Memang gila kentang bila saya tatap gambar-gambar serta foto-foto penyertaan #‎byocupmy‬ Slurpee di laman Facebook 7-Eleven Malaysia. Ramai rakyat Malaysia menyertai kontest mudah dari 7-Eleven ini. Keluarga saya sendiri pun terjangkit sama. Kegilaan Slurpee rakyat Malaysia yang bayar RM2.20 dan isi dengan bekas sendiri memang unik.

Mungkin ada yang tidak tahu, setiap tahun pihak 7-Eleven Malaysia akan memberikan keistimewaan pada tarikh 11 Julai dan 7 November di semua cawangan kedai serbaneka 24 jam mereka. Keistimewaan yang saya maksudkan ini ialah anda boleh membeli Slurpee dengan harga RM2.20 (bekas besar) dengan menggunakan bekas anda sendiri! Tak kiralah bekas sebesar mana yang anda ada.

Kontest #‎byocupmy‬ 7-Eleven Malaysia

Byocupmy 7-Eleven Contest 2014
Tahun 2014, 7-Eleven menyambut hari ulangtahun ke 30. Dan sempena dengan itu, mereka telah mengadakan satu kontest mudah. Kontest tersebut menawarkan hadiah 10 kamera GoPro dan 10 FujiFilm Instax, dan tarikah 7 November 2014 dijadikan tarikh kontest itu bermula.

Caranya mudah. Anda hanya perlu selfie dengan gambar bekas Slurpee anda sendiri dan hantar ke wall Facebook 7-Eleven Malaysia.

Keluarga saya memang tak lepaskan peluang. Tahun sebelum ini, memang dua tarikh tersebut kami nantikan untuk beli Slurpee dengan bekas sendiri. Tahu tak, tahun lepas kami guna dua jag besar untuk beli Slurpee di cawangan Batu Gajah. Nasib baik di Batu Gajah ada dua kedai 24 jam 7-Eleven ini. Jadi, tak adalah segan sangat.

Ketika itu, tak ramai yang tahu pun. Jadi pelanggan yang nak beli Slurpee dengan bekas sendiri tidaklah ramai mana. Malah, saya sempat diambil gambar oleh kakitangan 7-Eleven sebab bekas kami yang besar gedabak beli Slurpee tu.

Tahun ini (2014) tak sangka ada pertandingan. Maka, apalagi .. kami sertai dengan rasa gumbira dan tanpa segan silu. Dan dek kerana adanya kontest kali ini, rakyat Malaysia seperti menggila bergambar dengan Slurpee dalam bekas masing-masing.
Kegilaan Slurpee Rakyat Malaysia

Kegilaan Slurpee Rakyat Malaysia #‎byocupmy‬

Macam-macam bekas Slurpee pelanggan guna, ada yang pelik, ada yang unik, ada yang biasa-biasa je, ada yang errr ..... di luar imaginasi .. tapi memang menggilalah rakyat Malaysia bila tahu ada peluang berganda seperti ini.

Peluang berganda sebab boleh beli Slurpee sebanyak mana bekas boleh isi dengan satu harga; dan pada masa sama ada kontest yang boleh menang 20 hadiah ditawarkan.... tak seronok ke tu?

Meh layan beberapa gambar terpilih yang bagi saya unik dan luar biasa menggambarkan kegilaan rakyat Malaysia sempena #byocupmy ini.
Kegilaan Slurpee Rakyat Malaysia
Kegilaan Slurpee Rakyat Malaysia
Kegilaan Slurpee Rakyat Malaysia byocupmy‬
Kegilaan Slurpee Rakyat Malaysia byocupmy‬
Kegilaan Slurpee Rakyat Malaysia byocupmy‬
Kegilaan Slurpee Rakyat Malaysia byocupmy‬
Kegilaan Slurpee Rakyat Malaysia byocupmy‬
Kegilaan Slurpee Rakyat Malaysia byocupmy‬
Kegilaan Slurpee Rakyat Malaysia byocupmy‬
Kegilaan Slurpee Rakyat Malaysia byocupmy‬
Kegilaan Slurpee Rakyat Malaysia byocupmy‬
Kegilaan Slurpee Rakyat Malaysia byocupmy‬
Amacam? Mana pilihan yang anda fikir boleh menang hadiah dari 7-Eleven sempena #‎byocupmy‬ Ulangtahun ke 30?

p.s: Ada kata promosi gini menggalakkan rakyat Malaysia untuk 'kena' diabetes .... kata saya, tanpa promosi ini pun ramai rakyat Malaysia dah kena diabetes .. :P

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

19 Komen

Lesung batu???? terbaik derrr... hahaha

Reply

Nampak beberapa peserta peraduan ini membazir hanya kerana inginkan gambar yang kreatif.
Menarik memang menarik tapi tuler...

Reply

payung tu mcm agak melampau sikit..hehe

Reply

tau takpe .. saya ingatkan kat anak-anak saya, benda beli kena habiskan, jangan membazir melainkan nak jadi sahabat setan .. erkk ...

Reply

Haha.. benda sama terluah dek akal bila pertama kali tengok

Reply

Ramai juga yang hantar gambar dengan lesung batu ni

Reply

dah lama tak beli nie...berapa harganya HH....malas nak google harganya....hihi

Reply

rasa mcm kat korea pulak:)

Reply

Memang macam-macam, ada yang isi dalam baldi juga

http://www.lovehutladyvitamin.com

Reply

macam-macam bekas boleh diisi, lagi besar lagi banyak. Boleh habis ke

Reply

yang payung tu aku tengok sangat rare..ahaha

Reply

macam2 kerenah, yang paling tak tahan dalam lesung batu pun boleh juga noh :p

Reply

dah lepas tariknya...bawak tong beras, seminggu tak habis.....heeee. good luck bro.

Reply

segan kot nak masuk 7E dengan bekas besar2 gedabak macam tu...hehe

Reply

Hanya hati jitu je leh buat tu ... tapi sampai berlebih-lebihan agak tidak sesuailah

Reply

Anak-anak saya simpan dalam peti ais jadi aiskrim

Reply

itulah pasal ... saya pun beliak mata gak tgk ...

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.