KOMLI India Mahu Kerjasama

Erkk .... terkejut gak bila tetiba dapat email dari Komli, manalah tahu kot-kot nak bagi bonus ke apa ke .... buka email, rupanya pihak Komli India yang kontek, mati-mati ingatkan Komli Malaysia. Saya terima email dari pihak Komli India mahu kerjasama, atau dengan kata lain nak suruh saya apply dalam Komli India.

Ini pertama kali dapat email daripada Komli India. Sebelum ini, pernah dapat email dari Geniee Japan, lepas tu dari MediaWhite Dubai, kemudian SwitchAds UK, pernah juga dapat dua kali email daripada Innity. Semua platform media pengiklanan online/blog ini saya dah apply, cuma yang tak lepas adalah Innity walaupun mereka yang hubungi saya dahulu. Sebelum ni pernah juga apply Innity dua kali, dan dua kali itulah mereka reject permohonan saya...hoho ...

KOMLI India Mahu Kerjasama Sebagai Affiliate


Memang ada banyak medium pengiklanan yang blogger Malaysia boleh cuba, ada yang memang masyuk, dan ada yang lambat nak masyuk. Saya pernah cerita income-income yang saya dapat dari medium pengiklanan PopAds dan juga H12 ... dua-dua lumayan dibayar dalam USD. Tapi saya dah berhenti letak iklan dari dua medium pengiklanan ini atas beberapa sebab.

Komli Bagus Tapi ....

Komli memang antara medium pengiklanan yang bagus bagi saya. Saya dah terima sebanyak 3 kali payment daripada mereka. Yang leceh sikit pasal Komli ialah kena apply untuk keluarkan earnings, dan banyak step nak kena buat. Kena hantar invois setiap kali dapat penyata bulanan. Saya ada kongsikan cara-cara nak keluarkan earnings dari Komli ni (rasanyalah).

Bila dah hantar ke bahagian akaun Komli, tunggu je la, tak ada maklum apa-apa dah selepas tu. Tau-tau tetiba ada duit dalam akaun bank...hoho. Lambat sikit nak terima duit dari Komli ni, jadi kena banyak bersabar ...

Saya pilih Komli sebab dia berikan pilihan kepada saya. Saya boleh sekat iklan yang tak sepatutnya keluar, dan ia ada sistem swap iklan yang mana kalau tak ada iklan premium Komli, saya boleh letak banyak iklan lain khususnya dari program affiliate yang saya sertai. Jadi, ruang iklan Komli dapat dioptimasikan dengan baik.

Parterships with Komli Media India ... hmmm mungkin tak sign up kot. Dah ada Komli sedia ada pun dah cukup pening nak urus ... hoho ....

Buat blogger baru, anda harus tahu bahawa terdapat lebih dari 101 medium pengiklanan blog yang boleh dicuba ... dan jika ditanya pada saya, medium manakah yang paling lumayan untuk jana income blog, saya akan kata - Google Adsense .... :)


{ 15 comments.. read them below or add one }

Umi Nazrah Umi Nazrah September 11, 2014
Alhamdulillah rezeki HH. tahniah ;)
muja muja September 11, 2014
ramainya berminat ngan blog hh,, haisyyy,, bila la nak hebat macam anda,, hehe
TunSha Ayunie TunSha Ayunie September 11, 2014
banyak betul iklan boleh menjana pendapatan, :)
tahniah ya abg hasrul !
Kiz MySelf Kiz MySelf September 11, 2014
iklan komli bagus sebab sediakan ruang tuk kita letakkan iklan lain jika iklan komli tidak disiarkan..tu je sebab kenapa saya kekal dengan komli..hehe
titan titan September 11, 2014
ko tanya dulu..diorang bayar untuk trafik malaysia atau trafik india sahaja?

kalau blog hang banyak trafik india..tak apa gak.

aku dah blah dari komli nih. tinggal innity je masih kekal.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2014
ntah ... aku tak rasa pun trafik banyak dari India tu .. tapi aku biasa la gak komen blog depa ni ...
sabree hussin sabree hussin September 11, 2014
Adsense jugak yang paling best ye :-)

Saya tetap dengan nuffnang sebab memang tak pandai nak buat duit dengan program pengiklanan macam ni
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah September 11, 2014
Betul tu bro HH. Adsense lagi terbaik dari semua bab-bab letak iklan ni :-)
Arisy Arisy September 11, 2014
Sbg salah satu cabang pendapatan
Rossa Calla Rossa Calla September 11, 2014
kena banyak trafik dari india ...kalau tak memang tak masyuk la..
Precious Cla Precious Cla September 12, 2014
Mesti ramai orang India pun minat kat abg HH kaaaaaaan :D

Tahniah..tahniah...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 10, 2015
Hahahaa... hitam itu menawan bagi mereka ..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 10, 2015
Rugi rasanya Adsense tak leh operasi dalam blog ni ... blog lain tu ok je running tapi trafik ciput sgt la .. adeh.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.