Rahsia Menulis Entri Berkualiti

Nak tahu rahsia menulis entri berkualiti tak? Ok. Jika nak tahu, anda kena baca tips dan panduan blogger yang akan saya berikan dalam entri ini. Pastikan anda ambil perhatian jika minat nak tahu .. hoho. Entri berkualiti ini perlu untuk sesebuah blog kerana content is King, sepertimana telah saya ulas serba sedikit di Blogger Baru Buktikan Entri Berkualiti Jana Trafik 23K

Apakah rahsia untuk menulis entri berkualiti ini?

Rahsianya ada ____ (sila isi sendiri) .... in Sha Allah, anda akan dapat isikan dengan tepat bila dah selusuri entri ini.
Rahsia Menulis Entri Berkualiti

Rahsia Menulis Entri Berkualiti

Rahsia pertama untuk menulis entri berkualiti ialah .....

Jangan buka laman sosial ketika menulis entri blog. Ketika anda mahu menyediakan entri yang berkualiti di dalam blog, pastika anda tidak login ke akaun Facebook anda. Pertamanya ialah kerana ia akan ganggu penumpuan anda, al maklumlah FB ini sentiasa update setiap masa, setiap saat dan minit ada je benda yang akan keluar di timeline. Kemungkinan anda akan terlupa idea bila tetiba diganggu oleh status provikatif apatah lagi bila nama anda dimention dalam status tersebut.

Rahsia kedua ...

Jangan buka email. Email juga boleh menjadi penghalang untuk anda meluahkan idea untuk menulis sebuah entri blog yang berkualiti. Mungkin anda sedang menunggu satu email yang penting. Jika ada, pastikan samada anda tidak menulis entri baru atau anda terus simpan entri dalam draft untuk membolehkan anda baca email penting tersebut. Jika tiada ada-apa email yang sedang ditunggu, tak perlu buka tab email di pelayar internet anda.

Tahukah anda bahawa teknik hasilkan entri berkualiti adalah salah satu rahsia pakar buat duit online yang dibongkar?

Rahsia ketiga ..

Elakkan buka perisian yang menggunakan memori yang besar, contohnya Photoshop atau Video Maker. Saya selalu sahaja bermasalah bab ini. Apabila sedang asyik menulis entri, tetiba komputer jadi kaku beku, nak taip apa-apa pun tak boleh. Tersekat. Nak tak nak kena reboot balik komputer, akibatnya .. entri yang dah tulis panjang berjela hilang sebab tak sempat nak save. Rugi. Ayat-ayat terbaik yang dah ditulis terus tak ingat lagi bila nak sambung tulis.

Rahsia keempat ...

Pastikan anda hanya buka dashboard blogspot sahaja, dan berada di dalam mode editor blogspot. Perhatian anda akan tertumpu dan mengelakkan anda melihat perkara lain yang ada di komputer dan pelayar internet anda.

Kandungan blog adalah raja
Lagi rahsia menulis entri berkualiti ....

Entri berkualiti mesti ada rujukan tertentu. Sebelum anda menulis entri baru anda, cuma dapatkan pautan-pautan rujukan tersebut dan terus masukkan ke dalam entri. Nak lebih afdal dan tidak ganggu gugat semasa membikin entri berkualiti anda, baca dahulu sumber-sumber rujukan tersebut dari awal sampai habis dan ambil nota perkara penting yang ingin anda highlight.

Cahaya. Anda perlu pastikan keadaan sekeliling cukup cahaya. Ia bagi membolehkan mata anda menangkap dengan cekap kesilapan semasa menulis entri baru. Entri yang bagus mesti meminima kesilapan ini - termasuklah kesalahan ejaan dan cara penulisan beremosi.

Tiada gangguan luaran. Adakala kita dah siap sedia dengan langkah-langkah di atas, tetapi terdapat aspek luaran yang ganggu konsentrasi - TV, radio, telefon. Kalau boleh jangan pasang TV, jangan dengar radio dan pastikan mode silent atau gegar-gegar bagi telefon anda. Jika anda gunakan telefon pintar, pastikan ia tidak berada di dalam mode wifi atau mobile-data aktif.

Seandainya anda seorang surirumah atau house husband seperti saya, aktiviti-aktiviti seperti mengemas rumah, basuh kain baju, memasak mestilah segera dilaksana sebelum menulis entri baru. Jika anak anda ada bersama, seperti bayi kecil, saya syorkan anda tidurkan mereka dahulu atau berikan sesuatu untuk mereka bermain sendiri.

Tahukah anda Kitab SEO Merah Jambu juga bercerita mengenai entri berkualiti ini untuk jana income menerusi blog?

Pilih masa yang terbaik untuk menulis entri. Inilah yang paling utama. Dengan pilihan masa yang bagus, tanpa gangguan, tanpa disrupsi .. in Sha Allah, satu entri berkualiti terbaik boleh anda hasilkan. Cadangan saya ialah menulis entri selepas jam 10 malam atau pada waktu awal pagi. Pada waktu ini, gangguan adalah minimal dan otak lebih mesra untuk berfikir dan keluarkan idea bernas.

Semoga entri ini bermanfaat kepada anda, terutama untuk blogger baru yang masih lagi mencari rentak untuk menghasilkan sebuah entri berkualiti.

Entri berkualiti adalah penting supaya pengunjung dan pembaca terus tertarik kepada blog anda. Ia juga menjadi aspek utama untuk menjadi Malaysia Best Blog 2015 yang ramai blogger perkatakan.

{ 23 comments.. read them below or add one }

mama amir mama amir January 20, 2015
Terima kasih berkongsi HH...mesti dipraktikkan ni...
yoorin melacolea yoorin melacolea January 20, 2015
betul tu bro HH..sebenarnya bagus juga tak buka layaran lain.. baik2 satu entry boleh siap 30 minit, jadi sejam 2 jam.. hahahaha..
muhammad zarin muhammad zarin January 20, 2015
betul tu bro HH...terima kasih atas perkongsian
Mak Jemah Jual Vitamin Mak Jemah Jual Vitamin January 20, 2015
tips yang bagus..memang beza kalau menulis bila fokus pada penulisan je tanpa bukak fb..
ctfand ctfand January 20, 2015
Itu sebabnya pada waktu hujung minggu saya tak ada atau jarang ada entri, sebab layan anak2.. he he

Terima kasih kerana berkongsi ilmu, HH..
Etuza Etuza Etuza Etuza January 20, 2015
Ada kebenaran idea HH ni. Etuza memang tak buka FB bila on blog. tak sama sekali sebab tak dapat buat dua paparan dalam satu masa. Bila kita fokus di blog mood berblog tak kan pernah pudar, di bantu pula dengan tiada gangguan lain.terima kasih idea bernas ini
kucha lana kucha lana January 20, 2015
terbaik tips daripada bro..fokus tue paling utama..lagi satu idea..kalau xde idea apa pun tak boleh
Hafiz Mohd Hafiz Mohd January 20, 2015
Gangguan camni selalu melemahkan motivasi dan merencatkan idea utk menulis entri yg berkualiti..

thanks sifu hh
Anmas Healthcare Anmas Healthcare January 20, 2015
tips yang sangat berguna , sememangnya kadang2 fokus akan berkurang apabila kita membuka benda2 lain juga macam email n fb
NJihe.am NJihe.am January 20, 2015
Salam singgah, terima kasih atas nasihat dan tahniah kerana telah dicalonkan dalam Malaysia Best Blog 2015 .

berminat sponsor giveaway? klik sini: http://studioous.blogspot.com/2015/01/sponsor-1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt.html , Nak join pun boleh...
Khir Khalid Khir Khalid January 21, 2015
Memang betul tu HH.. menulis di waktu malam yg sunyi dan awal pagi mmg berbeza drp waktu siang. Sambil menulis sambil2 dengar radio pilihan pun ok juga kan... inspirasi hehee.. Thanks sharing sifu.. :)
Hajar Rash Hajar Rash January 21, 2015
yang pertama SANGAT setuju. Disebabkan buka facebook, berjam-jam baru dapat siapkan satu entri. -_-
Blog Kreatif Blog Kreatif January 21, 2015
memang betullah apa yang HH tulis. Jika buka FB , memang hilang semua idea.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 21, 2015
Sama-sama. Semoga beri manfaat pada semua blogger untuk hasilkan entri berkualiti sepanjang masa.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 21, 2015
Ya. Memang betul. Ramai blogger terutama blogger luar negara yang telah kongsikan tips menulis entri berkualiti ini.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 21, 2015
Itu lagi terbaik. Memang tips yang boleh diamalkan untuk blogger yang kurang masa dan mahu lebihkan keluarga.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 21, 2015
Kalau tidak fokus. Idea memang ada tapi entri tu jadi haru biru nanti.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 21, 2015
Hahaha.. ramai je yang jadi MANGSA FB ni .. :P
salmiah awang salmiah awang January 21, 2015
1 dan 2 tu memang saya buat.sebab tu kerja tertangguh.Tapi...yang ke empat tu dah takdirnya begitu.jadi suri rumah, nak menulis tak boleh tentukan masa.Sebab kerja datang tanpa boleh dijangka.terima kasih perkongsiannya.
Nadri Mohd Nadri Mohd January 21, 2015
Klu nak lagi tenang, tulis entry lepas sembahyang tahajud @ sblm masuk waktu solat subuh...insyaallah dpt ketenangan & dpt hasilkan entry yg berkualiti
Nadia Johari Nadia Johari January 21, 2015
haaha..buka facebook tu..hehehe..nak buat entry kene masa pagi..hehee..nad la..baru datang idea
MissNadia MissNadia January 22, 2015
thanks for the info.. nice sharing :D
Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman March 12, 2015
saya memang boleh update blog di awal pagi sahaja..sebab lepas anak bangun memang tak boleh nak fokus untuk entry blog...thanks abam HH atas perkingsian ni :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.