Sekadar nak bantu blogger-blogger remaja yang teringin nak letakkan lagu dalam blog. Widget lagu dalam blog, anda boleh gunakan pemain muzik dari SCM Music Player. In Sha Allah, menerusi blog post ini saya akan beritahu langkah-langkah perlu untuk meletakkan lagu menggunakan SCM Music Player dalam blog anda terutam blog dalam platform blogspot.

Widget lagu dalam blog memang menjadi antara widget kegemaran ramai blogger-blogger remaja, terutama yang baru nak ada blog sendiri. Saya pasti ramai juga blogger lama yang dulunya pernah memasukkan widget lagu dalam blog masing-masing. Tapi kemudiannya buang atas sebab-sebab tertentu. Yang ini saya akan ceritakan di akhir entri, in Sha Allah.

Cara Meletakkan Widget Lagu Dalam Blog


Anda boleh letakkan widget ini dengan sangat mudah dalam blog. Tidak perlu sebarang pendaftaran. Dan ianya adalah percuma. Tiada had meletakkan berapa banyak lagu yang anda suka, terpulang kepada anda. Tetapi percayalah, jika anda letak banyak sekalipun, yang akan dengar sampai habis hanyalah diri anda sendiri sahaja .. hehehe..

Cara Letak Lagu Dalam Blogspot

Ok, pertama sekali anda perlu ke laman web SCM Music Player (klik). Kemudian, lihat gambarajah yang ditunjukkan di bawah ini, dan ikuti langkah-langkah yang diberikan.
Paparan di atas akan anda nampak selepas anda ke laman web SCM Music Player. Pilih 'kulit' yang anda mahukan untuk pemain muzik anda. Saya cadangkan anda menggunakan warna yang senada dengan warna blog atau pilihan yang lebih baik ialah samada hitam atau putih. Hanya klik pada butang pilihan yang ada di hujung (butang bulat).
Selepas memilih, klik tab edit playlist dan paparan di atas akan keluar. Masukkan lagu yang anda mahu mainkan di dalam blog. Cara mudah untuk masukkan lagu adalah menerusi pautan lagu tersebut yang ada di YouTube. Boleh lihat contoh di atas di mana saya masukkan dua pautan lagu dari video lagu berkenaan di YouTube.
Apabila selesai, klik tab ketiga iaitu Configure Setting. Saya nasihatkan anda untuk membiarkan setting yang ada. Cuma mungkin, mahu kelainan, boleh ubah bahagian Appearence. Apabila selesai, anda klik butang di bahagian bawah - Done, dan akan di bawa ke paparan seperti di bawah ini.
Ada kod HTML telah tersedia untuk anda letakkan di dalam blog anda. Malah, sudah diberikan arahan di mana anda patut letakkan kod HTML yang diberikan ke dalam blogspot. Untuk langkah seterusnya, anda perlu salin (copy ctrl-c) kod HTML tersebut dan buka edit HTML blogspot.

Masukkan kod HTML daripada SCM Music Player ke dalam kod HTML blogspot anda seperti ditunjukkan di bawah ini. Tekan ctrl-v untuk paste kod tadi.
Dah siap. Simpan dan cuba lihat hasilnya.

Kekurangan Widget Lagu SCM Player

Awas, saya ada satu ingatan untuk mereka yang mahu letakkan widget ini ke dalam blogspot. Bukan semua blogspot atau template blog boleh menggunakan widget ini. Ada blog yang menggunakan widget ini apabila diletakkan ia akan dibawa ke satu laman web lain, seperti yang pernah saya ceritakan di entri ini - Masalah Blog Papar SCM Music Player

Widget ini juga akan membuatkan loading blog anda jadi sedikit lambat memandangkan ia perlu 'tarik' lagu-lagu yang telah anda masukkan ke dalam senarai lagu. Lagi banyak lagu ada dalam senarai lagu, maka semakin beratlah blog anda, dan kadangkala ia akan berkedip sesekali.

Jangan sesekali anda letakkan autoplay. Ia agak tidak menggembirakan sesetengah pengunjung blog anda.

Widget ini juga antara widget yang sangat mudah dipengaruhi atau dihinggapi virus dan malware. Jadi penggunaannya tidak digalakkan. Sekali kena efeksi virus internet atau malware, akan efek pada semua terutama kepada bloglist yang ada.

Semoga paparan tatacara letak widget lagu dalam blog ini boleh dimanfaatkan sebaiknya.

Ada kebaikan juga. Cuma kena fikir dan olah sendiri. :)

Selamat mencuba.


11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dulu pun penah letak lagu dalam sebelum ni. Tapi, kawan kondem kate die tak suke masuk blog orang lepas tu ada lagu. sebab die pun pasang lagu sendiri dalam pc/laptop. so, blog baru ni dah tak pasang lagu dah. tak pepasal kene x.

    ReplyDelete
  2. teringat masa mula2 buat blog...buat blog kerana asimen subjet ict...kalau masukan lagu dpt markah lebih...tp lama2 berblog terus buang wedget lagi..eheheh...

    ReplyDelete
  3. Maaf, tak faham langkah yang terakhir. Kena past ke dalam HTML blogspot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya buka HTML blogspot .. masukkan kod tersebut di dalam body ..

      Kalau tak jadi, boleh cuba masukkan ikut widget.

      Delete
  4. sy dah ikut step yg HH bg tapi lepas save keluar Error parsing XML, line 2060, column 2: The markup in the document following the root element must be well-formed kenapa yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok. Selalunya kalau dapat error begitu, cuba anda tukarkan mana-mana pembuka penutup kata tersebut - bukan dengan cara copy paste tetapi TAIP.

      Gantikan seperti ini - " ......." tanda tu cuba TAIP dan bukan copy paste. Selamat mencuba.

      Delete
  5. saya dah taip tapi masih x boleh save la HH... ada cara lain ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba letak kod tersebut sebelum kod berikut - penutup body ... (slash Body) / BOdy

      Delete
  6. masih tak boleh save dan keluar benda yang sama...boleh HH tolong tengokkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm ... susah juga ni, terpaksa berikan saya login id dengan password ke blog la macam tu. Email menerusi ruangan contact ye.,

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement