Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung

Hotel Aston Braga, yang terletak di Braga Citiwalk, Kota Bandung memang menjadi pilihan pelancong dari Malaysia; malah facilitas (faciliti) di hotel ini cukup mesra pelancong Malaysia, malah untuk blogger seperti diri saya. Lebih dikenali sebagai Aston Braga Hotel and Residence, penginapan di sini adalah berstatus 4 bintang bersandarkan kepada kemudahan yang disediakan.

Bilik yang kami sekeluarga tempah di Aston Braga adalah bilik jenis studio berbalkoni yang lengkap dengan dapur mini, siap ada microwave oven, serta pinggan mangkuk. Agak mengejutkan juga, ada periuk dan senduk memasak disediakan. Bagi saya ia memang pilihan berbaloi untuk percutian keluarga yang mementingkan bajet.

Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung

Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung
Blogger Malaysia di Hotel Aston Braga

Bilik juga bagi saya selesa walaupun ia kelihatan agak kecil sedikit. Walaupun mendapat bilik dengan ruang pemandangan yang tidak begitu manis di mata meluas, namun alhamdulillah, ia sebuah bilik hotel yang cukup baik untuk beristirehat - apatah lagi saya kesemuanya lima orang sekeluarga.

Namun begitu, saya sedikit kecewa kerana ruang balkoni yang ada tidak boleh diakses kerana berkunci. Jadi, tak dapatlah nak merasa udara dingin segar Kota Bandung di pagi hari.
Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung
Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung
Ciri lain yang best ialah adanya kemudahan tempat parkir kenderaan - dengan ruang ambil dan turun penumpang yang khas, siap dengan pengawal keselamatan di tingkat bawah hotel. Jadi, seandainya pulang dari beli belah atau bersiar-siar di Kota Bandung, rasa selamat dan eksklusif gitu .. hoho. Jadi, patutlah ia menjadi pilihan ramai pelancong dari Malaysia.
Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung

Tidak Perlu Soket Antarabangsa

Oh ya, lupa nak beritahu; soket elektrik juga dah disesuaikan untuk kegunaan pelancong antarabangsa terutama dari Malaysia, jadi tak perlu mencari soket antarabangsa untuk charge keperluan alatan eletronik seperti komputer, ipad mahupun telefon pintar. Ia sangat penting terutama bagi saya dan isteri yang sentiasa mahu berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan di Malaysia.

Cumanya, kedapatannya terhad. Hanya ada satu soket seperti ini disediakan. Ada sumber kuasa elektrik yang lain tetapi anda perlu ada soket antarabangsa untuk menggunakannya.
Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung
Dan bagi saya, kemudahan Wifi cukup penting. Alhamdulillah, servis Wifi percuma disediakan di setiap ceruk Hotel Aston Braga ini. Malah, ada komputer lengkap akses internet di ruangan lobby hotel yang boleh digunakan tanpa sebarang caj tambahan.

Lokasi Terbaik Untuk Kaki Shopping

Lokasi hotel ini adalah antara terbaik dan berbaloi dengan ringgit kerana berdekatan dengan beberapa kompleks beli belah atau shopping mall berjarak 'jalan kaki' sahaja. Dan lokasi beli belah paling ngetop terhampir ialah Pasar Baru. Tempat makan juga banyak di sekitar hotel ini seandainya anda mahu mencuba masakan tempatan yang pelbagai rasa dan jenis, sesuai dengan budaya masyarakat Bandung yang pelbagai ini.

Blogging dari Hotel Aston Braga Bandung Indonesia
Hotel Aston Braga sememangnya hotel penginapan yang harus dijadikan sebagai pilihan pelancong Malaysia, dan pastinya untuk seorang blogger seperti saya - yang mahu ada akses untuk update blog selain merasai keseronokkan berada di Bandung.