Langkau ke kandungan utama

Cari Informasi Terkini #MH370 Online

#MH370 menjadi topik bualan hangat serata dunia dan serata platform dunia online. Semua mahu mencari informasi terkini berkaitan tragedi yang telah berlaku ke atas pesawat yang dikatakan hilang daripada paparan radar. Apa yang sebenarnya berlaku ke atas kapal terbang jenis Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) MH370?

Secara amnya, tiada siapa pun yang tahu. Yang ada hanyalah spekulasi, teori dan pendapat. Tiada berita informasi yang boleh disahkan (setakat entri ini ditulis) tanpa kebenaran dan kesahihan daripada pihak berwajib yang terlibat.

Cari Informasi dan Berita Terkini #MH370 Secara Online

#prayformh370 - Cari Informasi Terkini #MH370 Online

Apa yang kita tahu mengenai pesawat MH370? Ok, mari kita semak mengenai pesawat milik MAS Boeing 777-200 ini.

Informasi dan Fakta Mengenai MH370 Boeing 777-200

Fakta mengenai pesawat MH370 Boeing 777-200

Informasi mengenai pesawat MH370 Boeing 777-200
Bagaimana ia boleh hilang dari radar? Apa yang saya tahu setelah dilaporkan oleh pelbagai sumber berita, ia hilang dari paparan radar pada jam 2:40 pagi 8 Mac 2014. Pesawat ini dijangka mendarat pada jam 6:30 pagi hari yang sama. Seramai 227 penumpang dengan 12 anak kapal berada di dalam kapal terbang terbabit dengan pelbagai kerakyatan.
Peta perjalanan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing
Sumber informasi untuk maklumat terkini mengenai pesawat MH370 ini boleh didapati dengan dua cara berikut (sumber ini adalah daripada kenyataan akhbar MAS pada 8 Mac 2014, 9:00 pagi) :
  • Orang Awam +603 7884 1234
  • Media +603 8777 5698 / +603 8787 1276
Manakala untuk mendapatkan maklumat berkaitan senarai penumpang yang berada di dalam MH370, bolehlah dirujuk pada kenyataan akhbar ini - Senarai Lengkap Penumpang MH370 Boeing 777-200 Kuala Lumpur - Beijing

Informasi Terkini #MH370 Menerusi Twitter

Informasi terkini boleh didapati menerusi Twitter di bawah ini berkaitan kehilangan pesawat MH370.



Anda juga boleh merujuk kepada laman web khas yang telah disediakan oleh pihak MAS yang akan memaparkan kenyataan-kenyataan akhbar terkini MH370. Berita dan informasi dipaparkan merupakan informasi terkini yang telah disahkan dan dari sumber yang sah dan boleh dipercayai.


Elakkan berkongsi perkara atau butiran yang anda tidak pasti, samada di blog mahupun laman sosial. Adalah penting kita mengetahui batas melaporkan, menerbitkan dan menceritakan sesuatu berkaitan berita kehilangan pesawat MAS #MH370 ini.

Doakan yang terbaik buat mereka yang terlibat, baik penumpang dan krew dalam MH370, sanak saudara dan sahabat handai mereka, serta tidak lupa kepada pasukan mencari dan menyelamat yang terbabit dalam usaha pencarian pesawat ini.




Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…