Berkeluarga Angkat di Homestay Gopeng

Dalam usia yang kian meningkat, tak sangka pula boleh dapat keluarga angkat baharu. Inilah pengalaman yang telah saya rasai semasa bersama dengan rakan media dalam Pakej Tourail #VMY2014 yang disediakan oleh Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) dan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia (Motac). Pakej Tourail atau Rail Tourism ini telah dilancarkan pada 10 Januari 2014 di KL Sentral dan Ipoh sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Saya dan rakan-rakan media yang turut serta dalam pelancaran Pakej Tourail ini telah diberikan kesempatan merasai pengalaman selama 3 hari dua malam di Homestay Gopeng, dan telah diberikan keluarga angkat sebagai salah satu tarikan dalam pakej ini.
Berkeluarga Angkat di Homestay Gopeng - Rail Tourism VMY2014 Berkeluarga Angkat di Homestay Gopeng - Rail Tourism VMY2014
Ketibaan kami di awal pagi, atau lebih tepat lagi jam 1.00 pagi disambut penuh mesra oleh penduduk Kg. Sungai Itek, Gopeng yang menjadi 'tuan rumah' kepada lebih 40 orang peserta. Disambut dengan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W; kami yang hadir dengan sedikit kelesuan terus jadi segar bugar dan excited untuk bertemu dengan bakal keluarga angkat masing-masing.

Majlis penyerahan anak angkat dan keluarga angkat berjalan dengan baik sekali. Walaupun ringkas, tetapi majlis tetap meriah.
Berkeluarga Angkat di Homestay Gopeng - Rail Tourism VMY2014Berkeluarga Angkat di Homestay Gopeng - Rail Tourism VMY2014
Saya bersama dua rakan lagi, iaitu saudara Amri (seorang sukarelawan Tourism Malaysia dan pakar Rafting Jeram Gopeng) dan Nawawi (peserta dari Negeri Sembilan) telah diserahkan secara sukarela kepada Encik Mustakim, seorang pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Daerah Kinta.

Saya dan dua rakan lagi memang bertuah, kerana Encik Mustakim bukan sahaja berpengalaman dalam selok belok hal hutan, tetapi berpengetahuan luas dalam sejarah Perak terutama dalam sejarah kewujudan masyarakat Melayu Rawa (Rao) yang merupakan penduduk terbanyak di kawasan Gopeng dan Kampar, Perak.
Peta ke Homestay Gopeng, Perak - VMY2014 Tourail
Disebabkan oleh itulah, kami bertiga menghabiskan masa sehingga jam 3 pagi untuk merasa kagum akan segala pengalaman dan pengetahuan unik yang diceritakan oleh Encik Mustakim. Belum pun sehari, kami sudah menimba satu pengalaman dan pengetahuan yang cukup berharga.
Berkeluarga Angkat di Homestay Gopeng - Rail Tourism VMY2014
'Homestay' milik Encik Mustakim, rumah angkat saya ni...
Pastinya pengalaman seterusnya di Kampung Sungai Itek, iaitu kampung yang menjadi destinasi Homestay Gopeng akan lebih menarik.

Bab itu, nantikan entri seterusnya daripada saya.

Untuk info mengenai pakej Rail Tourism ini, anda boleh layari laman web Rail Tourism Association Malaysia (RTAM)

5 comments.. read them below or add one

Paly Paly January 19, 2014
leh tahan homestay kluarga angkat bro tu.. cozy !

Contest SEO Car Stickers Malaysia
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 19, 2014
Haaa itulah yang menariknya ..hehehehe
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol January 19, 2014
pernah join sekali je program anak angkat dekat Kedah masa belajar haritu. mmg best (y)
ishiko ishiko January 28, 2014
seronok berpeluang ada keluarga angkat :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.