Aksi Tun Mahathir di Art in Paradise, Langkawi. Pertama sekali, saya agak teruja untuk bercerita mengenai Art in Paradise Langkawi, walaupun saya belum pernah ke sana. Ia merupakan tarikan terbaru di Pulau Legenda itu. Saya difahamkan bahawa Art in Paradise merupakan muzium 3D terbesar di Malaysia, dan kedua terbesar di dunia!

Muzium Art in Paradise Langkawi baru sahaja dirasmikan oleh Tun Mahathir yang sememangnya sinonim dengan kemajuan Pulau Langkawi. Muzium 3D yang dibina dengan nilai RM17 juta ini terletak di Oriental Village, Pantai Kok, Langkawi. Ia bakal menjadi tarikan apabila telah dirasmikan dan dibuka untuk orang ramai mulai 31 Januari 2015.

Art in Paradise Langkawi

 Aksi Tun Mahathir Art in Paradise Langkawi
Untuk info fakta, muzium ini memiliki keluasan ruang pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat, terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi interaktif 1 dan 2, ilusi optik, akuarium, safari, klasik, fantasi, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon Malaysia.

Buat mereka yang tidak tahu lokasi muzium 3D ini, ia terletak di lokasi di mana anda mahu menaiki kereta kabel, Langkawi Duck Tour dan menonton wayang 6D serta menunggang gajah. Saya belum ada kesempatan lagi nak kongsikan kepada anda pengalaman menarik menaiki kereta kabel, wayang 6D di Oriental Village ini. Gambar ada dalam simpanan tapi tertulis pulak .. adeh.

6 Foto Aksi Tun Mahathir di Art in Paradise Langkawi

Saya suka nak kongsikan beberapa gambar aksi Tun Mahathir yang jarang-jarang kita boleh nampak untuk pembaca blog ini. Ada yang kata aksi Tun Mahathir di Art in Paradise Langkawi ni kiut sangat .. hoho ... :)
 Aksi Tun Mahathir Art in Paradise Langkawi
 Aksi Tun Mahathir Art in Paradise Langkawi
 Aksi Tun Mahathir Art in Paradise Langkawi
 Aksi Tun Mahathir Art in Paradise Langkawi
 Aksi Tun Mahathir Art in Paradise Langkawi
 Aksi Tun Mahathir Art in Paradise Langkawi
Hmm ... memang best muzium 3D ni kan? Di Penang ada satu, saya pernah pergi tapi agak kecil dan tak banyak sangat lukisan 3D. In Sha Allah, saya akan kongsikan juga kisah tu nanti. Siapa yang ikuti Facebook dan Instagram saya tentu dah sedia maklum kunjungan saya bersama famili ke muzium 3D di Pulau Pinang .. hoho.

Ehem .. bila tulis entri ni terasa macam nak ke Langkawi sekali lagi, menginap di banglo RPP Langkawi yang mengadap laut lokasi memancing terbaik.

Terima kasih kepada Facebook Art in Paradise Langkawi kerana sudi kongsikan gambar-gambar aksi Tun Mahathir.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

8 Komen

kedua terbesar didunia tue..memang hebat..last aku pergi Langkawi tahun 2010

Reply

Wahhh, ada muzium art baru. yang pernah pergi dekat i-city dan sri kembangan je. Comel betul Tun, walaupon dah berusia tetapi tetap berjiwa muda. :)

Reply

Memang plan nak pergi dengan family bulan 5 nanti

Reply

Sungguh menarik! Kalah i-city nih! Promosi pun terbaik dari Tun...
Lokasi wajib kalau ke Langkawi

Reply

nmpknya kena pergi juga ni..cambest je

Reply

sempoi betul Tun.. Mmg respect sama negarawan negara

Reply

da byk da muzium 3D nie . rasanya pd, kl ada

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.