Cara Optimasi Iklan Komli

Sebenarnya saya dah lama nak tulis tutorial dan tips berkaitan Komli ini. Tetapi asyik tertangguh sahaja. Apa yang saya akan kongsikan ini, saya berikan kredit kepada Kak Kujie (www.kujie2.com) kerana kak Kujie yang telah membantu saya optimasikan iklan Komli di blog saya.

Untuk blogger baru, yang mungkin mahu mendapatkan khidmat Komli bagi pemasangan iklan di blog, boleh cuba daftarkan blog di Komli.com; saya pernah bercerita mengenai Komli di sini - Panduan Pilih Platform Pengiklanan Blog
Komli

Secara peribadi, Komli antara medium pengiklanan yang saya suka kerana kita sebagai blogger boleh mengawalnya - memastikan hanya iklan tertentu sahaja disiarkan di blog. Iaitu samada memilih iklan yang sesuai dengan blog, dan juga memilih iklan yang benar-benar menguntungkan untuk blog.
Cara Optimasi Iklan Komli

Cara optimasi pengiklanan Komli di blog ini adalah perkongsian ilmu yang diberikan kepada saya oleh Kak Kujie, terima kasih pada kak +Ku Jie yang sudi bantu saya, walaupun saya tak minta ... bagus kan Kak Kujie ni? Patut respek dan dihormati dalam dunia blog Malaysia.

Agak berbeza sedikit dengan apa yang telah dinyatakan oleh blogger Kak Kujie dengan apa yang akan saya kongsikan, sebab versi lain sedikit, tapi tak jauh beza, dan in Sha Allah, anda boleh faham.

Oh ya, sebelum tu, saya nak ingatkan bahawa blog post ini adalah untuk blogger yang guna Komli dalam blog, kalau tak guna susah la sikit nak cerita. Ia untuk blogger yang dah daftar dan sudah meletakkan kod iklan Komli dalam blog.

Seterusnya.

Langkah Demi Langkah Optimasi Iklan Menerusi Komli

Login ke dashboard Komli
  1. Pilih bahagian Adspot
  2. Pilih Default Creative View
  3. Pilih Add New Default Creative  
Cara Optimasi Iklan Komli

Cara Optimasi Iklan Komli

Paparan di bawah akan kelihatan.

Anda boleh memilih 3 jenis format iklan gantian, iaitu gambar (image), HTML dan juga Flash. Saya banyak menggunakan 2 cara iaitu gambar  dan HTML. Ia lebih mudah.
Cara Optimasi Iklan Komli
Seandainya saya mahu gunakan gambar untuk optimasikan iklan menerusi Komli, saya akan sediakan gambar sendiri, atau ambil gambar iklan berkaitan, contohnya nak letak iklan Churp Churp, 8Share atau affiliate dalam Ad Dimension yang disediakan. Selalunya 120x600, 728x90 dan 300x250 kerana hanya dua jenis Ad Dimension Komli ini yang dibenarkan dalam blog saya.

Pada bahagian Image, klik Select dan pilih gambar iklan tersebut. Pada click URL masukan URL atau pautan iklan tersebut.

Jika pilih HTML.

Berbeza dengan menggunakan gambar,  anda perlu sediakan atau dapatkan kod HTML untuk paparkan iklan. Selalunya, kaedah ini saya gunakan untuk promosikan produk affiliate dalam blog menerusi Komli.
Cara Optimasi Iklan Komli


Selepas selesai, di bahagian bawah anda akan nampak nama blog anda, klik Add Selected, dan pastikan nama blog dan kod Komli dipaparkan di bahagian Selected Ad Spots. Kemudian save. Lihat perubahan dalam masa 30 minit selepas itu dalam blog anda.

Mengapa Penting?

Mengapa optimasi ini penting? Ini adalah untuk blog yang ada iklan Komli, bila tiada kempen iklan, akan terpaparlah iklan-iklan Default Creative ini, jadi tak adalah keluar Default Komli yang gambar tangan tu .... :) jadi, anda boleh jana income juga dari iklan lain yang bukan original dari servis yang disediakan Komli.

Faham tak ni? Risau lak bila anda baca sambil garu-garu kepala.

Semoga tips dan panduan ini akan berikan income lebih untuk blog anda, in Sha Allah.




{ 17 comments.. read them below or add one }

Wafi Remli Wafi Remli March 31, 2014
Komli dah bagi maklum balas hari tu, tapi saya masih belum ambil apa-apa tindakan selanjutnya...

p/s: Sekarang ni seramlah masuk blog ni, hitam putih semacam je...menakutkan (ditambah pulak dengan gambar tu...menyeramkan) hehe
Alongxp Alongxp April 01, 2014
agak kurang faham la tuan.. ada contoh yang lebih jelas tak?
Affan Affan April 01, 2014
Hehe benda ni kat Innity pun boleh buatkan?

Memang patut semua company buat macam ni, barulah fleksibel.
Ian Faizal Ian Faizal April 01, 2014
dah try buat macam itu. tapi tiba2 blog tak dapat nak loading. lembap gila. padam balik apa yg dah buat itu. skrg dah normal.. tak berani nak buat. huhu
jamian sarif jamian sarif April 01, 2014
informasi yg bermanfaat utk blogger yg nak guna komli...
Cikgu Hailmi Cikgu Hailmi April 01, 2014
TQ HH untuk info.. saya baru jer try buat.. so far, xdak masalah lain timbul.. cuma nak tunggu iklan ganti tu ja yang keluar.. tq banyak yer.. ;)
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah April 01, 2014
bagus tutorial ini..memang menarik
hafizmd hafizmd April 01, 2014
Smart betullah blog ni..sama mcam tuan dia.

gmbr bro HH kat header ke? anda sedang diperhatikan....hehe
hafizmd hafizmd April 01, 2014
terima kasih bro HH.

ambe belum ada apply komli..nak kena baca link yg bro kasi tu dulu utk fahamkan keperluan yg komli mahukan
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 01, 2014
Ini sahaja yang termampu saya buat ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 01, 2014
Harapnya apa yang dikkongsikan ini dapat bantu
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 01, 2014
Saya main redah je Hafiz ... mintak Innity tapi tak lepas ..2 kali lak tu
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 01, 2014
:) Terima kasih CIkgu, rasa bangga lak blogger hebat mai singgah sini.
Akmal Zaidi Akmal Zaidi April 01, 2014
nice tips,

saya dah cuba praktikkan pun tips ni,

apapun thanks sharing,

saya guna bidvertiser utk alternative ads komli
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah September 08, 2014
Terima kasih sifu HH. Nak kena cuba juga cara ni.. :-)
Wan Zawawi Wan Zawawi May 02, 2015
salam..
terima kasih untuk artikel ni bro,jumpa pun dari goolgle , dan baru je lepas optimasi iklan komli dengan iklan lain.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.