Awal tahun 2013, saya pernah bercerita mengenai 3 saat bernilai untuk sebuah blog. Dalam entri tersebut, saya beritahu bahawa 3 saat pertama sangat penting bagi membolehkan blog samada terus dikunjungi atau tidak. Ya, blog perlu 3 saat untuk menjadikan ia sebuah blog yang bernilai.

Apakah nilai yang saya maksudkan?

Blog Perlu 3 Saat untuk Jadi Bernilai

Sebab loading blog perlu 3 saat

Katakan blog anda ada iklan, bagaimana iklan itu mahu dipaparkan jika dalam masa 3 saat, blog anda masih terhegeh-hegeh nak load ... jika tidak 100%, sepatutnya dalam 3 saat, blog anda sudah ada paparan hampir penuh, memenuhi 80% daripada paparan sebenar blog anda.

Letaklah sampai 10 iklan pun, kalau dalam masa 3 saat blog anda gagal keluar penuh, apa gunanya?

Itu bab iklan, bagaimana pula dengan isi kandungan blog anda? Bagaimana dengan entri terbaru yang anda mahu pengunjung baca? Gagal dalam masa 3 saat bererti sia-sialah anda reka cipta, tulis sampai larut malam, fikir bagai nak rak entri anda yang cecah sampai 600 patah perkataan tu. Lagi kerja sia-sia.

Anda kehilangan bakal pembaca dan pembaca setia, dan anda hilang juga nilai blog anda untuk membolehkan blog menjana pendapatan.

3 saat begitu penting. Jika anda ambil berat mengenai blog anda, maka dan seharusnya anda perlu pastikan blog anda berada di dalam keadaan 3 saat ini. Buat sehingga jaya. Buang mana yang tak perlu dan menjadikan blog anda berat dan sarat, termasuklah iklan dalam blog!

Cara Periksa Kadar Loading Blog

Tak tahu nak periksa loading blog anda? Anda boleh gunakan cara yang saya gunakan ini, menerusi Pingdom.com, hanya letakkan URL blog anda dan lihat analisis yang diberikan. Di situ anda akan diberikan idea untuk membolehkan blog anda berada di dalam 3 saat yang bernilai.

Cara check kadar loading blog


Anda juga boleh dapatkan masa loading blog anda menerusi iWebtool.com berikut:
Blog perlu berada dalam keadaan penuh dalam 3 saat

Gunakan beberapa cara untuk periksa kadar loading blog anda, bukan sahaja blog tetapi juga URL setiap entri anda. Setiap perkhidmatan akan berikan bacaan berbeza, tetapi bagi saya, lebih baik ambil yang berikan bacaan paling teruk supaya kita tak mudah rasa puas hati.

Selamat mendapatkan 3 saat untuk blog anda.



7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bagus perkongsian ini, saya mmg memerlukan pengetahuan ni ukt check loading blog, tq HH..:)

    BalasPadam
  2. HH, boleh tak kongsikan tutorial nak ringankan blog. saya dah terlupa la camane

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian
    blog saya 3.36saat :(

    BalasPadam
  4. Terima kasih tuan HH atas perkongsian ini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement