukan sebuah blog cikai ... tetapi sebuah blog yang boleh dimanfaatkan isi kandungannya untuk kebaikan dunia dan akhirat.

In Sha Allah, blog anda juga akan kecapi kejayaan seperti ini satu hari nanti.



Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…