Tiket KTM Intercity Parit Buntar ke KL Sentral

Ada tak saya war-warkan mengenai satu event blogger yang akan saya hadiri? Ia berkaitan dengan pelancongan menerusi Keretapi dan Homestay. Sebenarnya pelancongan pakej ni dah lama ada, saya pernah baca brosur ini semasa membuat kerja kajian di perpustakaan negeri Kedah (kalau tak silap). Dan masa tu, memang saya ada pasang niat nak mencuba pakej yang ditawarkan tetapi tiada kesempatan.

Nampaknya, kali ini saya berpeluang untuk ikuti pakej ini dengan pelawaan dari rakan blogger +Karlisa Halim menerusi RTAM (Railway Tourism Association Malaysia). Event pelancongan Tour Rail atau Malaysia Rail Tourism ini akan berlangsung di KL Sentral pada 10 hb Januari dan berakhir di Ipoh pada 12 hb Januari. Merasalah saya percutian ditanggung selama 3 hari 2 malam, in Sha Allah.

Tiket KTM Intercity Parit Buntar ke KL Sentral

Tiket keretapi Inter-City Parit Buntar Kl Sentral

Dan kerana itulah, saya mendapatkan tiket keretapi Inter City dari Parit Buntar ke Kl Sentral pada 10 Januari untuk hadiri event di KL Sentral. Pertama kali setelah lebih 10 tahun! Jadi, ada perasaan teruja dalam diri... hahahaa.... macam budak kecik lak rasanya.

Menariknya, saya dapat naik keretapi Ekspress Rakyat yang terkenal. Memang best la macam ni. Teringat lagu Ekpress Rakyat nyanyian Eto Kumpulan Blues Gang.

Ini juga pertama kali saya hadiri event besar sebagai blogger. Mana tak besar bang ... ada menteri sekali. Dah la pula, dapat jemputan dari Presiden RTAM sendiri - Pn Khadijah. Mungkin kehadiran saya mewakili blogger dari RTAM kot.

Oh ya, harga tiket Inter City dari Parit Buntar ke KL Sentral adalah RM32 bagi perjalanan sehala. Inter City berbeza dengan ETS, perjalanannya agak makan masa panjang, iaitu selama 6 jam berbanding dengan ETS yang kalau dikirakan mungkin beza dalam dua jam lebih.

Cara Mudah Dapatkan Tiket KTMB

Tiket boleh dibeli samada di kaunter mahupun secara online di sini - KTMB E-Ticket System

Jangkamasa Perjalanan ETS Ipoh ke KL Sentral

Ayah mertua saya pernah menaiki tren ETS dari Ipoh ke KL Sentral, ambil masa hanya dua jam kalau tak silap. Jadi, memang laju. Anak-anak dan isteri saya pun pernah menaiki tren ETS dari Batu Gajah ke Ipoh, yang ambil masa kurang daripada 15 minit, beza dengan saya ketika itu yang ikut mereka menggunakan kereta sendiri.

In Sha Allah, tren ETS akan turut ada di Parit Buntar. Stesen baru dah pun siap dibina, dan untungnya saya, di sini ada dua stesen KTM yang berdekatan, iaitu satu lagi di Nibong Tebal.

Ok. Nantikan paparan menarik daripada saya untuk event pelancongan naik keretapi (ETS) dengan Homestay ini.

Untuk info lebih lanjut, anda boleh jenguk laman web RTAM mengenai pakej pelancongan naik keretapi + homestay ini.

Saya kongsikan di sini jadual KTM Inter City untuk pengetahuan anda, mana tahu ..... kan kan... hehehe

Jadual Perjalanan KTM Inter City Arah Utara

Untuk jadual perjalanan dari arah Selatan ke Timur Semenanjung, anda boleh rujuk di laman web KTMB. Malah, anda juga boleh mendapatkan masa perjalanan untuk ETS dari KL Sentral ke Ipoh dengan dua jenis tren berbeza, iaitu emas dan perak.