Ok. Apa itu kronologi? Kronologi adalah rentetan peristiwa atau kejadian. Dalam penulisan berbentuk analogi ... ehh silap .. kronologi ini; ada kisah sebelum, semasa dan selepas. Ada tarikh, ada lokasi, ada situasi. Perkara-perkara ini mesti ada di dalam entri berbentuk kronologi.

Entri Kronologi Menarik Minat Pembaca
Menulis entri berbentuk kronologi akan bantu blogger untuk kayakan konten blog. Ini adalah kerana setiap kali menulis entri sebegini, anda pasti akan terpaksa menulis entri secara berjujukan. Ingat tak saya pernah beritahu salah satu teknik untuk membuat pengunjung terus datang ... datang dan datang baca blog anda ialah dengan menulis entri secara berjujukan. Ada siri, ada episode di bawah satu tajuk utama tetapi terbahagi kepada beberapa entri yang lain. Ingat tak? Tak ingat? Boleh cari nanti ye .. hohoContoh mudah. Seperti saya ceritakan kisah saya bercuti ke Langkawi, ke Penang, ke Sarawak, ke Bandung ... semua itu merupakan antara contoh entri kronologi. Walaupun ia bukan sebuah entri yang betul-betul menepati cirian entri kronologi, tetapi setidaknya ia membolehkan saya menulis entri hampir setiap hari. Ia adalah sumber idea berterusan, dan membolehkan blog terus hidup dan menerima pembaca.
Entri kronologi sering mendapat perhatian, terutama melibatkan satu-satu isu penting, contohnya MH370, MH17 Ditembak, Kisah Anwar Ibrahim, dan banyak lagi. Mahu pikat pengunjung jadi pembaca, share serta like entri tersebut, persembahkan dengan fakta serta visual menarik.
Kelebihan Menulis Entri Berbentuk Kronologi
Kelebihan menulis entri berbentuk kronologi?- Bantu berikan idea menulis entri setiap hari
- Kayakan blog dengan konten-konten terbaik
- Beri kelebihan dari segi SEO
- Bolehkan dapat pembaca dan pengunjung setia
- Mudah dapat LIKE dan dikongsikan di media sosial
- Mudah dapat backlink
- Bantu tingkatkan krediliti blogger dan menjenamakan blog
...
Ada banyak lagi kelebihan menulis entri berbentuk kronologi ini. Namun, kelebihan-kelebihan di atas saya fikir dah cukup kuat untuk sedarkan anda mengenai cara menulis entri yang menarik minat pembaca ini. Rugi jika anda tidak mencuba tips yang saya kongsikan ini.
Ok? Faham?
Boleh buat kan?
Carilah satu peristiwa dalam hidup anda yang boleh anda kronologikan. Tonjolkan ia, in Sha Allah ... banyak manfaat akan anda dapat sebagai seorang blogger.
Saya dapat memahami maksud HH. Terima kasih kerana beri idea..:-))
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih kerana bagi idea.
BalasPadamAssalammualaikum.. bro HH,
BalasPadamthanks tips2 yang dikongsikan nie...
mselim3
NICE SHARING.. bgus tip2 ni.. blogwalking here
BalasPadam#visit me on shukranzahari.blogspot.com
#HAPPY BLOGGING
tips yang bagus, tuan. terima kasih... dalam tak sedar saya pernah membuat entri kronologi tentang kisah anak saya yang dijangkiti HFMD.
BalasPadamanyway, blog tuan saya senaraikan dalam Malaysia Best Blog 2015 pilihan saya di sini http://ctfand.com/2015/02/malaysia-best-blog-2015.html :)
Terima kasih atas perkongsian ini. Sangat dihargai! :)
BalasPadamterima kasih kerana untuk tips yang berguna ini :-)
BalasPadamkalau tulis novel dalam blog tu dikira entry berkronologi juga ke?
BalasPadamkronologi ni susah sikit nak buat .. sebab selalu idea tu dtg sikit je..nak kembangkan cerita tak reti ..cuma pandai straight to the point.. cmna tu pndgn HH ?
BalasPadamTengah buat kronologi trip Cambodia sampai Thailand ni ��
BalasPadamtips ini memang bagus..terima kasih
BalasPadamTerima kasih tips nya. Nampak gayanya, kene sambung lagi kisah bersiri yang dah lama tergendala kat blog :)
BalasPadamboleh cuba apply tips yang bagus ni..Thanks bro
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.