Jadi, saya mahu rakan-rakan blogger samada baru ada blog mahupun yang telah lama ada blog supaya memastikan blog masing-masing sebagai sebuah blog yang mesra mobile atau dengan kata lain mesra gajet peranti mudah alih.
Blog Mesra Mobile Diberikan Keutamaan Google

Untuk blogger yang menggunakan blogspot, untuk lebih jelas mengenai cara menjadikan blog anda mesra mobile, anda boleh rujuk panduan disediakan oleh Google di pautan ini - https://developers.google.com/webmasters/mobile-sites/website-software/blogger
Namun, daripada beberapa sumber yang saya baca, blog blogspot yang tidak menggunakan URL dalam bentuk di atas untuk enjin carian mungkin akan terkena bahana ditendang oleh enjin carian. Maksud saya ialah, anda tidak menggunakan URL mobiliti itu untuk hantar sitemap, untuk hantar ke enjin-enjin carian yang membolehkan ia diindeks oleh enjin carian Google.
Cara Selamat Menjadikan Blog Mesra Mobile
Jadi, untuk mengelakkan ianya berlaku ke atas blog anda, cara paling selamat ialah menjadikan template blogspot anda mesra mobile. Untuk mengetahui samada blog anda mesra mobile (mobile friendly), anda perlu lakukan ujian ke atas blog anda. Anda boleh menggunakan Mobile-Friendly Test yang disediakan oleh Google Webmaster Tools sebagai langkah awal kenal pasti samada blog anda itu mesra mobile atau tidak.Blog mesti lulus ujian mobile-friendly test ini supaya dapat tempat yang lebih baik dalam enjin carian Google.
Salah satu cara lain untuk lihat samada blog anda itu mesra mobile ialah dengan mengecilkan browser atau pelayar internet anda. Lihat samada blog anda dipaparkan secara penuh seperti paparan di bawah ini:

Sebelum ini, saya pernah berikan kod HTML cara-cara untuk jadikan blog anda itu sebuah blog yang responsif, namun bukan semua blog boleh guna-pakai kaedah dan teknik tersebut. Ia sangat teknikal untuk menjadikan sebuah template blog biasa menjadi sebuah template blogspot yang responsif. Anda boleh mencubanya tetapi percayalah, agak parah juga bila nak menjadikannya ia responsif dan mesra mobile menerusi kaedah ini.
Ok. Berbalik pada perkara utama tadi iaitu blog mesra mobile diberikan keutamaan oleh Google.
Google Telah Lakukan Ujian Untuk Beri Keutamaan Blog Mesra Mobile
Sebelum ini, pihak Google telah membuat beberapa ujian penting menerusi enjin cariannya untuk memperlihatkan bahawa blog-blog yang mesra mobile atau mesra peranti mudah alih akan diberikan tempat dalam enjin carian.Cuba anda gunakan peranti mudah alih anda, buka pelayar internet dan cuba buat apa jua carian menerusi Search Google. Anda akan nampak laman-laman web atau blog yang muncul di top rank Google ada satu notifikasi yang menunjukkan ia mesra mobile atau Mobile-Friendly.
Jadi, mulai 21 April 2015, mana-mana blog atau laman web yang tidak tepati ciri tersebut akan tidak lagi berada di rank utama enjin carian Google, terutama apabila ia digunakan di peranti mudah-alih.
Teknik mesra mobile ini juga antara teknik saya gunakan untuk bolehkan blog saya berada di top rank Google carian Malaysia Best Blog 2015.
dah check blog mobile friendly gak..alhamdulillah
BalasPadamoo rupanya yg kat hujung url blog '.../?m=1 ' khas utk mobile. baru tau..selama ni selalu perati url blog kat hp, agak pelik bila ada penambahan kat hujung tu
tahniah, entri tuan hh yg Malaysia Best Blog 2015 tu selalu kat muka depan google
wah..blogku pun keluar result camni Awesome! This page is mobile-friendly.hehehe
BalasPadamLagi satu tambahan..kalau nak tahu blog tu mesra mobile, cuba kecilkan browser chrome pada browser..,
BalasPadamok..aku dh test..nasib baik mesra hp..google pn pnting ke hp dh skrg ni..
BalasPadamselesai..dah mobile friendly :D
BalasPadamblog yang mobile friendly memang senang nak dibaca dan memudahkan visitor cari maklumat
BalasPadamada sape2 bleh tlng buat template mobile. malas nk main coding.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.