Blogger hebat lain sedang senyum sengih dan gembira dapat menang anugerah. Saya masih lagi seperti dahulu dengan blog biasa-biasa ini. Tahniah pada mereka yang telah berjaya ungguli Anugerah Blog Terbaik dalam MSMW2014 dalam kategori masing-masing. Minggu Media Sosial Malaysia mengiktiraf best blog berdasarkan undian dan pemilihan juri profesional.

Senarai top 3 blog terbaik MSMW2014 (klik)

Rakan blogger yang telah berjaya menang ialah +azwan anuar (boladaily.com), +Norhailmi Abdul Mutalib (cikguhailmi.com), mohd izahar sabtu (mohdazahar.com), +Abang Ensem (abangensem.com), +Denaihati Ilhamku (instagram.com/denaihati) dan beberapa lagi yang masih tak dapat saya nak pluskan dalam entri ini. Tahniah pada mereka semua. Hebat hebat dan memang popular. In Sha Allah, selepas ini rezeki bertambah dan menjadi blogger yang lebih manfaat pada dunia.
Best Personal Blog 2013

AbangEnsem.com Best Business Blog MSMW2014
AbangEnsem.com - Best Business Blog - Kredit: Hisyamudin Fadzil

Tahun ini saya tidak mencalonkan blog ini untuk dipertandingkan. Tahun lepas (2013) dah mencalonkan diri dan tidak berjaya menang, hanya berada sebentar di kelompok top 3. Mungkin tahun depan 2015 saya akan cuba untuk raih undi anda untuk MSMW2015 pula. Mana tahu kan ... itupun andai umur panjang dikurniakan Allah S.W.T.

Top 7 Best Personal Blog 2013 oleh Denaihati.com

Walauapapun, saya ingin berterima kasih kepada Denaihati.com kerana menyenaraikan blog ini sebagai top 7 best personal blog 2013 berdasarkan ranking Alexa. Dan jika masih belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Denaihati.com kerana telah berjaya menjadi top blog Malaysia dalam banyak anugerah bagi blog dan blogger. Memang terbaik, tidak dapat disangkal.

Saya, sebagai seorang blogger sepenuh masa yang sedang bersampan untuk menempatkan diri dalam dunia blog Malaysia - masih jauh dan banyak usaha lagi perlu dibuat.

Ramai blogger muda yang muncul dengan kredibiliti serta pengaruh sendiri. Mereka ada ramai pengikut setia. Malah, kalau diikutkan saya dah boleh angkat tangan kalau masuk bertanding blog dengan mereka ini.

Yang muda dan yang lama dalam dunia blog, masing-masing ada rezeki ditentukan oleh Allah S.W.T. Saya berasa bangga dengan apa yang telah dicapai ramai rakan blogger terutama blogger-blogger muda Malaysia. Mana-mana event besar sudah nampak kelibat mereka sana-sini. Ada sahaja peluang dapat jana income menerusi blog yang mereka peroleh.

Syabas dan tahniah buat semua, dan buat anda yang sudi membaca tulisan saya ini.


12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tahniah kepada yang berjaya mengungguli gelaran berprestij tersebut

    BalasPadam
  2. bro Hasrul bukanlah bersampan ni..
    dah jadi cruise pon.. :-)

    Tahniah semua!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha .. ye ke? Apapun terima kasih kerana selama ini menyokong blog ini.

      Padam
  3. Ehh knp bro HH tak masuk bertanding jgk?

    BalasPadam
  4. In Shaa Allah one day your turn will come HH..Not to worries k..Blog HH ni dah ramai follower setia. Cuma mungkin belum ada rezeki aje..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, jika umur panjang mungkin akan bertanding tahun hadapan. Harapnya adalah sokongan dari rakan2 blogger semua.

      Padam
  5. Tahniah bro....nak dpt kan top ranking alexa lagi susah dr nak dpt kan award ni....good job..

    BalasPadam
  6. Blog HH tetap juara dikalangan follower HH..itu lagi besar dr award kan..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Hanny ... terharu saya dengan komen Hanny ini.

      Padam
  7. Tahniah buat pemenang tapi HH blog tetap menjdi rujukan saya dalam bisnis blog affiliate serta imu SEO....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement