Berikut adalah catatan sebenar Datuk Lee Chong Wei yang kini sedang berhadapan dengan isu dexamethasone. Dexamethasone merupakan sejenis steroid untuk penyembuhan, dan bukan untuk steroid jenis enhancer atau peningkatan. Maka, adalah tidak betul sesetengah dari kita ambil kesimpulan bahawa kejayaan pemain badminton nombor satu dunia itu ambil dadah untuk meraih kejayaan.

Badan dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) walaubagaimanapun, mengklasifikasi dadah atau steroid dexamethasone sebagai bahan terlarang buat atlit; dan kerana itu Datuk Lee Chong Wei telah dilaporkan sebagai gagal dalam ujian doping yang dilakukan.

Lee Chong Wei Gagal Ujian Doping Sampel B

Laporan terdahulu, Chong Wei dilaporkan gagal dalam ujian dadah pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen. Yang kemudiannya dilakukan ujian kedua, menerusi 'sampel B' di Hospital Universiti Oslo di Norway pada 5 November 2014.
Luahan Lee Chong Wei Mengenai Isu Dexamethasone

Banyak cerita kita dah baca menerusi dada akhbar, sekarang saya nak kongsikan kisah catatan luahan sebenar Datuk Lee Chong Wei berkaitan isu Dexamethasone ini. Apakah sebenarnya telah berlaku dalam kes ini? Dan mengapa Datuk Lee Chong Wei tidak memberikan penjelasan awal ketika mula-mula isu ini dibangkitkan dan dikaitkan dengan namanya?

In Sha Allah, buat mereka yang suka benar nak buat konklusi, mungkin boleh baca catatan sebenar Datuk Lee Chong Wei ini.

Luahan Lee Chong Wei Mengenai Isu Dexamethasone

Catatan ini adalah eksklusif milik blogger sukan Satwant Singh Dhaliwal, dan saya selaku penulis dan pemilik blog hasrulhassan.com telah mendapat persetujuan dan kebenaran beliau untuk menerbitkan semula sebahagian catatan tersebut.

Catatan ini merupakan perbualan yang 'direkodkan' oleh blogger dan wartawan sukan Satwant Singh Dhaliwal.

This article is based on a series on conversations held before and after the B Sample was tested and the results are yet to be made public.- Mr Satwant Singh Dhaliwal.

"My knees wobbled and I could neither stand nor sit down as I read the letter notifying me that I had failed a doping test," said Chong Wei, his voice choking with emotion.

"I saw my entire life flash by me, the whole last 15 years just going up in smoke. I was devastated and just did not know what to do.

"I have never cheated not even made any attempt to cheat thus this was like a bolt of lightening, destroying everything I had worked so hard for.

"I am a firm believer of hard work and effort to achieve success so such an allegation left me speechless and dumbfounded."

Chong Wei said that it was his wife Wong Mew Choo that suggested that they take a break overseas to clear his mind and also leave it to the authorities to get into the bottom of the matter.

"The Sports Minister took charge personally and for that I am grateful as he guided me and gave me good advice on how to handle matters," added Chong Wei.

"I was informed that the drug was last injected into me on July 18 and how the traces were still there in August is something I cannot explain.

"Suffice to say I never took any drugs beyond those prescribed to me and deny any suggestions that I resort to traditional herbs that contain banned substance.

"I went through an out of competition test on August 15 and it was all clear. So it is indeed a mystery why this substance was found in my system in August 30."

Misteri Terungkai

Ok. Sekarang misteri mengapa Datuk Lee Chong Wei pergi bercuti luar negara, dan mengapa tiada ulasan atau penafian dilakukan pada awalnya dah terjawab. Sekarang, daripada apa yang telah saya paparkan di atas, ada misteri dalam kes dan isu ini.

Apa yang telah saya kongsikan adalah sebahagian dari catatan atau luahan sebenar Datuk Lee Chong Wei sebelum sampel B dihantar ke Hospital Universiti Oslo di Norway. Untuk apa yang berlaku seterusnya, anda boleh baca penuh di My Story by Lee Chong Wei

Kita, peminat badminton negara, dan tentunya yang kagumi kehebatan Datuk Lee Chong Wei menyifatkan apa yang berlaku adalah sesuatu yang malang.

Saya sendiri mushkil kenapa steroid tersebut dilabel sebagai bahan terlarang walhal ia merupakan antara 'bahan' yang digunakan dalam proses penyembuhan. Anda boleh baca mengenainya di sini - http://www.drugs.com/dexamethasone.html

Saya tak ternampak ia digunakan sebagai salah satu bahan untuk kuatkan apa-apa ... banyaknya kepada proses pemulihan dan penyembuhan. Ianya bukan performance-enhancing drug.

Banyak misteri sebenarnya, dan bukan setakat menerusi catatan dan luahan Datuk Lee Chong Wei semata, tapi juga dari beberapa catatan dan laporan akhbar.

Sokongan Moral Buat Datuk Lee Chong Wei

Mari berikan sokongan moral kepada Datuk Lee Chong Wei untuk hadapi cabaran karier ini. Semoga Datuk Lee Chong Wei akan bertabah di saat-saat sukar. Rakyat Malaysia sentiasa support atlit yang bersih, jujur dalam karier. Itu pasti.

Saya sejujur ikhlasnya tidak percaya sama sekali Datuk Lee Chong Wei akan perjudikan masa depan dan gelaran Pemain Nombor Satu Dunia dengan menggunakan bahan terlarang.
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

16 Komen

saya sentiasa sokong DLCW...rasanya seluruh hidupnya diabdikan pada sukan badminton

Reply

Saya pun tetap sokong dato LCW. Always legend.

Reply

asalam semoga LCW tabah dan dapat membina kesabaran.

Reply

yaa , saya baru sahaja belajar pasal steroid ni . dia ada anabolic steroid, ada catabolic. dexamethasone ada juga digunakan dalam pesakit kanser . Dexamethasone memang untuk tujuan perubatan , sebagai anti inflammatory , anti cancer , dan lain lainnsyallah

Reply

yg tak tahu kisah sebenar mesti buqt andaian negatif...kesian DLCW...saat gemilang d julang...bila jd gini..kata2 busuk dilemparkan....apapun semoga DLCW tabah dgn ujian ni

Reply

sedih jika seorang lagenda seperti LCW jatuh seperti ini..tetapi aku pelik kenapa Dexa tu jadi bahan terlarang padahal ianya boleh diambil jika ada kebenaran doktor.

Reply

mudahan chong wei hadapi smua dugaan ni dengan tabah...memang pelik dah lebih 10 hari pun ujian masih positif...drama apa kah ini..

Reply

kita 1000% percaya beliau dan sentiasa sokong beliau, harap rayuan diterima nanti...

Reply

dunia sukan sekarang macam-macam, peraturan manusia ikut suka hendak buat. Yang tidak bersalah kata salah, yang bersalah kata tidak salah

Reply

Tak pernah dengar pun sepanjang karier Datuk LCW ambik dadah terlarang ni, sokongan buat beliau

Reply

Sokongan dari rakyat Malaysia untuk Chong Wei.

Reply

Aku percaya Datuk Lee Chong Wei tak menipu...tapi salah sape? Doktor klinik private tu ke? Takkan dia tak tahu pasal perkara ni...

Reply

jangan terus salahkan dato' LCW tetapi teruskan bagi sokongan padu untuknya. keadilan untuk ikon negara kita.

Reply

Seolah ada konspirasi dibelakang tabir untuk menjatuhkan LCW pula..

Reply

Sokongan untuk Dato LCW.
Atlit yang banyak mengharumkan nama negara.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.