Contoh dan Template Invois Pengiklanan Blog

Borong Online dari China
Ada rakan blogger mohon bantuan saya untuk sertakan satu template invois pengiklanan di blog yang boleh digunakan oleh blogger Malaysia. Tidak mahu mengecewakan, saya kongsikan satu contoh invois pengiklanan di blog, dan anda juga boleh muat turun percuma satu template invois ini untuk kegunaan sendiri.

Invois penting untuk tujuan urusniaga. Apatah lagi sekiranya urusniaga tersebut melibatkan nilai wang yang besar. Ia sebagai satu rekod berguna untuk dijadikan rujukan kemudian hari. Ia juga boleh dijadikan bahan bukti untuk percukaian (jika berkenaan), dan boleh dijadikan sebagai dokumen sokongan untuk tujuan seperti memohon pinjaman - terutama melibatkan pinjaman perniagaan.

Contoh dan Template Invois Pengiklanan Blog

Contoh dan Template Invois Pengiklanan Blog
Saya selalunya menggunakan invois jika urusniaga tempahan iklan di blog saya melibatkan jumlah yang agak besar; iaitu lebih daripada RM1K atau seandainya ia ada permintaan daripada pihak pengiklan. Invois sering diminta seandainya urusniaga itu melibatkan syarikat yang besar.

Download template invois di sini - Template Invois Urusniaga Untuk Blogger Malaysia

Ramai blogger yang tidak tahu cara nak sediakan invois ini. Jadi, saya kongsikan kepada anda satu template simple yang boleh diguna-pakai untuk tujuan tersebut. Mana-mana blogger yang ada sediakan servis pengiklanan seperti banner dan advertorial boleh gunakan template invois ini.

Anda boleh ubah mana-mana bahagian yang difikirkan sesuai. Untuk logo, jika tak ada logo, letak je header blog dan url blog. Syarat dan terma pun anda boleh ubah ikut kesesuaian dengan servis perkhidmatan pengiklanan yang anda sediakan.

Halang Blogger Kena Tipu Bayaran Dipersetujui

Dengan penggunaan invois, anda juga akan nampak profesional dan serius dengan servis yang anda sediakan di blog. Ia juga boleh dijadikan satu cara untuk halang blogger ditipu oleh pengiklan dan menuntut apa yang patut.

Antara perkara penting yang saya masukkan ke dalam invois:
  • Maklumat pengiklan
  • Tarikh urusniaga dan tempoh
  • Keterangan dan butiran servis pengiklanan
  • Harga dipersetuji
  • Syarat dan terma tertentu
  • Maklumat akaun bank untuk urusan pembayaran

Hoho .. tetapi saya tak gunakan invois ni kalau urusniaga kecil-kecilan... hanya digunakan untuk syarikat-syarikat besar yang guna servis saya sahaja. Mereka ada jabatan akaun dan kewangan yang agak cerewet dan particular bab-bab ni.

Semoga perkongsian ini berikan manfaat buat semua. In Sya Allah.


Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

18 Comments

  1. info yang sangat bagus.lepas nie sebarang job,boleh la bagi invois...thanks HH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kalau nak minta bantuan apa2 mengenai blog ... jangan segan ajukan di FB atau menerusi email.

      Delete
  2. Terima Kasih Abg HH berkongsi maklumat. Memang sangat membantu dan berguna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Moga perkongsian ini dapat berikan manfaat kepada blogger Malaysia.

      Delete
  3. Nice one abg hasrul! boleh dijadikan rujukan untuk masa hadapan :) Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hanim ... yup, silalah download template invois tu .. ubah la mana-mana patut nanti .. :)

      Delete
  4. Maklumat yang cukup berguna, sebab saya pun reka invois sendiri tapi tak sedetail macam tu.. :)

    p/s : Blog KeretaMoto.com untuk dijual, berminat sila hubungi email mykeretamoto@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Terima kasih untuk perkongsian ini. ;D

    ReplyDelete
  6. Ada beberapa advertiser mengunakan prosidur seperti meminta sebut harga dari blogger. Bagi saya ia adalah petanda positif dan cuma harap tidak minta hanya minta sebut harga untuk cukup kuota 3 sebutan harga prosidur syarikat sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha .. dah macam masuk tender kerajaan la pulak ye ..

      Delete
  7. ye betul..company besar-besar biasanya akan minta invois..kalau luar negara, kekadang tak payah pun..tapi tengok gak la..elok ramai blogger belajar la jadi professional, invois free je ada banyak kat internet..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Bukan susah pun nak buat invois ni ... contohilah abangensem .. hoho

      Delete
  8. Terima kasih bro , memang tercari-cari contoh invois macam ni

    ReplyDelete
  9. bagus ni tuan sediakan template invois. sebelum ni saya buat invois pun berterabur jugak

    ReplyDelete
  10. bagus juga ada invoice ni...nmpk pro sikit..hehe.tp KG tak pernah terima smpi 1k lg...xtau bila agaknya

    ReplyDelete
  11. terima kasih tuan. post ini sangat membantu kami.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, jumpa jugak maklumat ni.

    Ada syarikat besar bahagian training mahu khidmat saya untuk beriklan pasal company dan juga produknya.

    Itu saya gelabah nak cari benda ni.

    Thanks for this Sifu Terhormat.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.