Langkau ke kandungan utama

Daftar H12 Media Ads

Cara daftar medium pengiklanan H12 Media Ads. Ada rakan blogger baru telah bertanyakan kepada saya mengenai perkara ini, selepas baca perkongsian saya tentang Income Pertama H12 Media Ads. In Sha Allah, dalam entri ini saya akan ceritakan langkah demi langkah untuk membuat pendaftaran pengiklanan H12 Media Ads untuk mana-mana blogger yang berminat nak jana income online menerusinya.

Income dari H12 Media Ads agak lumayan juga. Alhamdulillah, dalam masa 3 hari sahaja, saya telah dapat komisen atau income lebih daripada USD50. Sehingga entri ini ditulis saya telah membuat pengeluaran income dari medium pengiklanan H12 Media Ads sebanyak 6 kali dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak USDXXX (mana leh tunjuk nanti riyak.. hoho).

Cara Daftar H12 Media Ads

Berminat nak mendaftar? Ok ikuti langkah-langkah mudah yang saya sertakan ini. Jangan skip lak, ini bukan permainan tali skipping ye.
  • Isi butiran dengan lengkap pada semua kekotak yang tulis required, yang optional tinggalkan. Paling penting, anda mesti masukkan alamat email yang betul dan sah.
Cara Daftar H12 Media Ads
  • Selepas isi butiran, klik bahagian Create Your Publisher Account. Dalam beberapa minit, periksa email anda untuk sebarang makluman dari pihak H12 Media Ads. Sahkan pendaftaran yang telah anda buat menerusi pautan yang diberikan di dalam email.
  • Setelah masuk ke dashboard H12 Media Ads, anda klik pada tab Website, akan nampak butang Add New Website. Klik butang tersebut untuk masukkan URL blog anda.
  • Anda akan diminta untuk masukkan verifikasi pemilikan blog seperti ditunjukkan di bawah. Masukkan meta name yang diberikan unik untuk blog anda, satu blog akan ada satu unik meta ini. Letakkan ia di bahagian head di dalam HTML blog anda.
Daftar H12 Media Ads
  • Selepas letakkan kod meta name yang disediakan di dalam blog. Kembali ke bahagian di atas ini, klik pilihan "I accept the rules ..... .." dan kemudian barulah tekan butang Verify and Add to My Account.
  • Tunggu pengesahan selanjutnya daripada H12 Media Ads menerusi email. Selalunya ia akan masa dalam 24 jam. Jika lambat, ini adalah kerana terlalu banyak yang mendaftar pada ketika itu, dan proses pengesahan ambil masa sedikit. Bersabar. 
  • Setelah blog anda mendapat pengesahan, login semula ke H12 Media Ads, semak bahagian Web Sites. Lihat samada blog anda telah disenaraikan. Jika sudah ada, pilih tab Banner Tags, klik URL blog anda, dan pilih banner-banner pengiklanan yang telah tersedia. Masukkan kod banner tersebut ke dalam blog anda menggunakan Add HTML widget.
Selesai.

Untuk tips pengiklanan banner berkesan di blog, saya sarankan anda baca ini - Tips Letak Banner Iklan Jana Pendapatan

Ok, kepada yang ingin mencuba boleh mencuba.

Memandangkan platform pengiklanan H12 Media Ads secara amnya berfungsi berbeza dengan medium pengiklanan Nuffnang, maka ia tidak menjadi satu salah, dan tidak akan ganggu status Gliteratti Nuffnang.

Selamat mencuba.

p.s:Ada banyak platform pengiklanan blogger Malaysia boleh cuba, malah ada lebih 100 media dan medium ada. Saya ada berikan senarai tersebut, sudi-sudikanlah guna Search tu ye.


 

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Terima kasih sifu HH....suka baca blog sifu...ada je pembelajaran menarik hari ini yeyyy...moga bertambah rezeki sifu...nak turut serta :)

    BalasPadam
  2. Sebelum ni ad gak nmpak iklan H12 ni kat mna2 blog yg dkunjungi, nk try takut ganggu iklan Nuffnang, padahal x pon rupanya. Terima ksih tuk info ni, nk cuba try la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk masa sekarang, saya difahamkan advertiser dah kurang dalam h12 ni .. hoho

      Padam
  3. Iklan H12 haritu pasang juga di blog. yg banner tu x boleh pasang dia kluar putih je . then pasang pop up tapi mcm menipu pulak sbb org tekan link di blog tiba2 keluar iklan. ramai yg x suka. haha. kemudian remove gitu je iklan tu. ada byk jugak rasa duit dlm tu...

    BalasPadam
  4. Lagi satu, kekadang iklan di H12 media nie ada perempuan seksi haha. Tp x tahu la skrg ada lagi x.

    BalasPadam
  5. First time dengar pasal H12 ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah dan tgk kesannya pada blog. Tak cuba takkan tahu. Jika rasa ok, teruskan .. jika tidak, keluarkan.

      Padam
  6. Alhamdulillah, murah rezeki bro...

    BalasPadam
  7. saya dah add iklan nie...tapi advertiser dah kurang iklankan produk dorang di sini.....

    BalasPadam
  8. Nak try la..tp ok ka utk blog yg tk brp nak ramai pngunjung?

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) untuk blog yang kurang pengunjung, hasilnya tentulah tidak seberapa. Jika blog baru nak naik, saya masih sarankan guna Nuffnang ... dan bina kredibliti dan keyakinan di situ.

      Padam
  9. macam menarik boleh cuba ni...

    BalasPadam
  10. salam,sy blogger baru.tima kasih utk info berguna ini :)

    BalasPadam
  11. Salam, saya baru tahu mengenai H12 ini dan baru mula mendaftar. Tetapi apabila saya masukkan url blog saya di bahagian Web Site, selepas sahkan dia keluar "! Adding a BlogSpot website under H12 Media publisher account is not allowed anymore. (01/03/2015)"

    adakah ini bermakna saya tidak boleh menggunakannya?

    Mohon reply ye :(

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…