Popular dalam dunia blog Malaysia? Ramai blogger terutama blogger remaja yang teringin mahu jadi popular dalam dunia blog Malaysia ni. Tak disangkal ramai blogger mahu dikenali. Susah ke mahu jadi popular dalam dunia blog Malaysia? Hmm .... jawapan dia, sukar dengan tidak. :)

Lihat apa tujuan dalam dunia blog. Jika populariti yang dicari, maka popularitilah yang akan dapat. Cara nak dapatkan? Apabila dah ada tujuan sebegitu yang sangat jelas, pasti blogger tersebut akan lakukan segala cara yang mungkin untuk jadikan dirinya popular. Saya dah berikan beberapa tips untuk menjadi blogger sebegitu, anda boleh carian sendiri.

Adakala susah juga mahu popular, apabila ia bukan jadi agenda utama. Bukan semua orang yang ada blog mahu diri mereka dikenali. Popular bagi mereka hanyalah satu bonus. Mereka mahu blog mereka dikenali dahulu, dapat tempat dalam dunia blog ... dan kemudian barulah fikirkan soal lain. Tujuan mereka adalah supaya apa yang dikongsi dalam blog dapat diikuti dan boleh dijadikan sandaran sumber kepada orang lain.

Setahun jagung tapi dah popular. Tak perlu hairan sangat, mungkin bonus yang ada pada diri mereka itu yang menjadikan mereka cepat popular dan dikenali. Mungkin juga sifat dan personaliti.

Tak dinafikan, sekarang ini ramai blogger baru yang setahun jagung dalam dunia blog sudah semakin mudah dikenali ramai. Apatah lagi dengan adanya platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram ....

Dan apa yang saya nampak ... senjata blogger mudah jadi popular adalah dengan gambar ... :)

Nak jadi popular? Banyakkan bergambar .. :P


24 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Cara paling senang budak-budak yang baru berjinak dalam dunia blogging untuk dapat populariti -> ambil selfie banyak-banyak lepas tu post kat blog. Tak pun, cari sponsor ramai-ramai pastu buat giveaway / contest.

    Cepat sangat nak popular kalau macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, teknik yang berjaya bukan? :) walaupun ia satu teknik berjaya mempopularkan seseorang blogger tapi tak ramai yang nak buat, almaklum bukan semua blogger mahu jadi popular.

      Delete
  2. kalau pendapat saya lak , kene banyak ping kan artikel dan yang paling penting artikel kene bermanfaat

    ReplyDelete
  3. sekarang budak2 buat log sbb nk populariti takkan lama. kita lgi suka blog yg informasi bkn yg habuk pun tarak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... habuk kena tukar jadi habuk emas .. ye tak nani?

      Delete
  4. SEBENARNYA NIAT UTK BERBLOGGING PERLU BETUL.INSYAALLAH SEMUANYA AKAN DTG DGN SNDRI KPD KITA.

    BERBLOGGINGLAH UTK MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA ORANG.MACAM BLOGGER HH NI SENDIRI FA CUKUP MENGHORMATI SEGALA PANDANGAN BELIAU.ILMU YANG DIKONGSI DALAM BLOG INI JUGA SANGAT MEMBERI MANFAAT KPD SMUA PEMBACA.TERIMA KASIH ABG HH. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fa ... harapnya ramai lagi dapat manfaat dengan baca blog saya yang secoit ini.

      Delete
  5. untunglea kalau diorang popular.. rezeki diorang lea tu.. cerah peluang nak buat duit melalui berblog.. betul ke tidak.. hu2.. xmo jadi mcm depa.. nak jadi mcm HH bole? heeee #berangan

    ReplyDelete
  6. Maaing-masing ada cara tersendiri untuk popular. Hehe

    ReplyDelete
  7. populariti akan datang dengan sendiri.. tak popular pada semua, tp mungkin popular pada segelintir manusia.......

    ReplyDelete
  8. HH post apa2 pun, terus singgah rasa nak baca.. pro lah katakan. hehe.. saya dlm blog x byk gambar sendiri, tak best lah jadi popular. takde privacy.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. kadang-kadang jadi macam ketagih plak.

      Delete
  9. Popular saje belum cukup untuk berjaya ...hehehe..

    ReplyDelete
  10. bukan yang popular banyak comel lotey ke..hehe

    ReplyDelete
  11. Memang banyak blogger baru buat ga atau contest nak cepat popular

    ReplyDelete
  12. yang penting isi nya.. bukan popular...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ada keduanya .. pasti meletop .. macam blogger AriffShah ...

      Delete
  13. dulu memang tujuan jd blogger sebab nk popular..tp bila dah lama blog da jadi sumber income..alhamdullilah..tak popular pon xpe asal income ada hihi..

    ReplyDelete
  14. Teman ni ha, udah bertahun-tahun buat blog pun, idak juga gelamer. Hahahaha.

    ReplyDelete
  15. populariti tak kekal lama... quality yang akan kekal...

    ReplyDelete
  16. sy buat blog sekadar suka2 je :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka-suka pun kalau masyuk .. kan ke best? Macam kita suka pada brand tupperware, kumpul banyak sebagai hobi, last2 kita jadi penjual sbb kita tahu mana nak dapat tupperware yang murah .... :)

      Delete
  17. gua tak suka bergambar..sbb tu gua lambat popular kot..hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Previous Post Next Post
Panduan Labur Saham