Ramai yang mungkin nak tahu, dari mana awalnya saya belajar mengenai SEO (Search Engine Optimization)? Maka, dalam blog post ini, saya akan ceritakan serba ringkas tentang pendedahan awal saya berkaitan ilmu blog berkaitan SEO ini. Harap ada yang sudi baca dan cedok ilmu yang dikongsikan.

Bagaimana Awalnya Saya Belajar Mengenai SEO?

Gara-Gara Gila Nak Buat Duit Online

Pertama sekali, saya mula buat blog hanya kerana tarikan buat duit secara online. Saya giat cari cara untuk tambah income saya bagi langsaikan hutang yang ada, lebih-lebih lagi hutang dari kad plastik yang banyak buat orang muda muflis.

Ketika itu, kebanyakkan blog saya adalah dalam bahasa Inggeris, dan saya menjadikan Adsense sebagai salah satu cara untuk jana income menerusi blog. Saya wujudkan beberapa blog yang ada niche sendiri. Paling banyak adalah blog berkaitan online marketing. Artikel saya ambil daripada beberapa direktori artikel yang membolehkan artikel disalin tampal dengan sah (atau dengan izin) ke dalam blog. Masa tu, tak timbul isu copy paste ... sebab backlink dah tersedia, hanya salin bulat-bulat dan letak dalam entri. Google pun tak marah masa tu, dan Adsense saya berjalan seperti biasa.

Kemudian, saya sedari sesuatu.

Online Marketing - Penting SEO

Banyak artikel marketing menyebut tentang SEO. Apatah lagi apabila ia berulang kali mengatakan bahawa penting untuk seorang blogger yang mahu income dari blog supaya menerapkan penulisan di blog yang ada ciri SEO ini.

Saya pun, secara bertatih belajar mengenai SEO daripada blog-blog dan laman web yang bercerita pasal perkara tu. Dan antara blog yang banyak saya refer adalah Problogger.net. Malah saya melanggan semua newsletter yang disediakan oleh blogger Darren Rowse ini, antaranya Digital Photography (belajar teknik ambil gambar).

Bagaimana Awalnya Saya Belajar Mengenai SEO?
Bagaimana Awalnya Saya Belajar Mengenai SEO?


Dalam proses belajar tu, dah beberapa kali blog saya dirombak template, sampai pernah sekali saya hampir putus asa.

Template SEO yang paling best pernah saya gunakan ialah .... baca sini - Thesis Template for Blogspot malah saya juga pernah mencuba template SEO lain di sini - Dua Variasi Template Mesra SEO Blogspot

Semua template yang saya gunakan, saya buat beberapa perubahan supaya sesuai dengan citarasa selain menambahkan lagi kemungkinan entri dan blog berada di halaman enjin carian.

Dan dari situ, saya beralih belajar teknik SEO yang lain, terutama berkaitan Seni On-Page SEO dan Off-Page SEO.

Banyak juga pendedahan blogger-blogger hebat seperti Eizil, AriffShah, Kujie, Akma Omar dan beberapa nama lain yang tak dapat nak disenaraikan semua yang mempengaruhi cara saya menulis teknik SEO ini.

Berani Untuk Mencuba

Satu benda yang paling penting dalam belajar mengenai SEO ialah keberanian untuk mencuba, praktikkan di dalam blog. Mungkin ada masa ia undang bahaya dek kerana ilmu koding yang tak seberapa, tapi in Sha Allah, ia berbaloi untuk maju dengan blog sendiri.

Blog saya pernah kena malware, pernah hilang, pernah kena penalti Google, pernah dibuat semula, pernah juga domain name dibeli oleh orang lain! Itu antara pengalaman yang banyak saya belajar.

Inilah sedikit sebanyak yang saya boleh katakan mengenai bagaimana awalnya saya belajar mengenai SEO ....

Belajar mengenai SEO bukan sehari dua, tapi bertahun. Dan lebih mencabar lagi apabila teknik SEO itu berubah dari tahun ke tahun. Hari ini, mungkin nampak banyak entri blog ini di carian Google, esok lusa mungkin tidak. Jika saya tak belajar lagi dan lagi ... dan anda pula lebih cekap daripada saya, in Sha Allah .... anda bakal jadi blogger yang lebih hebat.




15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. apa yg penting setiap blogger tahu cara nak optimize blog memasing dr awal..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, dari awal .. tapi kalau tengah jalan cam aku pun leh gak Reezluv. :)

      Padam
  2. "Satu benda yang paling penting dalam belajar mengenai SEO ialah keberanian untuk mencuba, praktikkan di dalam blog."

    Betul tuan. Kena berani mencuba. Tapi masalahnya sampai sekarang saya tak jelas sangat macam mana SEO ni bekerja? Huhu

    BalasPadam
  3. saya juga akan belajar, belajar dan belajar :D
    in sha allah....

    singgah sini.. moga tuan blog dimurahkan rezekiii... amiiin

    BalasPadam
  4. Cabaran dan dugaan itulah yang membuatkan SEO ini menarik dan menyeronokkan. Tambahan pula ianya sering berubah dan berseni...maka ianya sesuatu yang sentiasa perlu dipelajari dan difahami.

    Ini baru belajar peringkat awal belajar...akan saya nantikan seterusnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Bin Muhammad, cabara yang kadangkala pening pala ooo ..

      Padam
  5. Belajar menulis blog ni memang sampai bila-bila pun tak kan khatam. Dunia online ni perubahannya pantas, hari ni kita buat orait belum tentu besoknya tu akan orait juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau blogger part time nak main-main SEO ni dengan belajar sendiri, memang susah la .. :) tidak dinafikan satu kelebihan blogger sepenuh masa.

      Padam
  6. masih lagi belajar dan terus mencuba sehingga berjaya...

    BalasPadam
  7. Byk kali jatuh jd byk kali bangun dengan semangat yg makin kuat. Kalau minat tu dh mmg dalam 'darah', jatuh byk kali pun takper kan Hasrul Hassan? Hihi

    BalasPadam
  8. nad pun masi belajar..kalau boleh berkongsi ilmu lagi seronok..=)..terima kasih bang hh sebab share perkara macam ni

    BalasPadam
  9. susah betul gua nak lepas komen kat blog lu nih. haiyaa....malam-malam baru bukak kahh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku siang aku buka Titan .. memalm ni .. kang nak tido aku tutup la kasik setting Registered User tu ....aku tido paling lewat jam 4 ... huhuhu

      Padam
  10. Mmg bnyk lg yg saya perlu belajar.. t kasih atas perkongsian HH..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement