Blog Kartun Malaya Perlukan Pendedahan

Tak banyak blog yang niche papar entri berbentuk animasi atau kartun ni. Nasib baiklah ada blog baru yang sedang menapak dalam niche kartun ni. Syabas dan tahniah saya ucapkan. Blog kartun Malaya memang satu satu keunikan yang harus diketengahkan. Ia perlukan pendedahan dan pastinya sokongan rakan blogger dan pengunjung blog.

Saya sempat jenguk sebuah blog kartun animasi ini. Blog yang simple, ringan, dan sejuk mata memandang. Blog yang saya maksudkan ialah One Code (Wan Kod) menterjemahkan cerita dan info dalam bentuk illustrasi dan kartun sempoi.

Blog Kartun Malaya Perlukan Pendedahan

Blog Kartun Malaya Perlukan Pendedahan

Blog yang masih sangat baru yang perlukan pendedahan untuk diketengahkan. Saya pasti ramai yang minat dengan animasi dan kartun akan bantu blog ini diperkenalkan, apatah lagi kartun yang dipersembahkan di dalam setiap entri ada maksud dan tujuan.

Saya mungkin mencadangkan agar tuan punya blog mencari rakan-rakan blogger yang punyai genre minat yang sama, untuk sama-sama saling bantu naik dan membolehkan blog dikenali di dalam dunia blog Malaysia.

Mempunyai satu bloglist yang dalam niche yang serupa setidaknya akan bantu bina backlink yang baik, selain berkongsi idea persembahan unik di dalam setiap entri. In Sha Allah, dengan kolaborasi yang baik, seperti mana kumpulan Caliph Buskers dengan Mojo, boleh menyerlah di dalam dunia blog Malaysia nanti.

4 comments.. read them below or add one

reezluv reezluv January 19, 2015
ape ke nama blog yang komuniti kartun Malaysia tu..tak ingat plak..
Encik Mus Encik Mus January 20, 2015
satu kelainan yang org lain susah nak buat..
Ikhwan Fahmi Ikhwan Fahmi January 22, 2015
ia lebih unik dan ada identiti sendiri berbanding dengan blog yang biasa :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.