Langkau ke kandungan utama

Bisnes Buat Coklat Sendiri

Cara buat coklat sendiri dan jadikan ia bisnes menguntungkan. Coklat pasarkan secara online. Ini satu peluang buat semua bagi menambah income terutama di musim perayaan. Jika sebelum ini saya ada ceritakan peluang yang terbuka luas untuk buat bisnes baju kurung, kali ini saya kongsikan pula bagaimana nak berbisnes dengan buat coklat sendiri pula.

Ramai yang tidak tahu pembuatan coklat sebenarnya mudah dan boleh dilakukan dari rumah. Malah, anda boleh buat coklat pelbagai perisa dengan pelbagai bentuk. Salah satu teknik bisnes coklat buatan sendiri ialah dengan menambah perisa unik yang tidak ada di pasaran dan mereka bentuk coklat agar lebih catchy dan menarik.
Bisnes Buat Coklat Sendiri
Coklat walaupun dikatakan bepermintaan secara bermusim, tetapi seandainya coklat itu memang sedap, menarik dan murah ... pasti ia akan menambat dan membuatkan pembeli pertama terus menjadi pelanggan setia. Erkkk bermusim? Bermusim maksudnya ia sangat laris ketika cuti sekolah atau musim orang nikah kahwin, dan sangat laris ketika hampir dengan musim perayaan terutama sekali Hari Raya dan juga sambutan Hari Natal.

Bisnes Buat Coklat Buatan Tangan Sendiri

Buat coklat sendiri? Boleh ke? Ishhh ... kenapa pula tidak boleh? Tidak terfikirkah anda mengapa ramai usahawan terutama wanita suka menjual coklat atau kek? Ia adalah kerana ia satu perniagaan yang menguntungkan. Anda boleh dapat keuntungan tinggi dengan menjual coklat! Nak dapat untung lagi tinggi, tak perlu sewa kedai, tak perlu ada tapak perniagaan. Semuanya boleh dilakukan hanya dari rumah!

Bisnes buat coklat sendiri adalah antara banyak idea buat duit atau bisnes dari rumah yang boleh anda lakukan.

Isteri saya adalah salah seorang penggemar coklat. Dan di kala masa lapang, dia akan buat coklat sendiri daripada coklat compound. Selalunya dia akan buat lebih untuk dijual di pejabat dan kawan-kawan di Facebook. Jual suka-suka sahaja, bukan untuk bisnes. Agak-agak jika nak beli sesuatu, dia akan usahakan untuk peroleh modal dari pembuatan coklat ini.
Tapi isteri saya tak tahu, untuk buat coklat yang sedap mestilah menggunakan coklat tulen iaitu Coklat Converture. Mungkin juga dia tahu, dan tak mahu gunakan. Sebabnya ialah pembuatan coklat menggunakan coklat tulen adalah sedikit rumit dan sukar. Itu sebab ada jenama coklat yang menggunakan jenis coklat ini dijual dengan harga yang agak mahal. Selain cara pembuatan yang cerewet dan sukar, ia juga adalah coklat yang sedap rasa berbanding buat coklat sendiri dengan coklat compound.

Ada kelas buat coklat yang ramai taukey coklat dan kedai kek anjurkan. Tapi, bagi seorang surirumah yang ada anak kecil dan bersekolah, tentu sukar nak hadir ke kelas-kelas buat coklat ini. Apatah lagi jika ada kerjaya tetap sendiri, tetapi nak tahu dan belajar buat coklat sendiri.

Ada solusinya.

Rahsia Coklat Buatan Tangan - Panduan Bisnes Buat Coklat Sendiri

Ada video dan ebook yang tunjukkan cara untuk buat coklat buatan tangan dari A sampai Z yang boleh anda peroleh.
Anda bukan sahaja belajar buat coklat buatan tangan dari rumah, tetapi anda boleh dapat peluang untuk pasarkan produk anda tersebut! Seronok bukan? Anda buat apa yang anda suka, dan anda jual untuk raih pendapatan sampingan, macam yang isteri saya lakukan. Buat coklat ... dan dapatlah dia beli pressure cooker yang diidamkan dari luar negara!
Cara buat coklat buatan sendiri untuk bisnes
Puan Shida - Ebook/CD Rahsia Coklat Buatan Tangan
Ebook dan video cara buat coklat buatan tangan ini disediakan oleh Puan Shida. Lihat bagaimana ramai (tunjuk sebahagian darinya) yang telah mendapatkannya panduan dari Puan Shida berkongsi hasil coklat buatan tangan yang mereka belajar ini:

Panduan buat coklat buatan tangan
Panduan buat coklat buatan tangan
Panduan buat coklat buatan tangan
Berminat nak dapatkan panduan ini? Anda boleh lakukan tempahan segera ke pautan ini - Tempah Panduan Bisnes Buat Coklat Buatan Tangan Sendiri

Panduan ini terhad sebab nak elakkan persaingan ramai yang mahu dapatkan untuk bisnes sempena musim perayaan. Jadi, dapatkan sebelum ia tidak lagi dijual kepada umum.

Kongsikan kepada rakan-rakan yang mungkin nak dapatkan income tambahan dengan projek buat coklat sendiri ini.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. kalau rajin pasti mendatangkan hasil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm .. betul. Isteri saya pun buat masa lapang, time cuti2 ... pastu mulalah penuh peti ais dengan coklat je ...

      Padam
    2. abg HH beli lah peti ais besar sikit kihkih,,, baru boleh bisnes untuk isteri - kedaionlinemy.com

      Padam
  2. yang penting minat dan rajin kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Buat coklat sendiri ni makan masa gak, tapi berbaloi sebab sekali buat ... leh dapat banyak ... tak macam buat kek, yang ambil masa lebih kurang gak tapi dapat satu kek, kecuali kalau buat kek cawan (cupcakes)

      Padam
  3. saya ada minat nak buat sebelum jadi blogger..bila dah jadi blogger banyak masa untuk membaca,menulis dan kemaskini blog selain blogwalking..itu belum kira kerja gaji tetap dengan peruntukan masa 10 jam sehari

    BalasPadam
  4. memang buat bisnes homemade coklat nih best. iyalah sambil berniaga boleh jugak makan sendiri. saya pun pernah buat bisnes coklat dan kek dulu, mmg banyak permintaan tapi ikut musim lah...biasanya order kalo ada event. Dulu saya pun ada pasarkan kat petrol pam shell, petronas yg ada berdekatan kat rumah.... hasil boleh tahan lumayan. tapi sekarang saya dah tak buat dah......untung memang untung tapi badan penat lah....kadang tuh tak cukup rest huhuhu......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perghh .. setidak-tidaknya pernah dah kan cuba buat.. untung besar kan? Dapat la beli apa benda yang diinginkan .. ye tak?

      Padam
  5. coklat coklat . my feveret hehee nak buat tu mmg tak ada masa la, tapi kalau nak buat jugak mesti adakan masa tu jugak. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat sendiri lebih puas hati. Sedap tak sedap belakang kira .. hehehe.. :P

      Padam
  6. aduh sungguh bangga dengan orang yg kreatif dan rajin ni :)

    BalasPadam
  7. beginikah caranya nak pronote iklan job dari rumah?sbb saya nye income x masuk2 walau dah lama letak dalam blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin. Lebih mudah kalau buat blog lain yang hanya cerita pasal produk

      Padam
  8. adik CN pernah pegi kelas belajar buat coklat sndiri, hantaran coklat buat sendiri jer, mmg cantik ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm .. wife saya pun. :) balik je mesti semangat buat macam2 .... saya gak kena beli barang2.. hehehehe

      Padam
  9. dapat masak sendiri untuk makan sendiri ... bagusnya

    BalasPadam
  10. wow !! mama sha selalu beli coklat bar beryl's, cairkan dan bentukkan... then jual...!! adik sha la yang jual... hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan .. memang boleh buat duit ye tak?

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…