Ziarah Amal Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis

Hari tu, saya ada berkesempatan untuk bersama dengan rombongan Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam Hospital Parit Buntar menziarah Rumah Anak Yatim Mak Teh di Perlis. Haha, sesekali ikut rombongan cik Kiah ni, menarik gak. Saya satu famili berabis ikut serta dengan menaiki bas persiaran.

Sebelum ini, saya agak keberatan, almaklumlah dah terbiasa berkenderaan sendiri ke sana ke mari. Dan kali ini, sebab nak berikan pendedahan kepada anak-anak, dan memberikan peluang untuk merasai pengalaman rombongan Cik Kiah, jadi ambil keputusan untuk ikut serta.

Ziarah Amal Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis

Ziarah Amal Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis
Disebabkan kami tiba di kawasan menunggu bas rombongan agak lewat, terpaksalah kami berlima ambil tempat duduk paling belakang sekali. Bila duduk bahagian belakang, tempat duduk agak tinggilah sedikit dari yang lain.

Bertolak awal pagi. Lebih kurang jam 7 pagi kalau tak silap. Perjalanan agak selesa walaupun adakala terasa berayun di belakang. Anak-anak saya semua ok je. Namun, kerap jugalah dok tanya; "bila nak sampai, bila nak sampai".

Bila lelap, terjaga je terus akan tanya saya ... "Abah, dah sampai Perlis ke?". Punyalah excited. Apa ada di Perlis pun saya tak tahu .. hoho.
Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis

Tiba di Rumah Anak Yatim Mak Teh, Perlis waktu tengahari, lebih kurang jam 11:00 pagi. Ketibaan disambut mesra oleh wakil rumah anak yatim, serta anak-anak yang berada di situ. Tak ramai, tapi kami satu rombongan terasa diraikan.

Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis
Aktiviti Kebajikan Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam Hospital Parit BuntarAktiviti Kebajikan Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam Hospital Parit Buntar
Aktiviti Kebajikan Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam Hospital Parit Buntar
Ziarah ni bukan ziarah kosong je, seperti awal saya ada cakap, ada pengisian sedikit. Anak-anak yang hadir di sini kemudian diberikan taklimat, informasi dan ilmu berkaitan ubat-ubatan. Saya sendiri juga dapat tahu beberapa benda yang selama ini saya tak tahu.

Selesai je majlis ilmu berkaitan ubat dan kesihatan, pihak Persatuan Kebajikan Kakitangan Hospital Parit Buntar kemudian menyerahkan sedikit sumbangan kepada wakil Rumah Anak Yatim Mak Teh.

Pihak pentadbiran masa kami datang tak dapat hadir sebab ramai yang bercuti. Anak-anak yatim yang ada pun tak ramai, sebab kebanyakan ada yang pulang ke kampung atau kediaman masing-masing untuk bersama keluarga di hujung minggu.
Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis
Saya kesempatan dengan ahli rombongan melawat kawasan sekitar. Asrama di Rumah Anak Yatim Mak Teh ini nampak selesa dan kemas, al maklumlah semua pelajar atau anak yatim di sini adalah perempuan.

Menurut wakil Rumah Anak Yatim tu, yang saya lupa namanya; dulu di awal penubuhannya, ia mengambil anak-anak lelaki, tetapi lama kelamaan, ia hanya menerima anak-anak yatim perempuan sahaja. Katanya lagi, lebih mudah nak jaga mereka daripada anak-anak lelaki .. hoho....

Rumah Anak Yatim Mak Teh adalah inisiatif bekas wakil rakyat di situ. Tanah yang diwakafkan telah dibina rumah kebajikan ini khusus untuk anak-anak yatim serta fakir miskin di sekitar negeri Perlis. Saya difahamkan dana mengurus adalah daripada wakil rakyat tersebut berserta sumbangan dari orang ramai.
Asrama Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis
Anak Yatim dan Miskin - Rumah Anak Yatim Mak Teh
Anak Yatim dan Miskin - Rumah Anak Yatim Mak Teh
Anak Yatim dan Miskin - Rumah Anak Yatim Mak TehAnak Yatim dan Miskin - Rumah Anak Yatim Mak Teh
Saya sempat gak bermesra-mesraan dengan anak-anak yatim di sini; kebanyakkan mereka sedang menunggu masa nak hadapi peperiksaan. Jadi, seperti biasa, saya dengan heronya sampaikan petua dan tips apa yang patut.

Rombongan lain pun begitu juga, ada berikan nasihat dan kata-kata semangat. Yelah, bukan selalu mereka ni dapat kunjungan luar. Kehadiran rombongan dari Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam Hospital Parit Buntar ni sedikit sebanyak menyuntik juga semangat mereka ...

Selesai di Rumah Anak Yatim Mak Teh, kami kemudian bergerak ke destinasi lain ... in Sha Allah, ada kelapangan saya akan ceritakan.