Tips Loading Blog Pantas dari Google

Tips loading blog pantas memang dicari ramai blogger, kerana ia merupakan entiti utama untuk memberikan pengalaman baik bagi setiap pengunjung blog, terutama sekali pengunjung pertama kali. Kalau dah jadi pembaca tegar blog ... hal ini tak jadi masalah sangat, kerana mereka memang mahu baca blog anda. Tetapi sebagai seorang blogger yang baru nak berjinak dengan dunia blog, dan mahu dapat first impression yang bagus, maka ikutilah tips loading blog pantas ini yang telah diberikan oleh Google.

Sebelum ini, saya pernah menulis mengenai tips lain berkaitan loading blog ini. Ada beberapa tips loading blog yang boleh anda amalkan untuk blogspot anda. Antaranya ialah ...

Tips Loading Blog Pantas

Tips Loading Blog Pantas dari Google

Blog post di atas adalah antara catatan-catatan saya tentang bagaimana nak bagi pengalaman bagus untuk pengunjung blog jadi suka dengan blog berkaitan kadar loading blog (kepantasan blog untuk papar isi kandungan secara keseluruhan).

Tips Loading Blog Pantas dari Google

Sekarang, saya kongsikan tips loading blog pantas dari Google pula. Lihat cadangan yang diberikan oleh Google sebagai salah satu enjin carian utama di internet. Tips - Make your blog load faster.

Berkaitan Blog Post

Pastikan jumlah post di laman utama anda minima, cadangan dari Google ialah, kurang dari 10 post. Macam blog saya, saya hanya letak 5 sahaja, memandangkan saya gunakan banyak gambar yang akan beri kesan pada kadar loading blog.
Tips Loading Blog Pantas dari Google

Tips Loading Blog Pantas dari Google

SkripJava dan Pautan (Link)

Google beri nasihat supaya hanya gunakan skrip (javascript) dan widget daripada Blogspot/Google sahaja. Namun, jika mahu gunakan skrip luar atau widget luar, pastikan ia diletakkan dalam kod HTML di bawah sekali. Dan jika diletakkan di bahagian sidebar, pastikan ia berada di sidebar bahagian bawah sekali.

Imej dan Video

Semakin banyak imej atau video yang ada dalam blog akan membuatkan paparan blog lambat nak keluar. Namun, imej dan video adalah salah satu cara terbaik untuk menarik perhatian pengunjung blog kekal berada lama di dalam blog. Ia berikan pengalaman menarik buat mereka yang pertama kali singgah. Untuk itu, Google berikan beberapa tips tambahan berkaitan imej dan video yang ingin dimasukkan ke dalam blogspot.
  • Kecilkan saiz gambar anda dalam blogspot, atau gunakan fungsi thumbnail yang ada link ke imej penuh (saiz lebih besar).
  • Jika guna third-party seperti imej dari photobucket, flickr, sila download dan letakkan dalam Picasa Web Album menerusi editor post yang ada dalam blogspot.
  • Andai anda ada banyak gambar untuk dipaparkan bagi satu-satu tajuk entri blog anda, dinasihatkan anda buat satu album khas dalam Picasa Web Album, dan gunakan pautan bagi diletakkan dalam entri atau di bahagian sidebar blog anda.

CSS - Rekabentuk

Pastikan kod-kod berkaitan rekabentuk ini (CSS) berada di bahagian atas kod HTML blogspot anda. Jangan sesekali letakkan di bawah atau di akhir kod HTML blogspot kerana ia akan membuatkan segala-galanya jadi haru biru.

Selamat mencuba.



{ 16 comments.. read them below or add one }

Maria Firdz Maria Firdz April 16, 2014
tips yg berguna... thanks sharing... :)
Diyana Hani Diyana Hani April 16, 2014
tips yang sangat berguna kepada newbie terutamanya..Terima kasih sebab kongsikan tips ini HH...
Aisyah Ambris Aisyah Ambris April 16, 2014
thanx,... mcm ni rupanyaaa...ohhh ok...
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid April 16, 2014
great piece of sharing abang hh....
wafacw wafacw April 16, 2014
Blog saya loading hingga 6 saat dan sangat-sangat lah tak pantas. Boleh guna tips ni untuk buat pembaikan... tapi bab CSS tu memang tak reti langsung, so tak berani ubah apa-apa bila mai tang coding tu...
Umi Nazrah Umi Nazrah April 16, 2014
saya pun tak suka kalau blog lambat loading. cemuih dok tunggu :D
akubiomed akubiomed April 16, 2014
Kalau guna sharing hosting kira bernasib baiklah kalau boleh kurang 3s.
Shark Kay Shark Kay April 16, 2014
kadang2 kompius jugak..
blog berat atau internet lembap..
hehe..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 16, 2014
Terima kasih Maria Firdz ... semoga boleh dipraktikkan dengan baik.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 16, 2014
Sama-sama Diyana ... tips ini dari Google, moga nanti blog boleh makin laju .. :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 16, 2014
Hehehehe .. macam la saya ni reti sangat ... :) apapun kita sama2 belajar.
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah April 16, 2014
kalau internet laju...page loading terasa cepat juga..
Siti Anirah Azuri Siti Anirah Azuri April 17, 2014
Thanks bro.. Tapi blog ambe rasanya widget kiri ni tak laju lagi lah..
lambar kuar..
aeinna Musa aeinna Musa November 07, 2015
banyak x faham bab ni..hehe..HH, boleh tgk loading time blog ena tak? laju ke lajuu?hee

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.