Blog Mesra Mobile Diberikan Keutamaan Google

Blog yang memenuhi ciri mesra mobile (mobile-friendly) akan diberikan tempat istimewa dan keutamaan oleh Google. Itulah yang akan berlaku bermula dari 21 April 2015. Menurut Official Google Webmaster Central Blog, mulai 21 April 2015, enjin carian Google akan memberikan lebih ruang dan peluang kepada mana-mana laman web serta blog untuk muncul top rank di enjin carian mereka.

Jadi, saya mahu rakan-rakan blogger samada baru ada blog mahupun yang telah lama ada blog supaya memastikan blog masing-masing sebagai sebuah blog yang mesra mobile atau dengan kata lain mesra gajet peranti mudah alih.

Blog Mesra Mobile Diberikan Keutamaan Google

Blog Mesra Mobile Diberikan Keutamaan Google
Ramai rakan blogger yang telah bertanyakan kepada saya tentang bagaimana mahu menjadikan blog itu mesra mobile. Sebenarnya, untuk blogspot anda mungkin tidak perlu risau, kerana platform blogspot akan secara automatik memaparkan blog anda dalam versi mobile dengan menukar URL blog anda menjadi - http://nama-blog.blogspot.com/?m=1 

Untuk blogger yang menggunakan blogspot, untuk lebih jelas mengenai cara menjadikan blog anda mesra mobile, anda boleh rujuk panduan disediakan oleh Google di pautan ini - https://developers.google.com/webmasters/mobile-sites/website-software/blogger


Namun, daripada beberapa sumber yang saya baca, blog blogspot yang tidak menggunakan URL dalam bentuk di atas untuk enjin carian mungkin akan terkena bahana ditendang oleh enjin carian. Maksud saya ialah, anda tidak menggunakan URL mobiliti itu untuk hantar sitemap, untuk hantar ke enjin-enjin carian yang membolehkan ia diindeks oleh enjin carian Google.

Cara Selamat Menjadikan Blog Mesra Mobile

Jadi, untuk mengelakkan ianya berlaku ke atas blog anda, cara paling selamat ialah menjadikan template blogspot anda mesra mobile. Untuk mengetahui samada blog anda mesra mobile (mobile friendly), anda perlu lakukan ujian ke atas blog anda. Anda boleh menggunakan Mobile-Friendly Test yang disediakan oleh Google Webmaster Tools sebagai langkah awal kenal pasti samada blog anda itu mesra mobile atau tidak.

Blog mesti lulus ujian mobile-friendly test ini supaya dapat tempat yang lebih baik dalam enjin carian Google.

Salah satu cara lain untuk lihat samada blog anda itu mesra mobile ialah dengan mengecilkan browser atau pelayar internet anda. Lihat samada blog anda dipaparkan secara penuh seperti paparan di bawah ini:
Contoh blog mesra mobile dan responsif
Berbeza dengan blog yang tidak menggunakan template blogspot yang tersedia responsif atau mobile-friendly, blog akan kehilangan beberapa widget yang digunakan, malah ciri unik blog tersebut akan hilang dan tidak menonjol sepertimana di atas.

Sebelum ini, saya pernah berikan kod HTML cara-cara untuk jadikan blog anda itu sebuah blog yang responsif, namun bukan semua blog boleh guna-pakai kaedah dan teknik tersebut. Ia sangat teknikal untuk menjadikan sebuah template blog biasa menjadi sebuah template blogspot yang responsif. Anda boleh mencubanya tetapi percayalah, agak parah juga bila nak menjadikannya ia responsif dan mesra mobile menerusi kaedah ini.

Ok. Berbalik pada perkara utama tadi iaitu blog mesra mobile diberikan keutamaan oleh Google.

Google Telah Lakukan Ujian Untuk Beri Keutamaan Blog Mesra Mobile

Sebelum ini, pihak Google telah membuat beberapa ujian penting menerusi enjin cariannya untuk memperlihatkan bahawa blog-blog yang mesra mobile atau mesra peranti mudah alih akan diberikan tempat dalam enjin carian.

Cuba anda gunakan peranti mudah alih anda, buka pelayar internet dan cuba buat apa jua carian menerusi Search Google. Anda akan nampak laman-laman web atau blog yang muncul di top rank Google ada satu notifikasi yang menunjukkan ia mesra mobile atau Mobile-Friendly.

Jadi, mulai 21 April 2015, mana-mana blog atau laman web yang tidak tepati ciri tersebut akan tidak lagi berada di rank utama enjin carian Google, terutama apabila ia digunakan di peranti mudah-alih.

Teknik mesra mobile ini juga antara teknik saya gunakan untuk bolehkan blog saya berada di top rank Google carian Malaysia Best Blog 2015.

{ 7 comments.. read them below or add one }

Yumida Huda Yumida Huda March 27, 2015
dah check blog mobile friendly gak..alhamdulillah
oo rupanya yg kat hujung url blog '.../?m=1 ' khas utk mobile. baru tau..selama ni selalu perati url blog kat hp, agak pelik bila ada penambahan kat hujung tu
tahniah, entri tuan hh yg Malaysia Best Blog 2015 tu selalu kat muka depan google
hpmurah2u hpmurah2u March 27, 2015
wah..blogku pun keluar result camni Awesome! This page is mobile-friendly.hehehe
ishak hasimi ishak hasimi March 27, 2015
Lagi satu tambahan..kalau nak tahu blog tu mesra mobile, cuba kecilkan browser chrome pada browser..,
Jie Susanos Jie Susanos March 27, 2015
ok..aku dh test..nasib baik mesra hp..google pn pnting ke hp dh skrg ni..
reezluv reezluv March 28, 2015
selesai..dah mobile friendly :D
kakipromo kakipromo March 28, 2015
blog yang mobile friendly memang senang nak dibaca dan memudahkan visitor cari maklumat
Carlos Santiago Carlos Santiago April 08, 2015
ada sape2 bleh tlng buat template mobile. malas nk main coding.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.