Ramai blogger baru khususnya yang kurang prihatin sedikit mengenai setting komen blogspot. Setting komen blogspot yang betul boleh memberikan impak yang besar terutama untuk mendapatkan komen-komen terbaik daripada pengunjung blog. Dalam blog post ini, saya ingin berikan tips setting mudah untuk komen blogspot, agar ia mesra pengunjung dan pembaca blog.

Setting mudah ini yang mesra pengunjung dan pembaca untuk tinggalkan komen boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut. Sila lihat setting yang telah saya tetapkan untuk blog ini. Tiru sahaja ok .. :)

Tips dan Petua Setting Komen Blogspot



Anda boleh jumpa paparan seperti di atas di bahagian dashboard-Settings-Posts and comments.

Apa yang sebenarnya anda buat dengan mengubah setting berkenaan?

Comment Location - Embedded

Ruangan komen atau kotak komen blog anda diletakkan di bawah entri, tidak melibatkan sebarang popup atau menjadikan ia satu page penuh. Dengan cara ini, pengunjung dan pembaca boleh terus komen di bawah entri dengan seronok dan senang hati.

Who can comment?

Saya setkan kepada sesiapa sahaja. Memandangkan sistem penapisan Spam blogspot sudah nampak ok, cara begini digalakkan dilakukan supaya membolehkan lebih ramai pembaca komen entri dituliskan. Cuma agak renyah sedikit apabila terpaksa memadamkan komen-komen spam yang akan terkumpul di bahagian spam sistem komen. Anda juga akan terpaksa memadamkan komen-komen spam ini di dalam inbox email anda.

Comment Moderation

Sebagai langkah berjaga-jaga terhadap spam komen yang mungkin menyerang, saya setkan ke Sometimes, dengan komen yang ditinggalkan pada entri-entri lebih dari setahun supaya diberikan penilaian terlebih dahulu - iaitu komen yang ditinggalkan dalam entri berkenaan perlu disahkan terlebih dahulu (mendapat persetujuan pemilik blog). Spam selalunya akan ditinggalkan pada entri-entri lama yang sudah berada lama dalam enjin carian. Apabila anda setting Always, setiap kali orang meninggalkan komen, setiap kali itulah anda terpaksa approve komen yang ada.

Show word verification

Selalunya dalam bahasa lain ia dipanggil paparan Captcha iaitu pengomen perlu menulis satu blockage atau kata laluan tertentu yang dipaparkan. Ini adalah satu sistem blogspot untuk mengelakkan komen ditulis oleh robot dari software tertentu.

Show backlinks

Untuk memberikan galakan komen ditinggalkan, saya benarkan backlinks dipaparkan. Ia penting dari sudut SEO.

Comment Form Message

Jadikan kotak komen anda menarik dengan meletakan sedikit galakan. Anda boleh tulis apa-apa di ruangan ini, namun selalunya ramai blogger akan menulis ucapan terima kasih.

Harapnya dengan tips ini akan membolehkan entri-entri blog anda dapat komen yang anda inginkan. Jika rasa nak cantik lawa cam kotak komen saya ni (ewahhh) .. boleh ikuti panduan di sini - Kotak Komen Hijau

Saya memberikan tips ini (sekali lagi) setelah blogwalking ke banyak blog-blog baru ... :) semoga tips ini akan dapat perbaiki kelemahan yang ada.

Oh ya, anda boleh sahaja menukar setting di atas bila-bila masa yang diperlukan mengikut kesesuaian diri anda. Tidak semestinya perkongsian ini satu yang wajib anda ikuti, cuma ia merupakan satu tips setting yang dapat menjadikan entri blog anda meriah sedikit dengan komen-komen dari pengunjung.

Selamat mencuba, test dan try ..




15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. assalam....owh okay, saya dah faham sekarang, terima kasih atas penerangan yg panjang lebar lg berguna...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama .. :) moga akan berikan kebaikan dan manfaat bersama, in Sha Allah.

      Padam
  2. setting sy xkua mcm pic comment setting tuan. camno tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pic comment yang mana? Yang captcha tu ke? Ynag tu jangan ikut... :)

      Padam
  3. paling penat bila ada yang guna word verification tu...berjahit nak mengomen...

    BalasPadam
  4. Mmg seronok komen klu blognya tak bnyk halangan.. taip & publish je. T kasih HH atas nasihat ni.. :)

    BalasPadam
  5. ramai blogger blogspot yg ambil mudah hal ni....

    BalasPadam
  6. kalau salah tekan kat bahagian verification...memang boleh mendatangkan stress..

    BalasPadam
  7. bagus ni even dah berkali2 diberitahu tapi ramai lagi yg tak tahu. terima kasih sifu

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas perkongsian yg bermanafaat ini. Sy akan cuba apply dekat blog sy pulak..

    BalasPadam
  9. Terima kasih Tuan Hasrul di atas perkongsian ini. Selesai sudah settingnya. :-)

    BalasPadam
  10. terima kasih HH sy berjaya settingnya :)

    BalasPadam
  11. Terima kasih ... kerana berkongsi :)

    BalasPadam
  12. boleh tak nak buat bila kita reply komen tu akan sampai kat email orang yang komen tu ya?


    jom jenguk sini ya.. hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement