Wanita Muslim Produktif dan Signifikan

Wanita Muslim Produktif dan Signifikan. Keterbukaan minda masyarakat pada zaman ini sepatutnya sudah menguburkan terus isu mengenai kelebihan suatu jantina dalam menjalani kehidupan seharian. Tiada lagi isu mengenai jantina itu lebih gah menggapai kejayaan atau jantina ini lebih terdedah kepada keistimewaan tertentu. Mungkin punca bagi mereka yang cenderung berfikiran begitu hanyalah sekadar salah faham, tidak matang atau paling parah, masih keliru dengan identiti dan kedudukan diri sendiri di sisi masyarakat.

Adalah salah untuk terus menerus menuduh Islam sebagai punca wanita Muslim hilang peranan di peringkat global. Islam tidak membataskan wanita untuk membuat pencapaian yang boleh dipercayai dan dipuji. Islam juga bukan alasan mengapa wanita tidak boleh meninggalkan legasi hebat yang mempengaruhi beribu-ribu mahupun berjuta-juta lelaki dan wanita dalam generasi akan datang.

Wanita Muslim Produktif dan Signifikan

Wanita Muslim Produktif dan Signifikan
Realitinya, setiap manusia yang dilahirkan ke dunia adalah unik dan memiliki siri ujian kehidupan yang khas untuk dilalui mengikut kemampuan masing-masing. Benar, sesetengahnya akan melalui ujian yang lebih sukar daripada yang lain. Ini semua kerana Allah telah merancang untuk memberi ganjaran istimewa di akhirat kelak sekiranya ujian itu dilalui dengan penuh iman dan sabar.

Wanita yang bijak ialah wanita yang peka dengan sekelilingnya untuk mencungkil pengalaman melalui suka duka kehidupan. Wanita zaman ini kebiasaannya memegang pelbagai peranan yang berbeza-beza di setiap fasa kehidupan samada melalui pilihan atau kebetulan. Pendek kata, semua wanita merentasi pelbagai spektrum warna dalam mentakrifkan peranan, tugas dan tanggungjawab di sepanjang peringkat kehidupan, yang akhirnya membentuk satu ‘lukisan’ yang indah.

Beruntunglah, Allah S.W.T telah mengilhamkan wanita hari ini dengan model Muslimah sejati yang wajar dicontohi. Aisyah, Khadijah, Maryam dan Hajar contohnya, merupakan antara tokoh muslimah pencetus inspirasi yang tidak asing lagi. Masing-masing mempunyai kualiti peribadi yang relevan dengan wanita Islam dan bertepatan dengan situasi masing-masing.

Mengenali Aisyay R.A

Kenalilah Aisyah R.A. Walaupun tidak dikurniakan sebarang zuriat, beliau memiliki akal yang cerdas dan berintelek tinggi. Aisyah bijak memanfaatkan setiap ruang masa dengan optimum semenjak berusia muda lagi. Beliau amat berjaya dalam misi menyebarkan ajaran dan akhlak Rasulullah SAW sehingga dapat dihayati oleh umat Islam pada hari ini.

Khadijah Binti Khuwaylid R.A - Isteri dan Ibu Mulia

Khadijah Binti Khuwaylid RA, tidak asing lagi dengan peranan hebat beliau sebagai seorang isteri dan ibu yang mulia. Beliau telah berjaya memainkan peranan sebagai tonggak keluarga di samping misi dakwah suami tercinta, Rasulullah S.A.W. Sokongan dan dorongan yang tiada tolok bandingnya mengatasi ketajaman pedang dan ketebalan perisai untuk terus bangkit menegakkan kebenaran sejati. Beliau adalah bukti pembentuk generasi mantap demi masa depan ummah dan Islam.

Maryam dan Hajar - Ibu Tunggal Contoh

Maryam dan Hajar, dua ibu tunggal yang cekal. Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa dugaan mereka mungkin lebih sukar daripada apa yang diharungi oleh ibu tunggal masa kini. Berbekalkan tawakkal yang tinggi terhadap Allah S.W.T, segalanya dapat diharungi dengan gagah sehingga mampu meninggalkan impak inspirasi yang amat bernilai.

Lelaki dan wanita telah dicipta untuk melengkapi dan mengimbangi antara satu sama lain. Tidak dinafikan, kepelbagaian peranan wanita Muslim hari ini amat signifikan terhadap masyarakat secara keseluruhan. Hari demi hari, dunia mendambakan Muslimah yang produktif dan optimis.

Akademi iMuslim Malaysia, sebuah badan Pendidikan Islam tempatan yang berpusat di Shah Alam, Selangor mengambil peluang ini untuk menyediakan ruang bagi pencari ilmu khususnya para wanita dengan menganjurkan konvensyen Islamik tahunan yang dinamakan ‘The Bidadari’.

Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah S.A.W

Bertemakan ‘Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah S.A.W’, Konvensyen ini diharap agar dapat mencetus inspirasi untuk membentuk jati diri yang kukuh di kalangan para Muslimah dalam memainkan peranan sebagai pembentuk ummah sejagat. Segalanya akan dikupas oleh beberapa tokoh wanita unggul serta pencetus inspirasi yang bakal menjentik minda melalui perkongsian pengalaman menuju Allah, berkisarkan kisah tauladan daripada para isteri dan puteri Rasulullah S.A.W serta para sahabat.

Sepanjang tiga tahun lalu, Konvensyen ini telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai satu program yang signifikan dan kini diiktiraf sebagai perhimpunan wanita terbaik di seluruh Asia. Buat kali ketiga di Malaysia, Konvensyen ‘The Bidadari’ bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 dan 31 Ogos 2014.
Konvensyen The Bidadari 2014 PICC Putrajaya 30-31 Ogos 2014
Konvensyen ‘The Bidadari’ turut menyasarkan kaum Adam agar bersama-sama dapat merasai keunikan acara tahunan yang amat dinanti-nantikan ini. Istimewa buat mereka, ‘School of Sahabah’ menjanjikan sebuah pengisian mantap dengan memaparkan barisan ilmuwan tempatan dan antarabangsa.

Temui Prof. Dr. Muhaya, Dr. Harlina Halizah Siraj, Dr. Zahazan Mohamed dan ramai lagi berserta duta ‘The Bidadari’ seperti Mizz Nina, Natasha Hudson dan Ummi Nazeera pada Ogos ini. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui www.thebidadari.com. Aktiviti menarik untuk kanak-kanak, gerai jualan dan kemudahan untuk para ibu yang menyusukan turut disediakan.

Untuk informasi bagi mendapatkan tiket menerusi agen-agen yang telah dilantik, anda boleh rujuk:
Cara dapatkan tiket ke Konvensyen The Bidadari 2014



1 comment... add one now

cik amal cik amal August 16, 2014
semoga berjalan dgn lancar program tuu nanti... aamiin..amal singgah sini..moga tuan blog pnjng umur dan dimurahkan rezekii.. aamiiin

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.