Tips Letak Banner Iklan Jana Pendapatan Blog

Ramai sebenarnya masih tak berapa nak tahu cara sesebuah blog itu menjana pendapatan. Terutama blogger-blogger baru yang mungkin tak nampak cara yang paling sesuai. Ok, kali ini saya nak berikan tips bagaimana sebuah blog menjana pendapatan menerusi banner iklan.

Tips Letak Banner Iklan Jana Pendapatan Blog

Banner iklan merupakan antara cara terbanyak yang digunakan oleh blogger Malaysia bagi memperoleh pendapatan menerusi blog. Dan untuk pengetahuan ada beberapa jenis banner iklan yang boleh anda letakkan, ia bergantung pada saiz, dan saiz ini pula ada kedudukannya dalam ruangan blog kita.

Cuba lihat bentuk dan saiz banner yang perlu anda ketahui di bawah ini. Ia merupakan saiz standard dan digunakan oleh kebanyakkan media pengiklanan online seperti Nuffnang, Advertlets, Komli, Adsense dan pelbagai lagi.

Jenis Banner Iklan dan Kedudukan Optima Jana Pendapatan

Secara amnya, banner iklan ini ada beberapa jenis iaitu;
  • Leaderboard (728x90) yang selalunya diletakkan di atas, berdekatan dengan header blog.
  • Full Banner (468x60) yang selalunya diletakkan di atas atau bawah sesebuah entri blog.
  • Medium Rectangle (300x250) yang sering dipaparkan di bahagian atas sidebar blog. Kadangkala ia juga diletakkan dalam entri dan di antara dua entri berbeza. Ada juga meletakkan banner saiz ini di akhir setiap entri. Ia antara saiz banner iklan paling popular.
  • Half Banner (234x60) yang selalunya diletakkan di dalam entri blog; dan ramai meletakkannya di sisi perenggan pertama entri.
  • Vertical Banner (120x240) yang sering diletakkan di sidebar blog bahagian tengah.
  • Vertical Rectangle (240x400) banner standard yang digunapakai oleh Nuffnang dan juga Advertlets, untuk diletakkan di bahagian atas sidebar blog.
  • Skyscraper (120x600) diletakkan di bahagian bawah sidebar. Selalunya selepas widget-widget lain di sidebar blog.
  • Large Rectangle (336x280) menjadi kegemaran untuk diletakkan di bahagian sidebar bagi blog yang punyai saiz paparan yang besar. Ia sering diletakkan di bahagian atas serta tengah sidebar blog.
  • Button (125x125, 120x60, 120x90) merupakan banner-banner kecil yang digunakan lebih kepada untuk pertukaran backlinks atau pautan, ia salah satu teknik untuk mempromosikan blog, laman web atau sekadar hanya mahu meningkatkan PR blog.
  • Rectangle 3:1 (300x100) yang digunakan di sisi sebelah header, terutama header besar. 
  • Pop-Up (250x250, 720x300) yang sering digunakan untuk paparkan iklan apabila pengunjung mula masuk ke blog atau sebelum meninggalkan blog. Malah ada yang menggunkan banner iklan pop up ini ketika sedang membaca entri blog. Ia selalu digunakan untuk memberikan tawaran istimewa hanya untuk pengunjung yang berulangan dan sering singgah ke blog.

Daripada bentuk, jenis dan saiz banner yang berlainan ini, sesebuah blog akan dapat menjana pendapatannya menerusi pengiklanan. Perletakkannya perlu betul kerana telah terdapat kajian mengenai kedudukan dan saiz banner ini yang akan menyebabkan pengunjung blog klik iklan tersebut.

Banner Iklan Beri Income Menerusi PPC dan PPV

Banner-banner iklan yang diklik akan memberikan pendapatan bonus (Pay-Per-Click). Dan ada juga banner yang diletakkan dalam blog memberikan pendapatan bersandarkan jumlah paparan iklan tersebut dilihat oleh pengunjung blog (Pay-Per-View).

Itulah serba sedikit pengetahuan yang perlu anda tahu mengenai pengiklanan dan jana pendapatan blog menerusi banner.

Setiap kedudukan banner iklan dalam blog ada nilainya (harga). Ini adalah kerana setiap kedudukannya ada efek kepada loading blog dan kesan kepada pengunjung blog. Jadi pilih perletakkan yang sesuai dan yang dikehendaki oleh pihak pengiklan.

Sewa Tapak Iklan Guna Banner

Ada juga rakan blogger yang blognya punyai trafik tinggi akan mempelawa untuk beriklan dengan menyewa tapak-tapak iklan (bersandarkan kepada saiz banner iklan). Namun, harus diingatkan ... untuk membolehkan pengiklan sewa tapak iklan di blog anda dengan banner, anda perlu memastikan blog anda berbaloi - berikan statistik, jumlah pengunjung sehari/sebulan, nyatakan kedudukan trafik blog di dunia/Malaysia, bukti bahawa letak atau sewa iklan itu boleh berikan keuntungan kepada mereka.

Semoga entti ini beri manfaat kepada anda semua untuk jana pendapatan dengan blog menerusi banner iklan.

p.s: Ketahui juga cara lain jana pendapatan di blog menerusi pengiklanan affiliate, ia ada keupayaan berikan income sehingga ribuan ringgit setiap bulan. Ketahui cara berkesan menerusi Mesin Komisen.



{ 18 comments.. read them below or add one }

Hairul Hafiz Hairul Hafiz November 14, 2013
Iklan masih lagi belum menjana pendapatan buat saya, belum rezeki kot
Elih Japahar Elih Japahar November 14, 2013
Perkongsian yg sgt baik HH..
Norhailmi Abdul Mutalib Norhailmi Abdul Mutalib November 14, 2013
perkongsian yang menarik HH.. seperti biasa, bukan senang nak buat duit nih..;)
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid November 14, 2013
terima kasih di atas perkongsian yang sangat berilmu dan bermanfaat ni abang HH...
mOoN mOoN November 14, 2013
tq atas sharing ni...sgt2 berguna.. :)
Aniq Bukhary Aniq Bukhary November 14, 2013
Thankz sharing bro. Sangat berguna untuk para blogger
Sukma Haron Sukma Haron November 14, 2013
sungguh bermakna entry ini....
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 14, 2013
Inilah perkara yang saya pernah alami waktu mula2 ada blog. Letak iklan bagai, tapi tak jana apa-apa. Dan apa yang saya nampak ialah lack of knowledge. Lepas beli beberapa ebook dan panduan, barulah saya dapat jalannya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 14, 2013
:) terima kasih Moon, lama tak nampak Moon kat sini.
adi junaidi adi junaidi November 14, 2013
Jadi yang penting sebelum jana income dari iklan bloh adalah meningkatkan jumlah visitor blog kan?
kucha lana kucha lana November 15, 2013
banyak rupanya saiz kotak iklan ni
reezluv reezluv April 22, 2014
conversion click kat blog aku, aku tak cuba optimize lagi camne..haha..baru nak buat entri pasal ni, tak jadilah....dah ada ni pun dah cukup..:D
faizal faizal July 04, 2014
terima kasih..tip yang cukup berguna untuk blogger
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 04, 2014
Sama-sama faizal .. moga akan beri manfaat pada yang praktikkan .. in Sha Allah.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 04, 2014
Terima kasih. Harap dah sudi kongsikan kepada lain dengan Like, Tweet ... :)
AkuSeorangTraveler AkuSeorangTraveler July 28, 2016
kalau ads New unit terbuat banyak boleh x? keliru dgn code dan add new gadjet > Google adsense dkt layout.. huhu. dan xbole ke nk delete unit tu HH?
Hasrul Hassan Hasrul Hassan July 28, 2016
Boleh je nak delete, tak ada masalah pun. Kalau boleh untuk Adsense disarankan tidak letak lebih dari 3 unit untuk saiz yang sama/jenis.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.