Saya mahu kongsikan satu tips berkaitan cara menulis entri yang menarik. Saya tahu ramai yang ingin tahu tentang cara terbaik untuk menghasilkan sebuah entri yang dapat menarik perhatian pengunjung bagi mendapatkan pembaca setia. Cara atau teknik menulis entri yang saya maksudkan ialah menulis entri yang terdapat elemen kejutan.

Teknik ini dah lama digunakan oleh ramai penulis blog terkenal terutama dari mereka yang suka mengulas mengenai sesuatu topik, contohnya mengenai gajet dan tutorial. Teknik sama dengan cara kita menulis mengenai tajuk kebaikan dan keburukan, tetapi ia tidak diketengahkan secara direct. Selalunya ia ditulis dengan cara .....
Ciptakan Kejutan Dalam Menulis Entri - Konten Blog

Ciptakan Kejutan Dalam Menulis Entri

Cara menulis teknik kejutan ini adalah menulis entri di awal permulaan dengan menyatakan sesuatu yang baik, sedap didengar oleh pengunjung dan pembaca, tetapi kemudian dipatahkan rasa itu di tengah-tengah entri dengan sesuatu yang kurang sedap atau kontra dengan apa diceritakan di awal entri.

Teknik ini juga boleh dilakukan sebaliknya, iaitu menulis sesuatu yang persepsi negatif, tetapi di akhirnya diberikan sesuatu yang membuatkan kita berfikir mengenai persepsi negatif di awalnya tadi. Ia pasti akan mengundang respon pembaca di ruangan komen, sekaligus meningkatkan engagement di dalam blog anda.

Ingat tak saya pernah kata bahawa ciri-ciri sebuah blog yang bagus ialah adanya entri yang mendapat respon yang banyak dari para pembaca? Bila ada respon, ada emosi dikaitkan.

Teknik menulis entri ini berkait rapat dengan emosi pembaca. Jika anda dapat memaut respon menerusi emosi dalam penulisan, maka akan membuatkan orang ingat apa yang anda tulis. Itulah yang cuba dilakukan menerusi teknik ciptakan kejutan dalam menulis entri. Kejutan itulah yang akan membuatkan pembaca ingat apa yang anda tulis.

Bila mereka, seandainya seorang blogger juga .... mahu menulis perkara yang hampir sama, maka mereka akan ingati entri yang pernah anda tulis. Dan ada kemungkinan, entri anda akan dirujuk oleh blogger tersebut ... nah .. dah dapat satu backlink yang bagus untuk entri yang telah anda tulis.

Contoh Entri Dengan Elemen Kejutan

Contoh entri yang adanya kejutan ... anda mungkin nak tahu ye tak?

Ok, macam ni ...

Telefon Samsung S3 ni bagus betul, ada paparan skrin yang sangat best, gambar nampak live. Ciri-ciri dalam Samsung S3 membuatkan saya seronok memilikinya. Tetapi, menurut rakan saya, Samsung S3 ada masalah bila dah lama pakai, terutama port charge dia yang sering rosak. Charge lama-lama tapi tak penuh-penuh ...

Haa .. nampak tak? Orang akan seronok baca dan nak tahu mengenai betapa bestnya pakai telefon Samsung S3. Mereka tertarik dengan review ringkas tentang ciri-ciri menarik yang ada, tetapi mood mereka jadi spoil apabila diberitahu mengenai masalah yang muncul pada Samsung S3 ini.

Siapa yang pakai Samsung S3 pasti akan respon - samada respon positif, mahupun negatif. Akan ada respon yang kata mereka tiada masalah pakai S3, dan satu lagi pula adalah mereka yang hadapi masalah sama ... :)

Cubalah tulis entri yang ada elemen kejutan ini. Dan cuba pratikkan rahsia menulis entri berkualiti In Sha Allah, entri seperti ini akan mudah jadi perhatian. Dan anda mungkin dapat menampilkan diri anda sebaiknya dalam dunia blog Malaysia.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

8 Komen

Thanx bro.. Masih dalam proses awal penulisan blog walaupun minat dah lama ada. Tengah belajar untuk memperbaiki diri dan saya dapati blog saudara sangat-sangat membantu dengan pelbagai tips. InshaAllah akan diusahakan. Terima kasih

Reply

wah... value added lagi untuk penulis blog...terima kasih.

Reply

Terima kasih atas tips yg diberikan.. :)

Reply

Terima kasih atas sharing tips ni, ringkas, padat dan jelas, ailaike :)

Reply

Alhamdulillah, semakin lama berblog, kita akan nampak kekuatan sesuatu teknik menulis itu.

Reply

Sama-sama, moga dapat dipraktikkan dan beri manfaat untuk blog makin maju dan mantap.

Reply

Alhamdulillah, semoga beroleh manfaat dari perkongsian ini. In Sha Allah.

Reply

Terima kasih atas tips. Memang kena lebih kreatif lagi untuk orang yang direct macam saya

http://www.kakyongcun.com

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.