Aku Akui - Blog Ini Adalah Blog Cikai

Yeap. Saya memang akui bahawa blog ini adalah blog cikai. Bukan kenyataan sentap, tapi memang benar, blog yang kongsi mengenai ilmu blogging dan panduan untuk blogger ini tak boleh nak lawan trafik blog lain yang memang terbukti lebih hebat. Apalah sangat trafik 11 juta yang telah diperoleh jika nak dibandingkan dengan blog-blog lain yang anonymously penulisnya.

Ada rakan pengunjung yang tinggalkan komen "trafik macam ini kategori cikai la bro" dalam sebuah entri yang baru saya tulis bertajuk Statistik Blog April 2015. Dalam entri tersebut, saya kongsikan trafik blog ini sepanjang April 2015.... trafik dari sebuah blog platfrom blogspot yang cuba seboleh-bolehnya tidak menarik trafik dari kata kunci luXXh dan berkaitan gossip selebriti serta isu semasa yang dilagukan dengan tajuk-tajuk bernada kontroversi.

Blog Ini Adalah Blog Cikai

Blog Ini Adalah Blog Cikai
Zaman di mana saya menggunakan tajuk kontroversi dan berkongsi kisah gossip selebriti sudah lama berlalu .. in Sha Allah, saya akan cuba kekalkan agar blog ini benar-benar bawa manfaat pada pengunjung dan pembacanya. Bukan mudah mencipta dan menulis sebuah blog yang diterima semua golongan - haters mahupun likers.

Blog ini adalah sebuah blog peribadi yang saya wujudkan untuk menyampaikan ilmu berkaitan blogging, cara jana income blog, tips pemasaran online dan isu-isu berkaitan blogger serta penggiat media sosial. Saya cuba tampilkan pengetahuan dan pengalaman menulis blog saya sejak tahun 2007-2008 untuk dijadikan panduan dan pedoman agar blogger Malaysia dapat menghasilkan sebuah blog yang benar-benar bermutu dan ikhlas dalam penyampaian.
Blog Ini Adalah Blog Cikai Yang Responsif
Blog ini adalah sumber rezeki saya sebagai seorang House Husband dan blogger sepenuh masa. Jadi, menjadi niat saya untuk hasilkan sebuah blog yang dapat menjana income secara halal dan sah, serta mengikut lunas undang-undang dan agama.

Khilaf dan Silap Sebagai Seorang Blogger

Kesilapan mudah berlaku. Bagi sebuah blog cikai seperti blog ini, adakala khilaf itu berlaku tanpa sedar, namun sedang berusaha untuk perbaiki dari semasa ke semasa dengan bantuan dan teguran rakan-rakan blogger lain yang lebih berpengalaman dan hebat ilmunya.
Blog Ini Adalah Blog Cikai Yang Responsif
Saya akui blog ini adalah sebuah blog cikai yang jika dihalusi dalam-dalam tak ada apa yang istimewanya. Setiap blogger di Malaysia boleh sahaja mendapat trafik tinggi dan peroleh income ribu-ribu ringgit dari sebuah blog - in Sha Allah, jika menggunakan pendekatan dan pengetahuan yang berlambakkan dikongsikan oleh otai-otai blogger dan pakar pemasaran.

I am nothing. I am nobody. I'm just a simple person trying to get my blog to be accepted by Malaysian blogger community. I believe knowledge can be deliver and flourish using this online platform. I cannot be a teacher, but I can write. I cannot be a millionaire, but I'm proving myself that I can generate an honest income using blog.

Do not trust in me, but believe in the knowledge that have been taught to me.

Akhirnya segala pencapaian yang ada ini tidak boleh dibawa ke mana-mana, hanya Allah Maha Tahu segala sesuatu, dan sama-samalah kita berdoa agar kita semua diberikan pengakhiran yang baik nanti. In Sha Allah.

{ 15 comments.. read them below or add one }

Muhamad Hirman Muhamad Hirman May 06, 2015
Blog tuan ada pembaca sendiri.
lebih kepada ilmiah gaya santai.
Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz May 06, 2015
ni bukan blog cikai. blog ni memberi manfaat kepada pembaca sampai rasa nak bukak setiap hari
AnonymousAnonymous May 06, 2015
Betul tu Nik..hari ni saya dh 5 kali buka blog ni untuk baca entry baru.huhuhu
Illya Farhana Illya Farhana May 06, 2015
Blog ini yg membantu LeYa dlm blogging. Bg LeYa blog ini bukan blog cikai. Blog yg byk memberi manfaat utk pembaca lain
Illya Farhana Illya Farhana May 06, 2015
This comment has been removed by the author.
Hajar Shikin Hajar Shikin May 06, 2015
Blog ini merupakan blog yg paling banyak membantu saya dlm dunia blogging :)
Yuzz Yuzz May 06, 2015
Blog saya pun cikai je trafiknya, mungkin sebab tak ada gosip artis dan gambar-gambar wanita berpakaian seksi..
Vander Good Vander Good May 06, 2015
Kenapa ya ada blogger yg kata blog ini cikai? Sebab blog ni pengunjung pun boleh tahan. Maklumat dalam blog ini pun berguna. Tak apa, kuatkan semangat Encik HH. Haters gonna hate. :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2015
Terima kasih Illya Farhana kerana terus menyokong blog ini. Alhamdulillah.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2015
Semakin lama kita berada di dalam dunia blog dan faham tujuan sebenar kita berblog, kita akan nampak baik dan buruk itu .. in Sha Allah, kita sebagai blogger Malaysia boleh menjadi lebih baik dari sekadar mengejar trafik berlandaskan unsur-unsur yang tidak sepatutnya diketengahkan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 06, 2015
Adat dunia blog Malaysia .. sukar untuk berkongsi rasa gembira sesama blogger .. yang banyaknya dengki khianat yang tidak berkesudahan... alangkah baiknya jika annon itu dapat berikan tunjuk ajar dan tips yang boleh membantu ramai rakan blogger dapatkan trafik yang tinggi.
NFH NFH May 06, 2015
Keep it up tuan blog. Saya suka blog ini. Sangat bermanfaat buat blogger baru macam saya
reezluv reezluv May 06, 2015
kalau cikai takde le bleh jadi fulltime blogger..ehehe..tahniah bro..:D
Mia Kassim Mia Kassim May 07, 2015
Blog cikai tapi berisi ... :D
ekjoz buluh ekjoz buluh May 07, 2015
Kalau blog ini cikai, blog aku tahap apa pulak? Adeh!. Keep it up bro HH.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.