21 Julai 2014

TVC Raya Aidilfitri 2014 TNB 3 Versi

Tatkala entri ini ditulis, tinggal lebih kurang seminggu lagi umat Islam di Malaysia akan menyambut ketibaan Aidilfitri 1435H/2014. Dan semakin banyak TVC Raya 2014 sudah dipaparkan di kaca TV. Kali ini saya nak kongsikan TVC Raya Aidilfitri 2014 daripada Tenaga Nasional Berhad, yang telah dibuat dalam 3 versi berbeza.

3 versi? Ya, TNB kali ini menampilkan iklan hari raya dalam bentuk 3 versi lagu Hari Raya berbeza, iaitu original, pop dan joget. Walaupun versi lagu dalam TVC ini berbeza, mood hari raya itu tetap sama, dan kalau diamati betul-betul, ada celoteh menarik di hujung setiap TVC Raya Aidilfitri 2014 ini oleh TNB.
Iklan Hari Raya (TVC) Aidilfitri 2014 dari TNB

TVC Raya Aidilfitri 2014 TNB 3 Versi

Meh layan satu persatu tiga versi iklan raya dari TNB ini.

TVC Raya Aidilfitri 2014 Tenaga Nasional Berhad (TNB) Versi Joget

TVC Raya Aidilfitri 2014 Tenaga Nasional Berhad (TNB) Versi Pop

TVC Raya Aidilfitri Tenaga Nasional Berhad (TNB) Original Version

Dah dengar dan tonton kesemua video iklan raya Aidilfitri 2014 TNB ni? Ada nampak beza lain tak? Lirik dia? Sama ke lain? Videonya .. mana satu yang anda fikir best dan terbaik untuk mood raya tahun ini?

Video ini mengingatkan dalam kemeriahan hari raya, anda golongan dan kelompok yang terpaksa korbankan kegembiraan diri sendiri untuk berikan sinar kepada orang lain. Mereka yang bekerja di TNB juga seperti kita, ada keluarga, ada sanak sedara.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014. Maaf zahir dan batin.

#DoakanGaza #PrayForGaza
#DoakanMH370
#DoakanMH17



Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

2 Komen TVC Raya Aidilfitri 2014 TNB 3 Versi

Nadot suka yang pop punya! Tapi tak ada mood sangat sebab tak ad cuti raya kat sini. Terpaksa ponteng je kot nanti... hehe

Salam Warga kerja TNB, Saya Adi staff TNB dari sabah ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2014 pada semua Kakitangan Kerja TNB di seluruh Malaysia. Saya rasa lagu yg sesuai di tayangkan adalah Versi original punya .. :)


EmoticonEmoticon