Mungkin ada yang tidak tahu, setiap tahun pihak 7-Eleven Malaysia akan memberikan keistimewaan pada tarikh 11 Julai dan 7 November di semua cawangan kedai serbaneka 24 jam mereka. Keistimewaan yang saya maksudkan ini ialah anda boleh membeli Slurpee dengan harga RM2.20 (bekas besar) dengan menggunakan bekas anda sendiri! Tak kiralah bekas sebesar mana yang anda ada.
Kontest #byocupmy 7-Eleven Malaysia
Caranya mudah. Anda hanya perlu selfie dengan gambar bekas Slurpee anda sendiri dan hantar ke wall Facebook 7-Eleven Malaysia.
Keluarga saya memang tak lepaskan peluang. Tahun sebelum ini, memang dua tarikh tersebut kami nantikan untuk beli Slurpee dengan bekas sendiri. Tahu tak, tahun lepas kami guna dua jag besar untuk beli Slurpee di cawangan Batu Gajah. Nasib baik di Batu Gajah ada dua kedai 24 jam 7-Eleven ini. Jadi, tak adalah segan sangat.
Ketika itu, tak ramai yang tahu pun. Jadi pelanggan yang nak beli Slurpee dengan bekas sendiri tidaklah ramai mana. Malah, saya sempat diambil gambar oleh kakitangan 7-Eleven sebab bekas kami yang besar gedabak beli Slurpee tu.
Tahun ini (2014) tak sangka ada pertandingan. Maka, apalagi .. kami sertai dengan rasa gumbira dan tanpa segan silu. Dan dek kerana adanya kontest kali ini, rakyat Malaysia seperti menggila bergambar dengan Slurpee dalam bekas masing-masing.
Kegilaan Slurpee Rakyat Malaysia #byocupmy
Macam-macam bekas Slurpee pelanggan guna, ada yang pelik, ada yang unik, ada yang biasa-biasa je, ada yang errr ..... di luar imaginasi .. tapi memang menggilalah rakyat Malaysia bila tahu ada peluang berganda seperti ini.Peluang berganda sebab boleh beli Slurpee sebanyak mana bekas boleh isi dengan satu harga; dan pada masa sama ada kontest yang boleh menang 20 hadiah ditawarkan.... tak seronok ke tu?
Meh layan beberapa gambar terpilih yang bagi saya unik dan luar biasa menggambarkan kegilaan rakyat Malaysia sempena #byocupmy ini.
p.s: Ada kata promosi gini menggalakkan rakyat Malaysia untuk 'kena' diabetes .... kata saya, tanpa promosi ini pun ramai rakyat Malaysia dah kena diabetes .. :P
hahaha macam2
ReplyDeleteLesung batu???? terbaik derrr... hahaha
ReplyDeleteRamai juga yang hantar gambar dengan lesung batu ni
DeleteNampak beberapa peserta peraduan ini membazir hanya kerana inginkan gambar yang kreatif.
ReplyDeleteMenarik memang menarik tapi tuler...
tau takpe .. saya ingatkan kat anak-anak saya, benda beli kena habiskan, jangan membazir melainkan nak jadi sahabat setan .. erkk ...
Deletepayung tu mcm agak melampau sikit..hehe
ReplyDeleteHaha.. benda sama terluah dek akal bila pertama kali tengok
DeleteMacam2 ;)
ReplyDeletedah lama tak beli nie...berapa harganya HH....malas nak google harganya....hihi
ReplyDeleterasa mcm kat korea pulak:)
ReplyDeleteMemang macam-macam, ada yang isi dalam baldi juga
ReplyDeletehttp://www.lovehutladyvitamin.com
macam-macam bekas boleh diisi, lagi besar lagi banyak. Boleh habis ke
ReplyDeleteAnak-anak saya simpan dalam peti ais jadi aiskrim
Deleteyang payung tu aku tengok sangat rare..ahaha
ReplyDeletemacam2 kerenah, yang paling tak tahan dalam lesung batu pun boleh juga noh :p
ReplyDeleteitulah pasal ... saya pun beliak mata gak tgk ...
Deletedah lepas tariknya...bawak tong beras, seminggu tak habis.....heeee. good luck bro.
ReplyDeletesegan kot nak masuk 7E dengan bekas besar2 gedabak macam tu...hehe
ReplyDeleteHanya hati jitu je leh buat tu ... tapi sampai berlebih-lebihan agak tidak sesuailah
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.