Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Pertama Shopping Online Zalora Malaysia

Terlebih dahulu saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada +Zalora Malaysia kerana telah memberikan baucer tunai RM150 untuk saya gunakan di laman shopping online popular Zalora Malaysia. Ini merupakan pengalaman pertama saya beli belah di Zalora. Saya berikan 5 bintang untuk servis yang telah diberikan. Mengapa? Baca entri ini sehingga habis kerana ada rahsia yang ingin saya kongsikan kepada anda.

Pengalaman Pertama Shopping Online Zalora Malaysia

Baru-baru ini saya telah diberikan baucer tunai RM150. Untuk saya menebus nilai baucer tersebut, saya perlu membeli belah di laman web shopping online Zalora Malaysia. Ada kod tertentu diberikan kepada saya untuk digunakan. Dan sebagai pengguna yang pertama kali menggunakan perkhidmatan beli belah online di Zalora Malaysia, pastinya kekok.

Saya sebelum ini agak skeptikal sedikit. Almaklumlah, ada banyak cerita tak seronok saya dengar mengenai Zalora Malaysia sebelum ini. Saya pernah ceritakan di entri ini - Zalora Tipu Pembeli Online Seluruh Malaysia?

Itu kisah dan cerita pada tahun 2012. Saya pasti pihak Zalora Malaysia telah melakukan banyak penambahbaikan bagi memastikan servis yang mereka berikan adalah yang terbaik bagi sebuah portal membeli belah online di Malaysia.
Pengalaman Pertama Shopping Online Zalora Malaysia
Kali ini, saya rembat kesempatan shopping online sempena promosi jualan online Tahun Baru Cina 2014.

Apa yang saya telah beli? Sebuah jam tangan jenama Everlast dan sebuah Backpack jenama High Cultured. Nak tahu harga bagi dua produk tersebut, tu anda kena semak di laman web Zalora la ... :) Harga dua produk yang saya beli bagaimanapun adalah lebih daripada nilai baucer yang saya terima, maka tambahan perlu dibuat, dan saya membayar menggunakan akaun PayPal yang dah berkurun ada.
Pengalaman Pertama Shopping Online Zalora Malaysia
Jam tangan Everlast tu jenis digital warna hijau, memang sengaja pilih warna yang pelik sikit. Manakala backpack yang saya beli warna merah, biar senang nak cam kalau pergi mana-mana dengan beg tersebut.

Silap Guna Baucer Wang Tunai

Ada cerita menarik di sebalik pengalaman pertama saya beli online di Zalora Malaysia.

Saya telah membuat belian online pada 13 Januari 2014. Malangnya saya telah tersilap membeli, dan mengakibatkan baucer tunai saya telah hadapi masalah. Saya terus membuat aduan ke Zalora melalui sistem Customer Service yang disediakan. Ia terus mendapat respon segera dari mereka menerusi email.
Khidmat Pelanggan terbaik Zalora Malaysia
Khidmat Pelanggan terbaik Zalora Malaysia
Khidmat Pelanggan terbaik Zalora Malaysia
Masalah saya selesai, dan saya dapat kod baucer tunai baru menggantikan yang lama. Saya respek pada Customer Service mereka kerana sedikit pun tidak menyalahkan saya atas masalah yang berlaku, malah memberikan penerangan kepada saya mengenai apa yang telah saya lakukan. Dan memang salah dan silap saya sehingga membuatkan baucer tersebut tidak dapat digunakan.

Awalnya saya fikir mungkin pihak Zalora tidak akan gantikan baucer tersebut memandangkan ia kesilapan saya sendiri. Nampaknya, telahan saya meleset sekali.

Tips Shopping Online Zalora Malaysia

Tips shopping online dengan Zalora, jika ada masalah, terus sahaja berhubung dengan pihak Zalora, jangan segan, jangan silu .. setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian.

Ini pengalaman pertama saya bersama Zalora Malaysia, dan pengalaman saya deal dengan masalah yang mungkin orang lain turut hadapi apabila menggunakan kod-kod baucer potongan harga atau nilaian tunai.

5 bintang untuk servis yang sungguh cepat, mesra dan terbaik daripada Zalora Malaysia.

Di entri akan datang, saya ada satu lagi sebab mengapa pilih Zalora Malaysia sebagai tempat online shopping Malaysia yang patut anda kunjungi.





Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Saya pun dapat voucher zalora rm 50 tapi belum redeem lagi...

    BalasPadam
  2. dapat gak baucher RM100 masa disember 2013 yg lalu dah beli belah pun hehe..

    BalasPadam
  3. Saya pun dapat..cuma lum guna je lagi..x perasan lak baucer tu ada tarikh luput ke x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada tarikh luput ...kecuali dinyatakan

      Padam
  4. Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Gua rasa, gua ada dapat voucher zalora tapi sampai la nie, xguna-guna lagi.

    Lepas baca entry mu, gua rasa nak try shopping dekat zalora. Dari biarkan ianya membazir macam tue je kan

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  6. Dapat sms dua hari sudah kot dr Zalora, ada voucher juga.. Tp x smpt nak jenguk2 Zalora lagik!

    BalasPadam
  7. pernah beli barang dari zalora... courier servis pun bagus (bergantung pada kawasan), takda masalah online transaction.. overall puas hati lah.. ada dapat voucher RM50.. tapi belum guna lagi.. hehe...

    BalasPadam
  8. Glad Zalora was able to resolve your problem. :) They must've fixed their lousy customer service then. The last time I contacted them, it took DAYS for them to reply to me, and even that they didn't actually address my problem.

    BalasPadam
  9. Takut sebenarnya saya nak beli secara online di Zalora mau pun Lazada. Saya takut tersilap dan apa saja yang berkaitan. Kalau beli terus di kedai mereka boleh ke bro?

    BalasPadam
  10. Kalo beli gunaa code still kenaa bayar tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau code tu berikan diskaun 100 peratus .. tak kena bayarlah .. :P

      Padam
  11. sya pun beli barang kt zalora..so far ok je..tkde masalah..selalu gak beli kt zalora..ok je service pun ok..cuma kadang2 kurier service yg tk ok..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …