Penjelasan Ustaz I Want to Touch a Dog

Isu program I Want to Touch A Dog menjadi viral di laman sosial. Disebabkan penganjurannya oleh seorang Muslim, terwujud dua kelompok dengan pandangan masing-masing. Ada yang kata begini, ada yang kata begitu. Masing-masing mula keluarkan 'ayat-ayat' bagi membenarkan hujah.

Seperti kes-kes sensasi lain yang dipopularkan menerusi media sosial, pasti ada kekeliruan dan lompang yang berlaku. Saya dah agak tentu ada sesuatu yang terkurang sehingga ia membawa kepada isu, yang pada saya bukan kecil, kerana ia ada soal hukum halal dan haram, dan bukan benda yang boleh dibuat main-main. Jika tersilap faham, merana diri dan akibatnya nanti adalah sesuatu yang tentu kita tidak mahu ia berlaku pada awalnya.

Kisah kontroversi ini juga telah dikongsikan ramai blogger Malaysia. Walaupun perkongsiannya nampak tidak menyebelahi, hanya sekadar melaporkan tetapi ada komen-komen yang ditinggalkan agak berat nak membacanya secara kuat dan didengari. Dan paling trajis sekali apabila ramai yang hentam seorang ustaz yang terbabit secara langsung di dalam program I Want to Touch a Dog ini.
 I Want to Touch a Dog

Ramai yang kritik ustaz yang terlibat dengan program I Want to Touch a Dog yang diadakan pada 19 Oktober 2014 di Central Park, One Utama di Petaling Jaya. Ustaz yang dimaksudkan ialah Ustaz Mohd Iqbal Parjin atau lebih dikenali sebagai Abu Zulfaqar; walhal yang kritik ini tidak pun bertanyakan pada diri yang terlibat, terus membuat tohmahan pelbagai tanpa usul periksa.

Penjelasan Ustaz Terbabit Program I Want to Touch a Dog




Tak berapa nak jelas? Ok, saya kongsikan di bawah ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Abu Zulfaqar menerusi akaun Facebooknya.

Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.

Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a Dog", yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.

Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.


Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.

Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.

Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum - hakam yang jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.

Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir.


Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.


Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.

Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media.

Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.

Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina.Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.

Mohd Iqbal Parjin

Terasa ingin bertanya pada mereka yang hadir ke program ini, adakah mereka pasti akan hukum hakam mengenai najis berat, dan hukum hakam mengenai pegang sentuh anjing ini. Adakah mereka tanya dulu mereka yang lebih arif sebelum terlibat dalam program ini.

Saya agak ralit melihatkan ramai anak-anak muda termasuklah kanak-kanak yang hadir ke program I Want to Touch a Dog ini. Melihatkan gambar-gambar mereka yang nampak riang gembira tanpa rasa bersalah menyentuh dan memeluk anjing tanpa sebab yang PERLU dibuat begitu.

Islam tidak perlu satu kempen sebegini, kerana segalanya dah jelas dalam Al Quran dan Hadis.

Nak penjelasan lebih, tanyalah pada yang benar arif dan tahu. Dan tak perlu pun ada demostrasi serta kehadiran anjing untuk tujuan nak tunjuk bagaimana nak lakukan sertu.

Pihak Jakim telah memberikan respon berhubung isu ini, dan siasatan dikatakan akan dijalankan; apatah lagi apabila pihak penganjur mengatakan ia telah mendapat izin daripada pihak MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).

Harapnya ada penyelesaian segera, dan pihak penganjur perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku - terutama kepada umat Islam yang menjayakan program I Want to Touch a Dog ini.

Ulasan Isu I Want to Touch a Dog - Pandangan dari Sudut Mazhab Berbeza

Update 24 Oktober 2014
Tonton Video ini untuk lebih jelas mengenai isu ini. Tonton dengan lapang dada. Saya kongsikan video ini supaya kita tidak berlebih-lebih, walhal isu ini kalau mengikut video penjelasan dari Ustaz Abu Salehudin tidak besar mana jika kita ada ilmu mengenainya. Ia berbangkit bila ramai yang membawa isu ini dan membicarakan dari pandangan Mazhab Shafie.

{ 18 comments.. read them below or add one }

Etuza Etuza Etuza Etuza October 21, 2014
asalam..benda dah berlaku, etuza lihat gadis bertudung hampir benar dengan mulut anjing tu, kalau bulu still ringan ..air liur macamana ya...dah baca penjelasan. Sebelum bertuindak fikir dalam dahulu.
Belog Santai Belog Santai October 21, 2014
Sukar untuk kita faham apa tujuan kempen ini sebenarnya diadakan...Ada kempen yang lebih baik sebenarnya. Moga-moga yang hadir tidak tersalah langkah. Bahaya kalau kita sengaja mengundang kemurkaan Allah..
salmiah awang salmiah awang October 21, 2014
betul tu,dah lepas biarlah jadi pengajaran.Agaknya lepas ni ada tak kempen jom pegang lembu,gajah,kerbau,kucing,atau binatang-binatang yang orang takut tak?kan...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 21, 2014
Betul tu. Saya pun keliru tujuan kempen ni dibuat.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 21, 2014
Bukan apa, takut undang kempen susulan seperti Kempen Bela Anjing pula lepas ni ... atas asbab pegang anjing itu dibenarkan walhal dah jelas dan nyata, nak pegang anjing tanpa tujuan perlu adalah tidak dibenarkan. Ia tidak digariskan dalam Islam untuk bela anjing sebagai pet atau haiwan peliharaan dalam rumah ...
Azhafizah Md Nor Azhafizah Md Nor October 21, 2014
tak perlu untuk buat kempen macam ni kot..itu lebih baik.kalau nak sampaikan info just sebarkan je pun boleh
yang baik Ishak yang baik Ishak October 21, 2014
memang ralat sungguh dengan sikap mereka yang tidak perihatin... semua ini dah jadi fitnah buat umat Islam.
doakanlah semoga anak cucu dan keturunan kita terhindar dari fitnah dunia dan akhirat.
cheq eem cheq eem October 21, 2014
mungkin kempen yang baik.. tapi lebih banyak mengundang fitnah.... lebih2 lagi bila lihat mereka yang beragama Islam pegang dan peluk anjing macam anak kucing... wallahualam...
Denaihati Denaihati October 21, 2014
dikuatiri kempen macam ni buat remaja/budak2 keliru nanti. Jelas surat sr Ustaz tu.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 21, 2014
Itulah pasal, lagi benda2 gini sangat suka mereka mencuba ... dilarang pun buat apatah lagi kalau tak dilarang
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 21, 2014
Ada yang dok main-main mengenai hukum, tukang anjur pula bukan yang ahli dan tahu dengan benar
Hero Borneo Hero Borneo October 21, 2014
macam macam cara orang nak cari perhatian..pening kepala saya dibuatnya..
Mohd Ridzwan Abdullah Mohd Ridzwan Abdullah October 22, 2014
Mungkin juga niat ustaz terbabit adalah baik utk menjaga sensitiviti kaum sbb program tu umum. Cuma masalah ni timbul apabila tak semua yg hadir tu ada jatidiri iman yg kuat serta ilmu agama yg tak berapa nak strong. Kat public pulak tu.
Fatihah Fazlin Fatihah Fazlin October 22, 2014
Tak perlu pun sebenarnya kempen macam ni. .

sabree hussin sabree hussin October 22, 2014
Program macam ni, yang lebih-lebih ialah yang datang. Nampak sangat mereka ni jahil sampai nak peluk2 bagai
AnonymousAnonymous October 22, 2014
prlunya ilmu skiranya nk buat program mcm ni. smoga skiranya ada yg nk buat program mcm ni lg, tolong fahami hukum dalam agama trlebih dahulu. haram jika sengaja d pegang.
Umi Nazrah Umi Nazrah October 23, 2014
memang tak faham pasal isu ni. nak tau macam mana boleh bermula. tu je
mysteronic mysteronic October 25, 2014
Mari kita berkempen untuk kembali ke Sunnah Rasul SAW dlm amalan ibadat dan kehidupan seharian kita yg makin lama semakin jauh daripada Sunnah...Contohnya cara kita berwuduk..Adakah megikut cara yg dianjurkan oleh RasulSAW...? Kebanyakkan kita membuka air dgn deras dan menggunakan air yg banyak yg tidak perlu untuk wudu sedangkan RasulSAW hanya menggunakan air yg sedikit..Sabda RasulSAW yg bermaksud 'Jgnlah kamu membazirkan air walaupun disungai yang deras airnya..Diriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ pernah melintasi Saad yang sedang berwudhu, lalu Baginda ﷺ bertanya: “Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?” Saad bertanya: “Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?” Baginda ﷺ menjawab: “Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir.”..Amalan membazir ini telah dinyatakan dalam Al-Quran dan amat dilarang Allah سبحانه وتعالى hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا ﴿٢٧﴾
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’, ayat 27)..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.