Apakah cara hias blog yang betul? Jika ditanya pada blogger yang dah lama ada blog sejak 2008-2010, kebanyakkan akan memilih rekabentuk blog yang simple dan mudah untuk pengunjung. Pada mereka, blog sebegitu penting supaya tidak nampak semak. Kekemasan adalah satu kemestian. Tapi, buat blogger baru yang teruja pertama kali punyai blog sendiri, bab hias blog ini menjadi keutamaan.

Baiklah, menerusi blog post ini saya akan ceritakan serba sedikit mengenai cara hias blog yang betul. Ia diharapkan dapatlah menjadi satu panduan asas buat blogger baru yang sedang gian menghias blog untuk kelihatan cantik, menarik dan ada ummphh, dan pada masa yang sama praktikal dan menjanjikan blog untuk disukai oleh para pengunjung serata dunia.
Cara Hias Blog - Warna Latar Belakang

Cara Hias Blog - Warna Latar Belakang

Ok.

Pertama sekali untuk hias blog ialah menyediakan warna latar belakang yang sesuai untuk blog. Malah, anda boleh letakkan gambar latar untuk blog anda. Bagaimana nak sediakan warna dan gambar ini untuk latar blog? Jika ada buka HTML blog anda, cubalah cari 'background'. Kebiasaan kod untuk warna latar background ini ditampilkan di bahagian BODY blog anda seperti ini:
Cara Hias Blog - Warna Latar Belakang
Bahagian bergaris warna kuning itu bererti ada imej sebagai latar belakang blog anda. Manakala yang bergaris merah itu adalah warna latar untuk blogspot anda. Anda boleh ubah warna itu ikut kod HTML warna kesesuaian anda. Kod am untuk warna ada enam huruf, yang saya tampilkan di atas adalah warna asas iaitu putih diwakili oleh fff. Anda boleh rujuk entri saya mengenai warna selamat untuk blog (klik).

Jika nak latar belakang blog ada gambar, seperti gambar pemandangan ke, gambar Neelofa ke, gambar comel anak anda ke; hanya tukarkan url http yang digariskan kuning tu.

Yang ada tulis font tu, anda boleh letakkan jenis tulisan dan juga saiz. Angka 13.5 itu adalah saiz tulisan anda. Seperti sebelum ini, saya ada katakan pilih tulisan yang mudah dibaca dengan saiz tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Sesuai untuk segala peranti mudah alih termasuklah telefon yang bukan pintar .. :)

Kod mengenai 'repeat', 'fixed' tu adalah optional. Anda boleh abaikan. Tapi untuk pengetahuan am mengenai koding HTML blogspot. 'Repeat' jika kita mahu gambar latar itu dipaparkan secara berulang, lebih2 lagi jika gambar itu bersaiz kecil seperti logo. 'Fixed' pula tetap; di mana bila anda skroll blog anda ke bawah, imej akan tetap berada di tempatnya.

Itu serba sedikit penerangan cara hias blog untuk ubah latar belakang terutama melibatkan warna dan gambar.

Sebagai tambahan agar anda tidak konpius nanti, setiap blog kod HTML atau CSS adalah berbeza. Jadi, cara atau kaedah yang saya tampilkan ini adalah hanyalah satu kaedah asas yang sering dijumpai dalam template blogspot biasa.

Berhati-hatilah apabila anda ubah template dan kod HTML blogspot anda. Pastikan anda backup dulu sebelum melakukan apa-apa ubahsuai.

Selamat menghias blog.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

8 Komen

jangan lupakan iklan..katanya kalau iklan xde,xmeriah blognya..wakakka

Reply

Salam kenal saya blogwalking saya ingin menjemput anda berkunjung ke blog saya http://gagahboro.org/ .Kalau ada masa subscribe lah blog saya

Reply

Semakin cantik bloh tuan Hasrul Hassan.... semakin ramai yang minat berkunjung ke blog bro....ini sudah pasti telah diedit menjadi menarik

Reply

Gunakan warna yang tidak terlalu gelap & terlalu terang.
Tapi yang paling PENTING, jangan terlalu perlahan @ lembap blog tu. sumbat kod byk sgt. lagi2 blog dari indonesia / blogger perempuan. Hurmm. Pendapat saya sahaja. Abaikan jika tidak berkenan dengan komen ini :)

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.