Bijak Temuduga

Pameran 1001 Senjata Muzium Negeri Terengganu

Pameran 1001 Senjata Muzium Negeri Terengganu, Pedang Rasulullah, Pedang Sahabat Nabi, Sejarah senjata, Muzium terbesar

Saya ada cerita mengenai kesempatan untuk bercuti selama seminggu di Terengganu, semasa cuti sekolah pertengahan bulan September 2014. Ini perancangan percutian keluarga, yang bermula dengan bercuti di Tasik Kenyir. Pengalaman berada di tengah-tengah Tasik Kenyir yang mendamaikan, menginap selama 2 hari 1 malam hanya RM100 di banglo 2 bilik Rumah Peranginan Persekutuan memang bebas dari keserabutan manusia.

Puas juga berkayak di Tasik Kenyir. Bila seronok berkayak dan buat aktiviti di Tasik Kenyir, lupa terus akan perjalanan yang panjang dari Gua Musang ke Kuala Terengganu ikut jalan Felda Aring. Buat yang tidak tahu, jalan Felda Aring ini merupakan jalan pintas dari Gua Musang ke Kuala Terengganu, dan sangat sesuai dilalui jika mahu ke Tasik Kenyir; ia menjimatkan masa lebih daripada 2-3 jam!

Hajat Tak Sampai Nak ke Laut China Selatan

Semasa seminggu di Terengganu, kami tidak ke mana-mana; perancangan awal saya nak memancing di laut lepas, tetapi disebabkan air laut bergelora, jadi hasrat tu terpaksa dilupakan. Serius memang nak ke laut; lagi-lagi bila dengar nelayan pantai naikkan banyak ikan merah atau ikan kerisi. Ada yang dakwa bila memancing ikan kerisi ni, boleh penuh satu perahu kecil. Perghhh .. manala saya tak terliur meleleh .... musim kata mereka. Tepi jalan pun penuh ngan makcik pakcik jual ikan merah ni. Fresh dan murahhhhh pulak .. RM3-5 je sekilo.... macam musim ikan kembung kat Parit Buntar pulak.

Eceh. Tipu lak rasa kalau tidak ke mana-mana ekkk ... hoho.

Muzium Negeri Terengganu Gah Hebat

Seperti biasa, saya memang kaki muzium. Dah lama tak pergi ke Muzium Negeri Terengganu yang gah gila besar tu. Jadi, saya bawa keluarga ke muzium, dan kebetulan pula, ada Pameran 1001 Senjata.
Senibina Muzium Negeri Terengganu
Senibina Muzium Negeri Terengganu
Senibina Muzium Negeri Terengganu
Fuh. Tengok dari luar pun dah tahu Muzium Negeri Terengganu ni besar. Memang luas. Bukan setakat pameran dalam bangunan bertingkat-tingkat tu, tetapi bahagian luar pun ada pameran, ada bahtera .. ada kapal besar.

Pertama kali saya pergi ke Muzium Negeri Terengganu masa baru habis matrikulasi, tahun 1995 rasanya. Waktu tu dalam pembinaan lagi, belum siap sepenuhnya tapi lapangan luar, bahagian bahtera kapal tu dah ada. Saya pergi sebab kebetulan masa tu, lepak rumah sepupu dan ada pula kawan matrikulasi yang tinggal di Kuala Terengganu.
Sejarah Muzium Negeri Terengganu
Seronok juga datang sebab ada Pameran 1001 Senjata di Muzium Negeri Terengganu. Kesempatan ada, saya lensakan beberapa gambar menarik. Yang paling menarik ialah pedang-pedang Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. Besar betul replika pedang yang dipamerkan. Kagum betul dengan hasil seninya.

Pameran 1001 Senjata Muzium Negeri Terengganu

Pameran 1001 Senjata Muzium Negeri Terengganu
Al-Mathur Sword
Prophet Muhammad Sword
Al-Haftfi Sword
Pedang sahabat Nabi Muhammad S.A.W
Alhamdulillah, dapatlah cedok serba sedikt sejarah pedang Nabi dan para sahabat baginda Rasulullah S.A.W. Ada juga cerita mengenai persenjataan yang lain, terutama kisah keris yang memang unik. Sebelum ini, saya dah lawat Kompleks Sejarah Pasir Salak, di Perak dan Muzium Adat di Kota Bharu; yang turut pamerkan sejarah asal usul keris ni. Banyak juga pantang larang keris ni. Baru saya tahu cara nak hulur keris, cara nak hunus, cara nak uji, cara nak sambut keris dan sejarah sesuatu dan makna setiap inci sebilah keris.

Benda-benda camtu mana nak ada dalam buku sejarah SPM...hoho .. ke ada? Saya je tak baca? :P

Dalam saya leka melihat pameran 1001 Senjata ni, anak-anak pula mengasah bakat dalam mencanting batek. Tak sangka pula mereka ni ada bakat terpendam....hoho ... artistik gitu.
Canteng batik muzium terengganu
Saya tak larat nak jelajah semua bahagian dalam bangunan Muzium Negeri Terengganu ni. Banyak lagi yang menarik, di luar pun ada tarikan tersendiri. Dan saya baru tahu ada servis perkhidmatan Tram dalam persekitaran muzium ni.
Tram Muzium Negeri Terengganu
Mungkin lain kali nak singgah lagi di sini, in Sha Allah. Banyak lagi tempat menarik di Kuala Terengganu yang saya tak pernah sampai lagi.

Oh ya, Pameran 1001 Senjata di Muzium Negeri Terengganu bermula dari 9 September 2014 dan berakhir hujung tahun 2014.

Nama

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,42,Advertorial,112,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,7,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,3,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,360,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,7,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,24,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,275,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,18,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,46,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,49,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,64,Holiday Tips,2,Homestay,1,Hotel,10,House Husband,632,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,583,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,30,Kekeluargaan,62,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,76,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,240,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,13,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,303,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,12,Pendapat,34,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,46,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,23,petua kehidupan,7,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,49,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,474,Semesti,2,SENI,3,Shopping,101,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,11,Tempat Menarik,167,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,87,Tips Blogging,308,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,50,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,33,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,100,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE: Pameran 1001 Senjata Muzium Negeri Terengganu
Pameran 1001 Senjata Muzium Negeri Terengganu
Pameran 1001 Senjata Muzium Negeri Terengganu, Pedang Rasulullah, Pedang Sahabat Nabi, Sejarah senjata, Muzium terbesar
http://4.bp.blogspot.com/-F2XZuOLE4l0/VHHiyt04ZAI/AAAAAAAA8xQ/euFf6PKkDFs/s1600/muzium-negeri-terengganu-3.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-F2XZuOLE4l0/VHHiyt04ZAI/AAAAAAAA8xQ/euFf6PKkDFs/s72-c/muzium-negeri-terengganu-3.jpg
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE
http://www.hasrulhassan.com/2014/11/pameran-1001-senjata-muzium-negeri.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2014/11/pameran-1001-senjata-muzium-negeri.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy