Langkau ke kandungan utama

Tips Entri Berada Dalam Enjin Carian Kurang 30 Saat!

Jika anda dah baca mengenai ciri-ciri top blog, tentu anda perasan bahawa salah satu ciri top blog ialah mempunyai trafik mantap. Untuk mendapatkan trafik yang mantap ini, salah satu caranya ialah dengan membolehkan blog atau entri anda berada di halaman enjin carian. In Sha Allah, di dalam entri ini saya nak bongkarkan rahsia saya atau tips entri berada di top enjin carian kurang daripada 30 saat!

Erkk... 30 saat? Biar betul!

Ada blogger yang sukar nak menempatkan entri-entrinya di halaman carian seperti Google dalam jangkamasa singkat. Ada blogger yang dah tulis entri sebulan sudah, baru nampak entrinya di dalam enjin carian untuk kata kunci tertentu. Bukan entrinya tidak bermutu, tetapi mungkin usahanya untuk menempatkan entri dan blognya dalam enjin carian itu belum cukup lengkap lagi.

Tips dan Rahsia Entri Saya Berada Dalam Enjin Carian Kurang 30 Saat!

Saya mahu dedahkan kepada anda semua bagaimana entri saya boleh berada di laman utama enjin carian Google kurang dari 30 saat! Tak percaya? Ok bukti saya berikan di bawah ini.
Tips dan rahsia entri tersenarai di enjin carian kurang 30 saat

Entri yang saya maksudkan ialah entri - Rahsia Menjadi Top Blog yang saya terbitkan sebelum entri ini ditulis.

Lihat betul-betul pada paparan di atas. Dengan menggunakan kata kunci "rahsia menjadi top blog", entri saya berjaya berada di laman pertama enjin carian dalam masa kurang daripada 30 saat atau dengan lebih tepat lagi berada di enjin carian dalam masa 29 saat sahaja.
Anda tentu nampak pelik kan ada 3 entri saya berada di enjin carian. Yang itu adalah menerusi teknik SEO blogspot yang saya gunakan. Bab tu anda boleh cari sendiri dalam blog ini, saya dah dedahkan dan kongsikan untuk anda cuba.

Jadi, apakah rahsia dan tips yang membuatkan entri saya diletakkan dalam enjin carian kurang 30 saat selepas ia diterbitkan?

Jeng....jeng...jeng ....

Rahsianya ialah saya menggunakan khidmat Google Webmaster Tools - Crawl URL. Ia satu perkhidmatan percuma, cukup mudah dan pantas. Sesiapa pun boleh menggunakannya.

Untuk menggunakan servis ini, anda perlu login ke akaun Google anda dahulu. Kemudian pergi ke pautan ini - https://www.google.com/webmasters/tools/submit-url. Paparan seperti di bawah akan muncul.
Tips entri tersenarai di enjin carian kurang 30 saat
Anda hanya perlu masukkan URL entri blog anda ke dalam kotak URL yang disediakan. Isi Captcha disediakan, dan walla .... selesai.

Anda dah boleh periksa terus samada entri anda itu telah disenaraikan atau belum. Jika blog anda ada kekuatan SEO, in Sha Allah .... entri blog anda boleh tersenarai kurang daripada 30 saat, malah boleh dapat kurang daripada 15 saat!

Dapatkan banyak lagi tips dan petua blogging daripada saya dengan mengikuti Fanpage HASRULHASSAN.COM. In Sha Allah, saya akan kongsikan secara ringkas dari semasa ke semasa.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Ilmu baru... thanks yea HH :)

    BalasPadam
  2. wah....memang teruja kalau dapat kurang dari 30 saat.....

    BalasPadam
  3. Saya sendiri dah praktis. Memang berkesan.

    BalasPadam
  4. wow! terima kasih atas elmu baru ni tuan..

    BalasPadam
  5. Terima kasih..berguna untuk saya yang baru berblog

    BalasPadam
  6. waaaahhhhh terima kasih bro HH.. terus mencuba

    BalasPadam
  7. Bro HH ni memang tak kedekut ilmu.. banyak lagi sy nak selongkar ni..hehe

    BalasPadam
  8. terima kasih ilmunya ^_^

    BalasPadam
  9. wow.. knowledge baru ni.. tq

    BalasPadam
  10. thanks for sharing abang HH...

    BalasPadam
  11. Woahhh.. nk try ni.. esok zara buat ! Thnks !! ^^

    BalasPadam
  12. Terima kasih.. Terima kasih.. Sangat banyak membantu.. =)

    Visit My Blog

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…