Ramai blogger yang tidak sedar bahawa teknik dan seni yang betul dalam penulisan komen di blog orang lain sebenarnya boleh memberikan kesan kepada penarafan Google Pagerank (PR). Google Pagerank adalah salah satu pilihan tanda aras sesebuah blog. Jika PR sebuah blog itu antara 3-6, ia sudah dianggap sangat bagus, dan jika lebih dari itu ... memang sangatlah awesome.

Buat masa ini, apa yang saya tahu, blog Malaysia yang mempunyai penarafan terbaik adalah blog Perdana Menteri Malaysia iaitu PR8 (pernah jadi PR10), dan kebanyakkan blog-blog popular seperti Fatin Liyana, Denaihati, AriffShah, Ben Ashaari, Dapur Tanpa Sempadan, Mialiana, Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha dan beberapa lagi adalah PR3. Blog Amanz.com yang merupakan blog teknologi dan gadjet, setakat ini yang saya nampak berjaya lepasi mendapat PR4. Anda boleh periksa Google Pagerank blog anda seperti saya ceritakan di sini - Widget Google Pagerank untuk Blogspot

Kenapa saya highlight blog-blog di atas?

Ini adalah kerana ia merupakan tip komen nak naikkan Google Pagerank blog anda. Mengapa ia penting?
Tips Komen Naikkan Google Pagerank

Tips Tulis Komen Naikkan Google Pagerank

Pertama sekali ia akan memberikan kelebihan blog anda untuk berada di enjin carian. Blog yang mempunyai PR yang bagus akan diberikan keutamaan untuk berada di tempat terbaik di enjin carian terutama sekali Google.

PR yang bagus menunjukkan bahawa blog anda punyai Authority atau kebolehpercayaan. Atau dengan bahasa pasar, tak adalah nak menipu sangat, hampir semua yang diborak-borak dalam blog itu boleh dipercayai dan boleh dipakai ...:). Juga boleh dianggap bahawa blog itu mempunyai reputasi yang baik, dan entri-entri yang dihasilkan boleh dijadikan rujukan dan berkualiti.

PR selalu dianggap sebagai tanda aras kualiti sesebuah blog.

Jadi, untuk meningkatkan PR blog anda, saya mencadangkan dan tips kepada anda supaya banyakkan meninggalkan komen-komen terbaik (bukan SPAM) dalam blog-blog yang ada PR yang bagus. Namun begitu, terdapat juga pendapat yang mengatakan, PR juga akan bertambah baik jika meninggalkan komen di blog-blog yang mempunyai PR setaraf, bergantung kepada jumlah komen berkualiti dan komen balas yang diterima.

Ada lagi satu aspek penting untuk anda meninggalkan komen pada satu-satu blog yang boleh pengaruhi PR blog anda, iaitu meninggalkan komen pada blog yang berikan DoFollow link, atau komen yang memberikan backlink.

Ramai blogger yang dah berada lama dalam dunia blog Malaysia lebih suka meninggalkan komen di blog yang membolehkan mereka mendapat backlink kepada blog mereka, salah satu sebabnya ialah supaya PR blog mereka dapat dipertingkatkan.

Semakin banyak backlink yang diberikan kepada blog anda, maka in Sha Allah, akan semakin baiklah tarafan PR blog anda.

Kesimpulan mudah untuk tips komen naikkan Google Pagerank ini:
  • Komen berkualiti di blog yang ada PR lebih baik atau setaraf.
  • Komen di blog yang berikan backlink DoFollow.

Ini adalah antara tips dan cara saya naikkan PR blog ini dari 0 menjadi 2 dengan cepat, dan kemudian menaikkan PR blog ini dari PR2 menjadi PR3. In Sha Allah, hujung tahun ini akan cuba capai PR4 untuk blog ini.

Oh ya, mungkin akan ada yang bertanya ... apa beza dengan Alexa Ranking pula? Ok, anda boleh baca di entri ini - Beza Google Pagerank dengan Aleza Rank

Semoga catatan berkaitan tips komen untuk naikan Google Pagerank ini akan bantu blog anda ke arah kualiti lebih baik, in Sha Allah ... jangan lupa kongsikan kepada yang lain ehh ....




47 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dalam erti kata lain... tinggal komen dalam blog ada PR tinggi dapat menaikkan imej kita dan dapat tumpang glamor PR blog ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu ... jadi komenlah dengan sebijaknya ... jangan spam sudahlah.

      Padam
  2. terima kasih atas tips Naikkan Google Pagerank yang berguna ini...

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas tip yang membina

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Terima kasih Fiza Rahman, harap ini dapat membantu memajukan lagi blog yang ditulis.

      Padam
  5. Bagus tips nih..lagi satu kalau nak komen, elakkan juga bahasa sms sebab google pun pening macam mana nak translate.. nak sedut DoFollow link blog HH nih sket.. ;-)

    BalasPadam
  6. betul tu.pengaruh besar boleh saya dapat dari blog HH.

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Terima kasih Syira ... in Sha Allah, lepas ni bolehlah apply bila nak komen.

      Padam
  8. good luck. fyna pun nak mempertingkatkan juga kualiti blog sekarang ini.

    BalasPadam
  9. Hanya tinggalkan komen
    Wah tips yang menarik nie
    Thank perkongsian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, buat blogwalking terpilih, lihat mana-mana entri yang boleh berikan impak pada blog, dan komenlah ... bukan semua entri itu ada kesan, kena lihat pada page authority gak .. hehehe

      Padam
    2. Thanks bro..baru tau skill seo ni

      Padam
  10. thanks for sharing this good information..

    BalasPadam
  11. Bagus tips abang, saya harap saya boleh ada good PR sebab sekarang PR 0 ..huhu

    http://www.kacamataview.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk tingkatkan PR ia ambil masa antara 6 bulan hinga setahun .. ia satu benda yang memerlukan proses jangka panjang ..

      Padam
  12. Terima kasih untuk tips yang baik ni. Terbaik

    BalasPadam
  13. memang tidak dinafikan pihak Google sentiasa mementingkan kualiti dalam penulisan blog dan juga komen.
    Saya kadang-kadang masih keliru bagaimana nak menghasilkan komen yang betu-betul berkualiti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, nanti saya tunjuk ajar macamana ehh ..

      Padam
  14. Wah komen pun boleh menjadi penanda aras untuk menaikkan google pagerank...amat menarik

    BalasPadam
  15. Jadinya, komen berkualiti kat blog ni pun boleh lah ye

    BalasPadam
  16. menariknyaa.. mudah plak tu.. terima kasih HH..
    kita pon kenalah tinggalkan komen yang bermanfaat rentetan dari pembacaan sesuatu blog tersebut..

    BalasPadam
  17. Sometimes, komen yang berkualiti ni tak boleh disalah anggap dengan komen yang berjela-jela. Ada sesetengah orang suka hantar komen berjela-jela dah macam entri kat dalam blog. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha itulah pasal, tapi boleh je apply satu teknik komen yang berjela ni .. nanti saya ceritakan.

      Padam
  18. terima kasih tips yang sangat berguna.

    BalasPadam
  19. assalamualaikum hh...menarik tips ni...

    BalasPadam
  20. jarang blogger malaysia yg buat komen2 terbaik mungkin sebab tak faham apa fungsi komen, lepas baca entri ni barulah faham, kenalah tambah skill tulis komen sebab penting utk naikkan PR blog

    bukan tulis entri blog saja perlu bersungguh2, nak tulis komen pun kena serius jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ada skill tertentu untuk memastikan ia berjaya.

      Padam
  21. terima kasih atas perkongsian .. lepas ni kena blogwalking kerap la skit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuma nak tanya lebih lanjut komen dofollow dan nofollow blog

      Padam
  22. luar biasa tulisannya, salam kenal ya

    BalasPadam
  23. Sgt membantu & bermanfaat info ni HH.. t kasih..

    BalasPadam
  24. begitu rupanya.. harap2 PR boleh meningkat lepas komen kat sini

    BalasPadam
  25. Tuan Hasrul..macam mana kita nak tahu backlink yg kita akan dapat dari sebuah blog tu Do Follow atau No Follow?

    Ada apa-apa petua atau tips utk kenal pasti perkara tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah rasanya berikan caranya ..

      Tak mengapa, paling mudah guna plugin untuk internet browser .. kalau Firefox .. tak silap dofollow apa ntah ..

      Padam
  26. ok kena selalu komen dekat blog-blog..biasa jadi silent reader je..hihi

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum wbt.

    Tuan sy nak tanya skit berkenaan komen dgn link ni. Kalu sy guna blogspot lepas tu skrg ni dia yg .com dah ditukar kepada .my .Jadi macam mana ya seo perlu kepada promote .com atau .my . Terima kasih tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Secara amnya tidak perlu. Tapi ia akan jejaskan dari segi kebolehpercayaan sbb link dah banyak jadi broken dalam enjin carian.

      Syor untuk buat dari A-Z untuk promosi semula. Atau kalau boleh buat fungsi redirect.

      Padam
  28. sangat bermanfaat bisa saya terapkan di web saya http://www.gadaibpkbku.com/

    BalasPadam
  29. saya terapkan di blog saya hasilnya bagus

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement