Langkau ke kandungan utama
Ramadan 2017 Promo

"Bro, Kenapa Tulis Skema Semacam Je? Luar Lain .."

Heh. Kenapa apabila saya menulis, penulisan saya macam budak takut kena pangkah kertas karangan SPM? Ok. Pertama sekali, ini adalah disebabkan pengalaman lampau saya. Nak tahu kisah kenapa saya tulis skema semacam je, dan bila di luar lain, maka blogpost ini anda perlu baca sampai habis. Dari situ baru anda tahu alkisah dan asbab musabab.

Latar diri saya. Buat mereka yang tak tahu, sejak daripada sekolah rendah lagi, saya memang skema orangnya. Dan sebab saya skema, saya dilantik jadi pengawas sekolah, walaupun baru 6 hari saya bersekolah di sekolah tersebut tanpa kenal sesiapa kecuali ketua umum (rakan sekampung). Dan disebabkan saya skema, saya jarang nak buat onar kat sekolah. Dan kerana saya skema, alhamdulillah, rekod 3 tahun saya pegang sebagai satu-satunya pelajar yang dapat 5A dalam UPSR di sekolah tersebut.

Eh, bukan masuk bakul angkut sendiri. Ini kenyataan. Asbab skema.

Mengapa Saya Skema?


Masuk sekolah menengah, saya masih ada ciri-ciri skema walaupun masuk dalam geng kaki buli (buli-buli sayang gitu). Oleh kerana skemanya saya, saya jadi Ketua Kadet Bomba, yang ahlinya hampir 80 peratus adalah semua pelajar tingkatan 4 dan 5 masa tu. Pelajar tingkatan satu sampai tiga ada la beberapa kerat ... itupun terpaksa. Dan kerana skema jugalah, saya berjaya bawa pasukan kadet saya tu, yang rata-rata member baik dapat naik juara dalam pertandingan kawad kaki masa sukan tahunan.

Dan dalam tahun yang sama, saya sebagai bendahari Persatuan Bahasa Mandarin sekolah, dapat bawa ahli-ahli persatuan sekali dengan cikgu Amoi cantik jelita lagi seksi beriadah dan buat lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands.

Skip bahagian belajar kat USM.

Jika Tidak Skema, Penulisan Saya Dianggap Sampah

Skema juga telah membawa saya diterima bekerja sebagai Pegawai Penyelidik di USM Kejuruteraan, walhal pada masa itu, saya hanyalah seorang pam atendam yang bantu isi minyak ke dalam tangki kereta orang lain. Tanpa temuduga, tanpa lihat sijil kelulusan, gara-gara skemanya saya.

Kemudian. Saya malas nak skema lagi.. sehinggalah......

"What rubbish do you send me to read?"
"Apa yang you tulis ni? Ini semua sampah .... tulis balik. Macam orang tak ada kelulusan."
"Kalau macam ini yang you tulis dan bagi pada saya ... budak sekolah menengah pun lebih baik ..."
"Keluar .. i dont want to see your face selagi you tak berikan satu benda yang worth to read ..."

Tersentak saya. Tak pernah orang marah dan 'keji' saya sampai sebegitu di depan orang lain. Kalau ikut hati .... haishhh ... tapi itulah pengajaran yang telah membuatkan saya mesti menulis dengan baik. Apa yang saya tulis perlu disampaikan dengan sempurna. Kalau setakat menulis, tetapi zero akan isinya .. apa guna.

Bekas sifu, mentor dan juga boss saya. Dia yang ajar saya bagaimana tahu menulis dengan baik dan betul. Bagaimana mahu menyampaikan maksud dan orang menerima dan membacanya penuh gembira.

Kalau tidak saya kena marah dan diherdik, mungkin gaya bahasa saya tidak skema seperti yang anda baca sekarang (skema sangat ke??).

Untuk info, saya dulunya bekerja sebagai pegawai penyelidik dan bantu pelajar master serta PHD untuk tulis tesis mereka. Kerja yang sangat berat dan memenatkan. Bayangkan jika anda tersilap dan salah stulis tesis yang bermuka surat 200 ..... kena tulis semula ... tak ke naya? Nak lagi naya .. kena tulis dalam masa kurang seminggu, walhal untuk jadikan 200 muka surat tu ambil masa lebih 6 bulan!

Saya bukan blogger popular yang ada ramai pengikut. Mereka yang baca blog saya pun atas sebab tertentu bukan sengaja datang kerana nak lihat saya berceloteh ntah apa-apa. Saya tidak ada aura sebegitu. Saya bukan blogger lain yang bila tulis kisah lihat batu tergolek atas jalan, mereka akan terjah sehingga ratusan online serentak.

Dalam blog mungkin saya tulis agak skema, tapi in Sha Allah di luar saya cuba jadi seorang rakan yang mudah didampingi tak kiralah anak gadis, teruna, dara, janda, isteri orang, lelaki orang atau lelaki bujang ... gulppp ....

Cubalah tanya sesiapa yang hadir #SBB2014 - Sepetang Bersama Blogger.



Komen Pembaca ...

  1. dulu saya tulis dalam bloq macam " aquww.. xpe..."
    tapi bila saya sedar saya sendiri menyampah nak baca
    saya mula tulis dengan keadaan jelas bukan baku bukan skema :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la kita, sekarang tengah praktis menulis dengan jelas

      Padam
  2. Hehe... Ingat ke guna bahasa skema sebab nak jaga SEO :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehemm.. SEO tu salah satulah .. kuang kuang kuang ... :P

      Padam
  3. frankly speaking sy suka baca blog ni sebab gaya penyampaian yg skema tersebut wee :)

    BalasPadam
  4. Saya xde masalah dengan penulisan dalam blog nie.. malah ayat2 macam dalam blog nie la yang saya jadikan sumber rujukan. Pandangan saya, ayat2 yg digunakan dalam blog nie merupakan ayat2 standard x tau la macam mana datangnya perkataan 'skema'..

    BalasPadam
  5. waaahh.. hebatnya tuliskan thesis student.. Tolong tulis thesis PhD saya juga boleh? Hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nadot .... sy tolong betulkan je ... leh Google beberapa artikel ilmiah saya kalau mahu ...

      Padam
  6. bagus gak jd skema ni :))

    BalasPadam
  7. saya lebih suka baca entri yang skema daripada entri yang berserabut...nak baca pun susah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. masing2 ada pandangannya ...

      Padam
  8. Abg HH mmg sempoi orgnya.. saya salute.. :)

    BalasPadam
  9. assalamualaikum
    selamat pagi
    singgah pagi

    BalasPadam
  10. Tulisan melambangkan pemikiran kita yang menjarakkan kita dengan penulis lain.

    BalasPadam
  11. Srgalanya dah terjawab.. kih3
    Skema takper janji rock

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rock .. bersih punya Rock ehhh

      Padam
  12. amboi "lihat batu tergolek atas jalan"
    tau dah ni cakap pasal siapa haha

    BalasPadam
  13. skema itu hebat abg HH =) keep blogging, jgn endah org bagi koment negatif, anggap je asam garam kehidupan. i know u strong

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bella Luna .. terima kasih kerana memberikan dorongan dan sokongan selama ini.

      Padam
  14. ayat skema tu menjaga nahu bahasa kita dan bukan mencampuradukkan bahasa....nanti tak faham .....

    BalasPadam
  15. Rupanya Sifu HH ada pengalaman yang amat luas dan begitu hebat sekali: )

    BalasPadam
  16. kau pakai bahasa rojak.. aku report kat KP.. hehehhehe...
    keep it up bro... aku follow! :)

    BalasPadam
  17. kebetulan ni. hampir sama. saya pengerusi kadet bomba. tahun yang sama juga berjaya memenangkan kadet bomba tersebut

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Buat Duit Dengan Lynk.my? Jana Income Tanpa Modal

Wow .. Gaji MYR 3,164 Sebagai Tukang Cuci di Singapore !!

Kesempatan Belajar Forex Trading Online