Setting mudah ini yang mesra pengunjung dan pembaca untuk tinggalkan komen boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut. Sila lihat setting yang telah saya tetapkan untuk blog ini. Tiru sahaja ok .. :)
Tips dan Petua Setting Komen Blogspot
Anda boleh jumpa paparan seperti di atas di bahagian dashboard-Settings-Posts and comments.
Apa yang sebenarnya anda buat dengan mengubah setting berkenaan?
Comment Location - Embedded
Ruangan komen atau kotak komen blog anda diletakkan di bawah entri, tidak melibatkan sebarang popup atau menjadikan ia satu page penuh. Dengan cara ini, pengunjung dan pembaca boleh terus komen di bawah entri dengan seronok dan senang hati.Who can comment?
Saya setkan kepada sesiapa sahaja. Memandangkan sistem penapisan Spam blogspot sudah nampak ok, cara begini digalakkan dilakukan supaya membolehkan lebih ramai pembaca komen entri dituliskan. Cuma agak renyah sedikit apabila terpaksa memadamkan komen-komen spam yang akan terkumpul di bahagian spam sistem komen. Anda juga akan terpaksa memadamkan komen-komen spam ini di dalam inbox email anda.Comment Moderation
Sebagai langkah berjaga-jaga terhadap spam komen yang mungkin menyerang, saya setkan ke Sometimes, dengan komen yang ditinggalkan pada entri-entri lebih dari setahun supaya diberikan penilaian terlebih dahulu - iaitu komen yang ditinggalkan dalam entri berkenaan perlu disahkan terlebih dahulu (mendapat persetujuan pemilik blog). Spam selalunya akan ditinggalkan pada entri-entri lama yang sudah berada lama dalam enjin carian. Apabila anda setting Always, setiap kali orang meninggalkan komen, setiap kali itulah anda terpaksa approve komen yang ada.Show word verification
Selalunya dalam bahasa lain ia dipanggil paparan Captcha iaitu pengomen perlu menulis satu blockage atau kata laluan tertentu yang dipaparkan. Ini adalah satu sistem blogspot untuk mengelakkan komen ditulis oleh robot dari software tertentu.
Show backlinks
Untuk memberikan galakan komen ditinggalkan, saya benarkan backlinks dipaparkan. Ia penting dari sudut SEO.Comment Form Message
Jadikan kotak komen anda menarik dengan meletakan sedikit galakan. Anda boleh tulis apa-apa di ruangan ini, namun selalunya ramai blogger akan menulis ucapan terima kasih.Harapnya dengan tips ini akan membolehkan entri-entri blog anda dapat komen yang anda inginkan. Jika rasa nak cantik lawa cam kotak komen saya ni (ewahhh) .. boleh ikuti panduan di sini - Kotak Komen Hijau
Saya memberikan tips ini (sekali lagi) setelah blogwalking ke banyak blog-blog baru ... :) semoga tips ini akan dapat perbaiki kelemahan yang ada.
Oh ya, anda boleh sahaja menukar setting di atas bila-bila masa yang diperlukan mengikut kesesuaian diri anda. Tidak semestinya perkongsian ini satu yang wajib anda ikuti, cuma ia merupakan satu tips setting yang dapat menjadikan entri blog anda meriah sedikit dengan komen-komen dari pengunjung.
Selamat mencuba, test dan try ..
assalam....owh okay, saya dah faham sekarang, terima kasih atas penerangan yg panjang lebar lg berguna...hehe
BalasPadamSama-sama .. :) moga akan berikan kebaikan dan manfaat bersama, in Sha Allah.
Padamsetting sy xkua mcm pic comment setting tuan. camno tu?
BalasPadampic comment yang mana? Yang captcha tu ke? Ynag tu jangan ikut... :)
Padampaling penat bila ada yang guna word verification tu...berjahit nak mengomen...
BalasPadamMmg seronok komen klu blognya tak bnyk halangan.. taip & publish je. T kasih HH atas nasihat ni.. :)
BalasPadamramai blogger blogspot yg ambil mudah hal ni....
BalasPadamkalau salah tekan kat bahagian verification...memang boleh mendatangkan stress..
BalasPadambagus ni even dah berkali2 diberitahu tapi ramai lagi yg tak tahu. terima kasih sifu
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian yg bermanafaat ini. Sy akan cuba apply dekat blog sy pulak..
BalasPadamTerima kasih Tuan Hasrul di atas perkongsian ini. Selesai sudah settingnya. :-)
BalasPadamterima kasih HH sy berjaya settingnya :)
BalasPadamTerima kasih ... kerana berkongsi :)
BalasPadamboleh tak nak buat bila kita reply komen tu akan sampai kat email orang yang komen tu ya?
BalasPadamjom jenguk sini ya.. hehe
Boldh, kena subsribe komen tu o ..klik notify
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.