Heritage House Muzium Gopeng

Pernah sampai tak ke Heritage House Muzium Gopeng? Kalau anda orang Perak, jika tak pernah sampai ke sini, maka anda memang patut pergi, lebih-lebih lagi jika anda merupakan warga daerah Kinta yang terkenal dengan bijih timah.

Heritage House Muzium Gopeng bukan sebarang muzium. Ia merupakan muzium hasil inisiatif penduduk tempatan. Ia boleh dikatakan sebuah muzium yang dibina oleh rakyat untuk rakyat; atau lebih tepat ... muzium dari penduduk untuk rakyat. Ia juga menjadi antara lokasi cuti bajet dan makan angin untuk saya.

Heritage House Muzium Gopeng

Bangunan serba merah ini asalnya merupakan milik persendirian Mr. Wong Kuan Cheong. Beliau kemudiannya menjadikan ia sebuah muzium dengan kos-kos selenggara dibiayai oleh komuniti tempatan. Masuk ke sini adalah percuma namun sumbangan daripada orang awam yang melawat adalah sangat diharapkan bagi meneruskan kelangsungan bangunan penuh sejarah ini.
Heritage House Muzium Gopeng
Heritage House Muzium Gopeng
Lupa nak bagitahu, saya telah berkesempatan untuk berkunjung ke muzium ini semasa mengikuti Pakej Rail Tourism yang pernah saya ceritakan sebelum ini. Boleh semak kembali nanti kalau sudi.

Keunikan Gopeng

Bandar Gopeng sebuah bandar yang cukup bersejarah. Malah, kewujudannya adalah lebih awal daripada bandaraya Ipoh sendiri. Gopeng terkenal dengan dua aktiviti penting satu ketika dahulu, iaitu perlombongan bijih timah dan juga perladangan. Kebanyakkan penduduk Gopeng terdiri dari orang Melayu Kampar atau Rawa yang berasal dari Indonesia; dan orang Cina yang yang berasal dari Tanah Besar China.

Eu Yan Sang salah satu produk terkenal tempatan dalam perubatan Cina adalah berasal dari sini. Pengasasnya adalah Eu Kong yang berasal dari daerah Foshan, sebuah kampung di Wilayah Guangdong, Selatan China. Pada tahuan 1873, Eu Kong telah meninggalkan negaranya dan menetap di Gopeng, Perak dan terlibat dengan perlombongan bijih timah. Kedai Yan Sang pertama dibuka pada tahun 1879. Kedai menjual perubatan Cina ini adalah untuk merawat ketagihan candu yang semasa itu berleluasa di kalangan pelombong-pelombong bijih timah Cina.
Heritage House Muzium Gopeng
Heritage House Muzium Gopeng telah dirasmikan pada 13 April 2011 dan ia dibuka kepada orang ramai. Heritage House merupakan kesinambungan atau boleh saya katakan satu cabang daripada satu lagi kebanggan penduduk Gopeng iaitu Muzium Gopeng yang letaknya tidak jauh dari Heritage House.

Heritage House terkandung pelbagai barangan antik khususnya yang digunakan oleh penduduk-penduduk berbangsa Cina, yang mendominasikan pekan Gopeng satu ketika dahulu. Ia menggambarkan kehidupan di situ lebih 125 tahun dahulu.
Heritage House Muzium Gopeng
Motosikal Antik Heritage House Muzium Gopeng
Bijih timah Heritage House Muzium Gopeng
Heritage House Muzium Gopeng Perak Malaysia

Lokasi Heritage House Gopeng Perak

Heritage House dibuka hanya pada Sabtu dan Ahad dari jam 9 pagi ke 3 petang. Masuk adalah percuma. Ia terletak di tengah-tengah bandar Gopeng, iaitu berdekatan dengan bulatan Gopeng. Saya akan kongsikan peta lokasi yang memang mudah untuk anda ikuti. Anda pasti akan jumpa Heritage House ini memandangkan ia bangunan berwarna merah dann menonjol di situ.
Map to Heritage House Muzium Gopeng Perak Malaysia
Things in Heritage House Muzium Gopeng Perak Malaysia
Things in Heritage House Muzium Gopeng Perak Malaysia
Things in Heritage House Muzium Gopeng Perak Malaysia
Things in Heritage House Muzium Gopeng Perak Malaysia
Things in Heritage House Muzium Gopeng Perak Malaysia