Baiklah, menerusi blog post ini saya akan ceritakan serba sedikit mengenai cara hias blog yang betul. Ia diharapkan dapatlah menjadi satu panduan asas buat blogger baru yang sedang gian menghias blog untuk kelihatan cantik, menarik dan ada ummphh, dan pada masa yang sama praktikal dan menjanjikan blog untuk disukai oleh para pengunjung serata dunia.
Cara Hias Blog - Warna Latar Belakang
Ok.Pertama sekali untuk hias blog ialah menyediakan warna latar belakang yang sesuai untuk blog. Malah, anda boleh letakkan gambar latar untuk blog anda. Bagaimana nak sediakan warna dan gambar ini untuk latar blog? Jika ada buka HTML blog anda, cubalah cari 'background'. Kebiasaan kod untuk warna latar background ini ditampilkan di bahagian BODY blog anda seperti ini:

Jika nak latar belakang blog ada gambar, seperti gambar pemandangan ke, gambar Neelofa ke, gambar comel anak anda ke; hanya tukarkan url http yang digariskan kuning tu.
Yang ada tulis font tu, anda boleh letakkan jenis tulisan dan juga saiz. Angka 13.5 itu adalah saiz tulisan anda. Seperti sebelum ini, saya ada katakan pilih tulisan yang mudah dibaca dengan saiz tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Sesuai untuk segala peranti mudah alih termasuklah telefon yang bukan pintar .. :)
Kod mengenai 'repeat', 'fixed' tu adalah optional. Anda boleh abaikan. Tapi untuk pengetahuan am mengenai koding HTML blogspot. 'Repeat' jika kita mahu gambar latar itu dipaparkan secara berulang, lebih2 lagi jika gambar itu bersaiz kecil seperti logo. 'Fixed' pula tetap; di mana bila anda skroll blog anda ke bawah, imej akan tetap berada di tempatnya.
Itu serba sedikit penerangan cara hias blog untuk ubah latar belakang terutama melibatkan warna dan gambar.
Sebagai tambahan agar anda tidak konpius nanti, setiap blog kod HTML atau CSS adalah berbeza. Jadi, cara atau kaedah yang saya tampilkan ini adalah hanyalah satu kaedah asas yang sering dijumpai dalam template blogspot biasa.
Berhati-hatilah apabila anda ubah template dan kod HTML blogspot anda. Pastikan anda backup dulu sebelum melakukan apa-apa ubahsuai.
Selamat menghias blog.
jangan lupakan iklan..katanya kalau iklan xde,xmeriah blognya..wakakka
BalasPadamMengata gua le tu .. dem ..
Padamnice tips ! already used it !
BalasPadamOrait. :)
PadamSalam kenal saya blogwalking saya ingin menjemput anda berkunjung ke blog saya http://gagahboro.org/ .Kalau ada masa subscribe lah blog saya
BalasPadamSemakin cantik bloh tuan Hasrul Hassan.... semakin ramai yang minat berkunjung ke blog bro....ini sudah pasti telah diedit menjadi menarik
BalasPadamNice sharing abg hasrul
BalasPadamGunakan warna yang tidak terlalu gelap & terlalu terang.
BalasPadamTapi yang paling PENTING, jangan terlalu perlahan @ lembap blog tu. sumbat kod byk sgt. lagi2 blog dari indonesia / blogger perempuan. Hurmm. Pendapat saya sahaja. Abaikan jika tidak berkenan dengan komen ini :)
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.