Fakta hangat ni, ketahui bahawa ada sembilan (9) negara di dunia yang tiada cukai pendapatan atau income tax. Benarkah? Dan mengapa negara-negara tersebut boleh tiada cukai pendapatan? Ok, mari baca blog post saya ini sebagai satu perkongsian pengetahuan am yang mungkin perlu anda tahu, almaklumlah ramai antara kita adalah pembayar cukai negara.

Terdapat 9 negara tanpa cukai pendapatan yang telah disenaraikan oleh CompareHero.my. Negara-negara tersebut sememangnya negara-negara kaya, jadi pemeritahan negara tersebut tidak memerlukan rakyatnya untuk keluar duit dan berikan kepada kerajaan sebagai salah satu punca pendapatan.
9 Negara Tanpa Cukai Pendapatan (Income Tax)
Gambar hiasan. Kredit Foto: mybiebie
Saya suka nak buat blog post ini memandangkan isu cukai hangat diperkatakan sekarang. Cuma saya lari sikit daripada tajuk perbincangan hangat isu tersebut, lebih kepada fakta hangat mengenai sistem cukai negara lain yang tidak mengenakan cukai pendapatan sepertimana Malaysia yang secara amnya memperoleh pendapatan hasil dari cukai, dan income tax antara sumber utama kewangan negara.

9 Negara di Dunia Tanpa Cukai Pendapatan (Income Tax)

Emiriyah Arab Bersatu (UAE)

UAE mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi iaitu pada $49,000 dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak $360 bilion. Walaupun tiada income tax untuk jana pendapatan negara, UAE mengenakan cukai kepada syarikat-syarikat minyak sehingga 55% dalam cukai korporat. Selain daripada itu, mereka mengenakan 30-50% cukai ke atas alkohol. Terdapat juga cukai tidak langsung lain, seperti bayaran perumahan, cukai perbandaran, tol jalan raya, dan caj perkhidmatan
Kuwait - 9 Negara Tanpa Cukai Pendapatan (Income Tax)

Kuwait

Negara yang pernah dijajah oleh Iraq ini mempunyai rizab minyak keenam terbesar di dunia, yang mewakili 75% daripada hasil kerajaan, menjadikan KDNK negara ini $173 bilion. Selain daripada petroleum dan gas asli, Kuwait mempunyai industri yang berkaitan dengan perkapalan, pembinaan, simen, dan penyahgaraman air. Seperti negara-negara Timur Tengah yang lain, cukai korporat adalah satu lagi cara untuk mendapat pendapatan di Kuwait; pendapatan syarikat-syarikat asing dikenakan cukai pada 15%. Pekerja dengan kewarganegaraan Kuwait juga menyumbang 7.5% daripada pendapatan mereka bagi liabiliti keselamatan sosial, dan majikan menyumbang 11%; lebih kurang seperti KWSP.

Kepulauan Bahamas

Sebuah negara di Caribbean, ia bergantung kepada pembiayaan luar pesisir dan pelancongan sebagai industri utama ekonomi. 36% daripada $11.4 bilion KDNK negara ini adalah daripada perkhidmatan kewangan, dan lebih daripada 60% daripada industri pelancongan. Selain daripada tiada cukai pendapatan, Bahamas juga tidak kenakan sebarang cukai korporat, mahupun cukai nilai tambah dan cukai keuntungan modal. Cukai gaji, bagaimanapun, yang dikenakan pada 3.9% dibayar oleh pekerja dan 5.9% yang dibayar oleh majikan.

Bahrain

Sebuah lagi negara kaya di Timur Tengah, Bahrain bergantung kepada petroleum dari medan minyak yang dikongsinya bersama dengan Arab Saudi. Sumber utama pendapatan negara merangkumi 70% daripada hasil bajet negara, 60% daripada eksport, dan 11% daripada KDNK. Eksport kedua terbesar selepas minyak adalah aluminium, diikuti oleh kewangan dan pembinaan. Negara ini mengalami krisis ekonomi pada tahun 2011, tetapi pulih dengan perkembangan industri pelancongan yang meningkat pada tahun 2012. Pekerja menyumbang 6% daripada pendapatan bulanan mereka kepada keselamatan sosial, manakala majikan meliputi 9%.

Kepulauan Cayman

Salah satu negara kecil yang merupakan Wilayah Luar kepunyaan British. Kepulauan Cayman adalah kumpulan tiga pulau di Caribbean. Sumber-sumber utama pendapatan negara ini adalah cukai tidak langsung. Negara ini mengenakan cukai sehingga 22% bagi duti import. Memandangkan negara ini adalah sebuah negara bebas cukai, ia menjadi pusat kewangan luar pesisir yang berkembang maju dengan lebih 93,000 syarikat yang berdaftar pada tahun 2008 termasuk 300 bank, 800 syarikat insurans, dan 10,000 dana bersama. Mata wang tempatan, Dolar Cayman Island (KYD), ditambat selepas Dolar Amerika Syarikat (USD) pada kadar yang tetap iaitu 1KYD kepada 1.2 USD.  Pada tahun 2008, 70% KDNK negara ini disumbangkan menerusi sektor pelancongan iaitu dengan nilai $3.28 bilion.

Qatar

Sebuah negara Timur Tengah yang mempunyai KDNK sebanyak $183 bilion, menurut Forbes.com, lebih daripada 50% hasil eksport minyak dan gas dijadikan sumber pendapatan. Pada tahun 2013, Majalah Global Finance menamakan Qatar negara paling kaya di dunia, berdasarkan KDNK dari Pariti Kuasa Beli (Purchasing Power Parity). Kerajaan tempatan di sini juga tidak mengenakan apa-apa cukai jalan, cukai kereta, cukai majlis atau cukai nilai tambah (VAT). Entiti perniagaan dicukai pada kadar rata 10% cukai korporat, bagaimanapun, dan ada cukai kerajaan sebanyak 7% di hotel-hotel dan restoran. Kos sara hidup di Qatar, bagaimanapun, adalah sangat tinggi.

Bermuda

Sebuah lagi negara milik British di luar negara, ekonomi negara pulau ini dijana dari insurans luar pesisir dan insurans semula, serta sektor pelancongan. KDNK per kapita adalah hampir 70% lebih tinggi daripada Amerika Syarikat, pada $86,000 pada tahun 2011. Sebagai ganti sistem cukai pendapatan, Bermuda mempunyai cukai penggunaan (VAT, caj perkhidmatan, dan sebagainya), cukai gaji, cukai hartanah, dan duti import yang tinggi. Oleh kerana itu, Bermuda adalah dianggap sebagai antara senarai negara-negara dengan kos hidup yang tinggi di dunia.

Oman

Sama seperti jiran Timur Tengah yang, Oman tidak mempunyai cukai pendapatan. Negara ini juga bergantung kepada hasil minyak, yang mencakupi hampir 70% daripada jumlah pendapatan negara. Seperti negara-negara Timur Tengah yang lain, Oman mengenakan cukai korporat sebanyak 12% bagi perniagaan tempatan dan sehingga 30% bagi perniagaan asing dan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh negara-negara bukan GCC. KDNK negara ini adalah $95 bilion, dan sedang menghadapi masalah kekurangan rizab minyak semula jadi. Oleh kerana masalah ini, kadar pengangguran di Oman telah meningkat kepada 15%, dan menyebabkan kebanyakkan rakyatnya tidak puas hati kepada pemerintahan yang ada.
Oman - 9 Negara Tanpa Cukai Pendapatan (Income Tax)

Brunei Darussalam

Satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak mengenakan cukai pendapatan terhadap rakyatnya.  Terletak di Borneo dan dahulunya naungan British, industri Brunei terutamanya bergantung pada petroleum, gas asli, pembinaan, dan pertanian. KDNK negara pada $ 22.25 bilion, terdiri kebanyakannya daripada eksport petroleum dan gas. Walaupun tidak ada apa-apa cukai pendapatan, rakyat Brunei dikehendaki membayar dana keselamatan sosial amanah sebanyak 5% daripada gaji mereka, dan tambahan 3.5% yang dimasukkan ke dana pencen mereka. Terdapat juga 12% cukai hartanah di ibu negara, Bandar Seri Begawan, dan cukai korporat sebanyak 20% bagi syarikat tempatan dan bukan tempatan.

Daripada senarai yang telah dinyatakan di atas, anda boleh lihat sendiri bahawa kebanyakkan negara-negara yang tidak mengenakan cukai pendapatan adalah negara-negara kaya dengan minyak dan juga bergantung kepada cukai lain yang lebih tinggi.

Malah, kebanyakkan negara-negara ini terutamanya negara di Timur Tengah mempunyai kos sara hidup yang jauh lebih tinggi dari mana-mana negara di dunia. Maka, tidak hairanlah ada rakyatnya yang hidup serba kekurangan, dan melakukan lebih daripada satu kerja.

Sumber: www.comparehero.my



6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. untung mereka tak ada cukai pendapatan...

    BalasPadam
  2. baru tahu...wahhh untungnya mereka...

    BalasPadam
  3. walaupun tak ada cukai pendapatan tapi kos hidup amat tinggi di sana. Terutama di Qatar.

    BalasPadam
  4. Kalau malaysia buat camni pung best Jugak ni

    BalasPadam
  5. Negara kaya pemilik minyak dunia..bertuah rakyat negara mereka..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement