Langkau ke kandungan utama

Tahniah Hanis Zalikha Dilamar Menjadi Isteri Hairul Azreen

Hanis Zalikha dilamar menjadi isteri oleh Hairul Azreen secara Live menerusi satu konsert yang tak pandai saya nak sebut (sebab tak ada Astro). Tahniah saya ucapkan kepada rakan blogger Hanis Zalikha... mungkin ini yang telah lama dinantikan oleh ramai peminat Hanis Zalikha, termasuklah seorang blogger bernama Abang Ensem.

Saya secara jujurnya tidak tahu menahu, tetapi apabila melihatkan trafik blog tetiba mencanak kerana satu entri lama saya mengenai kekasih hati Hanis Zalikha, maka saya pun mencarilah sebab mengapa ia berlaku. Dan... nah ... Hanis Zalikha dilamar oleh Hairul Azreen secara siarang langsung dalam satu konsert akhir anjuran Astro. Perghhh .....

Hanis Zalikha Dilamar Menjadi Isteri Hairul Azreen

Tahniah Hanis Zalikha Dilamar Menjadi Isteri Hairul Azreen

Rentetan Peristiwa Hanis Zalikha Dilamar Menjadi Isteri Secara Langsung oleh Hairul Azreen

Berikut adalah kronologi peristiwa 4 Januari 2015 kira-kira jam 11:00 malam yang sempat saya cedok dan olah dari laman Mangga Online.

Pelakon kacak Hairul Azreen muncul bersama barisan penari latar semasa persembahan kumpulan Kristal. Pada ketika itu, pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse menjemput Hanis untuk naik ke pentas.

Hairul Azreen ucap pada Hanis Zalikha bahawa dia mahu Hanis menjadi isterinya.. dan penonton bersorak tanda terkejut bercampur gembira (kot).

Maka, dipertontonkan di skrin besar satu klip video yang menunjukkan apa yang akan dilakukan oleh Hairul Azreen mendapat restu keluarga Hanis Zalikha dan ...

Kemudian, Hairul keluarkan sebentuk cincin belah rotan lalu keluarlah dialog ini:

“Ini bukan cincin tunang dan bukan cincin nikah. Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan saya. Sudikah awak menjadi isteri saya?” ujar Hairul.

Tersipu-sipu Hanis Zalikha di situ sambil tersenyum.

Hanis yang agak terkejut dengan lamaran tersebut dan membalas jawapan, “Insya-Allah, thank you."
Sekali lagi Hairul mengulangnya dengan bertanya "Yes or No?".

Hanis membalas, "YES'.

.. begitulah adanya.
Hanis Zalikha

Tahniah buat Hanis Zalikha. Tahniah juga buat pelakon Hairul Azreen.

Perkenalan mereka berdua ni bukan singkat, saya fikir dah lama, cuma tak nampak hubungan mereka itu sebagai satu pasangan kekasih. Cuma akhir-akhir ini nampak ada keakraban luar biasa sedikit walaupun mereka berdua menafikan yang ada apa-apa di antaranya.

Akhirnya kisah cinta Hanis Zalikha sudahpun terjawab... hoho.

Jodoh dah sampai mungkin buat kedua - Hanis Zalikha 24 tahun dengan Hairul Azreen 27 tahun. Hoho ... bagai pinang dibelah dua ye tak?
Tahniah. Tahniah. Saya ucapkan tahniah dan semoga apa yang telah dipaparkan ke seluruh rakyat Malaysia yang menonton itu cepat-cepat direalisasikan. Tak perlu nak tangguh lagi sebab ia perkara baik. In Sha Allah, permulaan baik didoakan agar berakhir dengan baik.

Hmm ... teringat mengenai tips menjadi blogger masyhur yang pernah Hanis kongsikan bersama. :)

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. wau tak sangka abg HH ni romantika orang nya hahah - kedaionlinemy.com

    BalasPadam
  2. tip top mereka pagi ni.macam goreng pisang panas tajuk ni.

    BalasPadam
  3. Tahniah buat mereka berdua... sejujurnya tak tau pun yang mereka bercinta... ha ha ha

    BalasPadam
  4. http://madey09.blogspot.com/2015/01/oh-google-kita-terima-kasih.html as'salam HH minta klik blog Etuza dengan hormat please....) wah tahniah blogger Hanis agaknya ada tak yang nak lamar Etuza pula..muahhha!!!! cabut lari!!!

    BalasPadam
  5. dua2 retis ni Etuza minat..selain Daruk Siti ....)

    BalasPadam
  6. terus ja mereka bertunagnan...bagus kurang gosip..aman lah jadi retis macam mereka ni

    BalasPadam
  7. Tahniah hairul,awk mmg berani buat secara live..semoga berkekalanlah sehingga ke akhir hayat ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita doakan ... in Sha Allah hindar dari segala fitnah.

      Padam
  8. hairul yang berlaku misi ku kuza kan..huuuu dia lah yang anak perempuan Etuza minat tu tonton kuza misi dia tak jadi kahwin lak katanya...dalam drama..

    BalasPadam
  9. Semoga ke jinjang pelamin buat mereka berdua..

    Mesti majlis pun dah tak lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm hrapnya begitulah, rasanya Abang Ensem tu tahu detail benda tu rasanya ..hoho

      Padam
  10. Wah.
    Sungguh sangka la mereka pasangan kekasih.
    Bagus nie. Hanya cerita career je kan.
    Semoga hingga ke jinjang pelamin hendaknya.

    BalasPadam
  11. Suka tengok Hanis Zalikha ni..Lembut je org nya..Memang bagai pinang dibelah dua.. Moga hubungan mereka terus berkekalan ke jinjang pelamin dan hingga hujung nyawa hendaknya kan..Sama2 kite doakan..^_^

    BalasPadam
  12. Tahniah pada pasangan sensasi ni. Walaupun ada pendapat luar pasal cara propose atas pentas tu tak betul. Tapi apa2 pon harap drg kahwin dan bahagia. Tak separuh jalan jer.

    BalasPadam
  13. Moga mereka ni berbahagia hingga ke syurga..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …