Ini apa ke halnya dok Hukum Hudud pi tanya pendapat artis ni? Ishh boleh pulak wartawan akhbar tempatan ni boleh tanya pada golongan artis mengenai hukum hudud? Bagi sayalah, sangat tidak sesuai. Masakan kita kita ni yang cetek pengetahuan pun susah nak buat ulasan mengenai hukum hudud, apatah lagi mereka.

Ok. Saya berat sebelah. Mungkin para artis ini lebih tinggi ilmunya dari saya dan anda. Mungkin mereka lulusan sarjana dari universiti Islam atau pernah belajar tinggi berkaitan hukum hakam dalam perundangan Islam ini. Jadi, kerana itulah wartawan yang buat artikel dan wawancara ini keluarkan di akhbar. Ya, mungkin itu sebabnya.

Tapi, jika wartawan tanya pada saya. Saya akan kata; silalah tanya pada mereka yang arif. Ini soal undang-undang dan hukum yang telah ada dalam Al Quran, jadi saya tidak layak untuk bahas panjang lebar apatah lagi nak kata boleh atau tidak boleh; wajar atau tidak. Saya memang tidak layak!

Hukum Hudud Tanya Artis?

Hukum Hudud Tanya Artis?

Hukum Hudud tanya artis. Kenapa semua nak tanya mereka? Sebab pengaruh mereka? Sebab pengetahuan mereka? Sebab mereka lebih berilmu daripada para ustaz dan ilmuwan Islam? Adakah kerana mereka lebih popular dari para cendiakiawan, ustaz dan ulamak di Malaysia ini?

Kalau tanya kepada ahli politik; yang ada latar pendidikan tinggi pun orang sukar nak terima; apatah lagi apabila tanya artis.

Salah tanya ni. Mungkin.

Saya harap pendekatan lebih bijak dibuat untuk tanya topik-topik sensitif, apatah lagi melibatkan agama.


18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Wartawan tak fikir panjang. Takde etika!

    BalasPadam
  2. setuju..tanya la pada yg lebih arif..kalau tanya sy pon sy xpandai nak jawab..takot tersalah cakap soal hukum ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal ... tak tahu la pasal apa kena buat soalan gitu? Tanya pasal dunia hiburan kira oklah ..

      Padam
  3. saje ler tu kunun artis ni berpengaruh...pendek akal diorang nie...

    BalasPadam
  4. biasala golongan yang dipuja-puja..apa-apa tanya diarang..haha..tapi takde jugak nak salahkan diarang..yang bertanya tu tak kena pada tempatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang tanya tu kurang sikit bab2 ni ...

      Padam
  5. sejak bila ramai wartawan pandai??? kebanyakkan wartawan hanya bekerja untuk duit je...berkat tak berkat, pandai tak pandai belakang cerita... hehehe

    BalasPadam
  6. hukum hudud tanya artis mestilah boleh. tapi tu lah, diorang silap pilih orang. lain kali kena cari orang yang memang tahu selok belok hukum agama.

    kalau wartawan tu arif pasal hukum agama, dia takkan sesekali jadi wartawan, sibuk cipta propa semata-mata nak artikel masuk muka depan.

    BalasPadam
  7. Jika bertanya tentang kewajaran tentang sesuatu Hukum, sepatutnya wartawan x perlu pon mendapatkan pandangan dari Artis... Saluran tu nampak x sesuai...
    Ramai lagi ilmuan-ilmuan islam di malaysia nie yang boleh memberi pendapat tentang cara melaksanakan atau intipati-intipati penting yang perlu dirangka untuk menjaga keseluruhan warga negara... Ramai prof-prof dan Dr falsafah yang ada atau boleh didekati sekiranya betul-betul ikhlas dalam merencana sesuatu penulisan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ntahnya .. itulah yang menghairankan ...

      Padam
  8. Tak setuju dan tak wajar. Ramai lagi ulama' di Malaysia yang boleh ditanyakan pendapat.

    BalasPadam
  9. salam tuan blog...dunia...dunia...dunia akhir zaman...

    BalasPadam
  10. bila baca sebahagian dari komen artis... nampak sangat mereka pun tahu tapi takut dengan kebenaran... soalan highclass tetapi tidak sesuai pada tempatnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sesuai tanya bab hukum apatah lagi bila ditanya pada artis wanita yang sendiri tidak ikut hukum ... :)

      Padam
  11. sekarang kan semua orang berpaksikan artis, jadi kalau tanya artis tu, rakyat mesia pun akan ikut jugak lah apa artis akan kata. kannnnnnnnnn

    dunia akhir zaman +.+

    BalasPadam
  12. kalau paper tabloid..standard le..bukan kira pun sama ada betul atau salah soalan tu ditanya..kenapa tak ditanya je orang yang bebetul 'ahli' ye tak?

    BalasPadam
  13. Bergantung pada jawapan artis. Jika artis bijak mungkin mereka tidak akan layan soalan2 yang diluar pengetahuan mereka. Dan untuk wartawan, haruslah lebih bijak. Bertanya dengan orang yang bukan pakar dalam bidang mereka akan lebih mengeruhkan keadaan.Lebih2 lagi soal agama.

    BalasPadam
  14. setuju...eh, ada juga wartawan begini di malaysia. oh my country!

    BalasPadam

Catat Komen

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Terbaru Lebih lama
Lubuk Bundle Gred AA

Dropship USD