Lelaki ni, kalau citer bab perempuan cun melecun, awek yang body lawa, uhh laju je ... bukak internet, nampak je awek bibir merah, dahi licin, mata bulat ... semua nak di'add' jadi kenalan ... itu kalau dalam laman sosiallah. Erkkkk .... seperti saya, seorang lelaki ... pinar mata ooo tengok gadis cantik molek. Tapi, pesan bini selalu ingat ... kerana itulah saya selalu jaga-jaga dan hati-hati ... dah tahu kesan dan akibat.
Awek Cun, Body Mantap Selalu Jadi Mangsa
Gadis cantik .... itu hiasan dunia. Tuhan berikan mereka kelebihan berwajah cantik, ada potongan badan yang menawan, ada lentik dan liuk yang menghairahkan ... itu semua bukan untuk tatapan sesapa sahaja. Itu adalah buat si suami yang pandai menjaga, yang tahu menjadi pemimpin. Ia merupakan hadiah buat lelaki yang kuat iman, lelaki yang jaga sholat ... lelaki yang tahu azab api neraka. Bukan untuk lelaki sebarang-sebarang.
Lelaki, nak tengok sekali pandang .... ok. Dua kali, fikir.... tiga kali insaflah dan istifar. Saya tahu, lelaki memang suka tengok dan belek awek cun, putih melepak .... saya pun lelaki, bukan tak pernah buat perkara yang begini. Ada buat .. cuma bila dah teringat ni, naklah juga berkongsi rasa, supaya diingati dan mengingati. Ada saham yang dah tersedia.
Buat diri kita semua. Jagalah aset yang kita ada. Gadis cantik, hargailah diri anda. Jangan mudah dan murah ....jual mahallah sikit ehh. Dan lelaki, amboiii .... pantang korang yer .... jangan buat alasan si gadis nak buat show free ... apa ingat mata korang tu nanti tak leh jadi saksi depan Tuhan?
Marilah sama ingat. Tegur dan nasihat diri, pada masa yang sama, jangan dibiarkan yang lain lalai dan leka.
peringatan untuk diri saya sendiri.. hehe
ReplyDeleteBukan perempuan je kene jaga eset, wanita sekarang pun suka usha laki yang tampak esetnya. Apa perasaan, cik abang sado bila perempuan usha awak?
ReplyDeleteHahaha.. hehhee.. ok abang2 sado kena beri perhatian ehh
DeleteTetiba Encik abg bertukar dari gebu kepada kempis..hati2lah..kekadang ada udang sebalik mee...dah umur masuk 45 tahun tetiba nak kurus tak pasal2..cik kak semua hati2 lah ye...sebab selama hidup bersama, puas suruh jaga kesihatan tetiba dapat "nur" terus nak kurus...hehehe...
ReplyDeleteHahaha.. tetiba beli ebook cara nak kurus .. keh keh keh ...
Deleteasalam HH, ada tak baca soalan KUIZ yang Etuza buat tu aktiviti di blog Etuza..ada tau soalan menunjukkan ilmu HH dalam berblog dekat soalan tu..hehhee..kalau minat try klik..ya
ReplyDeletealamak body sasa memang pun awek cun nak tu, bertuah badan digilai wanita tu HH tapi ingat ya jangan salahkan kesasaan anda, bersyukur apa-apa yang anda ada..pelihara la jangan bagi orang tengok..kan.Hukum tetap hukum..inshaAllah selamat kita
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.